Selasa, 15 Disember 2009

apabila semua orang sedang bercakap tentang keputusan peperiksaan akhir semester

dah lama saya ingin bercakap tentang ni..sejak dari 10hb disember 2009 dan pada pukul 8 malam lagi. walaupun result ditulis keluar pukul 10 malam, tetapi pukul 6 petang dah keluar dan menyebabkan laman web uitm perlu di-refresh beratus-ratus kali untuk masuk..

bila result final exam uitm keluar, satu negara kecoh..semua akan mula mengeluarkan soalan "weh..result dpt berapa?'...."mcm mana result, ok??"


malam 10hb disember, selepas berhempas pulas merefresh page uitm, selepas berdebar bagaikan jantung nak pecah, selepas berdebar melebihi perasaan menunggu untuk dihukum oleh mak kerana telah bermain lipsticknya ketika kecil, selepas mandi paling singkat dalam hidup, iaitu selama 5 minit kerana tak senang untuk mandi lama-lama kerana berdebar menunggu page keluar, akhirnya saya dapat masuk dan check result saya..akhirnya, keluar ini:


*click to enlarge*


cuba tengok pada gred...L...apakah itu L?? lulus??? semester ni cuma lulus dan gagal shj?? tak ada gred?? tak ada pointer??? T_T Ya Allah........ sedihnyaaaaaaaaaaaa.....Ya Allah......ruginyaaaaaaa berdebar lebih2...sampaikan tido pun mimpi result..huh! semester ini adalah semester untuk latihan industri saya di sini...semua pengorbanan selama 5 bulan hanyalah sia-sia..pengorbanan saya selama 5 bulan tidak dapat diukur, hanya mengetahui lulus atau gagal sahaja..

nampaknya uitm telah mengkhianati saya..dia telah tukar sistem tanpa memberitahu kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu... T_T

bukan ingin mengungkit dan juga tidak bersyukur, cuma ingin meluahkan rasa hati bahawa sistem ni amat tak adil kepada semua yang bersungguh2 semester ini semata-mata utk menaikkan pointer..

bayangkan, selama 5 bulan ni saya mendapat 'lovely' experience seperti yang diceritakan di sini, di sini, dan di sini.. T_T sehinggakan saya tiba2 jadi seorang yang sgt sensitif dan berfikir banyak, sehinggakan saya telah menghabiskan air mata saya dengan mudah terhadap 'lovely experience' ketika praktikal, tetapi saya tabahkan hati semata-mata untuk mendapatkan markah yang baik.. T_T

untuk siapkan report, saya mula buat selepas minggu saya tamat praktikal..dr pagi sampai malam..kawan saya nurul hari-hari datang ke rumah, semata-mata untuk buat report...tapi, semasa saya ke Dungun untuk hantar report dan buat presentation, saya telah berjumpa dengan lecturer..ketika itu lecturer memberi komen bhw report saya terpesong..saya perlu edit semuanya, seperti yang saya ceritakan di sini.. T_T habis usaha saya selama ni..saya perlu siapkannya report dalam masa 5 hari sahaja... T_T

ketika print...Ya Allah.......itulah dugaan yg plg besar..masa nak print, tiba2 printer xde dakwat..menangis sorang2 dpn laptop mcm org tak betul..pegi print kat CC..harganya mencecah rm80...perlu beli catridge lagi, untuk print bhn presentation..

ketika presentation, jangan cakaplah...berdebar sampai muntah2 sbb takut tak dapat buat yang terbaik..semuanya saya telah ceritakan di sini... T_T

tapi, akhirnya saya sendiri tak dapat mengetahui ukuran terhadap usaha saya selama ini setelah uitm memutuskan untuk memberi keputusan lulus atau gagal sahaja kepada pelajar2 yang menjalani praktikal..


sebenarnya keputusan sebegini tak berapa menjejaskan saya..Alhamdulillah..hehehe...cuba kadang kala terasa nak meroyan lebih2..tp kesian kat kawan2, yang sgt2 bersungguh...yg telah memberikan 100% usaha..yang telah mengharapkan kenaikan cgpa pada semester ini..


TAPI, apa yang seronok ialah, saya dengan rasminya telah tamat diploma saya selama 3 tahun.. :-) dan saya berasa amat bersyukur dengan keputusan yang saya dapat, yang telah saya impikan dan saya doakan selama ini, dan yang telah saya cita-citakan sejak pertama kali menjejakkan kaki di UiTM DUNGUN pada 2 Januari 2007...

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH....




4 ulasan:

Tengku Speki berkata...

tahniah tiqahhh :)

she_mah berkata...

tahniah tqah.. nanti blh pkai selendang merah mcm miss world masa konvo. :D

Diarihatiku1976 berkata...

tahniah tqah.. uitm dungun tu tempat EN hubby akak belajar diploma dulu..

karina berkata...

gud! Dah bleh merenung gmbr konvo nanti. Mengimbau penat 3tahun blaja. :) Degree nnt konphem perghnaatt. Jd, rehatlah byk2 buat persiapan minda dan fizikal ok!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat