Isnin, 31 Disember 2012

Pengakhiran 2012

Dah 31 Disember. dah hari terakhir 2012. azam disember untuk update entri banyak-banyak dalam bulan ni pun tak tercapai. terukkkkk.. :'(

Cepat je kan masa berlalu. pejam celik pejam celik dah penghujung 2012. rasa macam baru je masuk tahun 2012. kadang-kadang kita tak sedar masa berlalu dengan pantas, semakin dekat untuk kita menghadap Ilahi.




Jumaat, 28 Disember 2012

'Hasil' Boxing Day


baru pulang dari jalan-jalan 4 hari di Manchester dan Liverpool. 26 Disember ke outlet Cheshire Oak. ini dia hasil yang saya dapat untuk boxing day. sikit berbanding jangkaan. hehe.

full entry 'soon'.. :P

bye!


Sabtu, 22 Disember 2012

Sudah 24 tahun.

Salam semua. 17 disember lepas, saya dah masuk umur 24 tahun. dah tua. tahun depan dah nak masuk umur suku abad. dulu, dalam bayangan saya..kalau dah umur 24 tahun perangai mesti matured. budak-budak tengok pun rasa macam tak nak bergaul dah sebab dah tua. tapi saya ni, rasa macam budak-budak lagi. hari-hari pun main lompat2 lagi dengan anak saudara. dengan sepupu yang darjah 3 pun kamceng sangat macam kawan-kawan sebaya. haha. bila nak mature ni, barulah sesuai jadi bini orangggg... :-p

Tahun ni, dah 3 tahun saya tak ada di Kelantan pada birthday sendiri. tahun 2010, kat UK bercuti dengan keluarga. tahun 2011, di Dungun semester akhir. tahun 2012, di UK bercuti lagi tapi tanpa parents. tengah-tengah malam seperti biasa dapat ucapan birthday dalam facebook dari kawan-kawan.

Tapi yang paling saya tunggu-tunggu, mestilah ucapan dari umi dan mr alien. dia cuma wassap "happy birthday..." itu je? ITU JE? bila namanya pompuan, mesti nak ada ayat-ayat lain yg lebih panjang. kihkihkih. pkl 8 pagi malaysia, time tu pkl 12 tgh malam kat UK, dapat chat dengan umi. bangun pagi keesokannya, pkl 10 pagi UK, pukul 6 petang Malaysia..kak min datang bawak ni:



Sambil kak min cakap, happy birthday kakak! bunga tu dari org jauh. dari kamal. hehehe. terkejut den. serius sangat terkejut dan super excited! jarang2 sekali dapat suprise. hehe. umi pun ada jgk berpakat dgn kamal utk bg bunga ni. pastu minta tlg abg belikan. kad tu rayyan comel, anak saudara yg bagi. hehe.



petangnya, kak min belanja makan nasi Kurdish. my favourite nasi kat Leicester ni. memang sedap! 17 disember tu jugak, kak min telah hantar paper PHD nya, jadi tunggu untuk viva je lagi. :)


Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih diberikan nyawa utk hidup di bumiNya sehingga sekarang. 


bye!




Jumaat, 21 Disember 2012

Skegness UK: World Largest Market

Salam semua! Kali ni nak sambung siri jalan-jalan di Skegness, England. Cerita tentang caravan, hotel dan attraction boleh baca di sini, sini dan sini.

Kali ni juga nak bercerita tentang attraction yang ada di Skegness, tapi lebih specific kepada Fantasy Island : World Largest Market. Fantasy Island ni, satu tempat shopping tapi bukan barangan branded. kebanyakkannya, barang-barang dari China. dalam bayangan saya, kat UK ni takde pun jual barang tiruan. rupanya ada jugak.

pintu masuk ke Fantasy Island. seriously market kat sini sangat besar. entah ada berapa ratus lot kedai dalam tu. patutlah diclaim sebagai world largest market.




inilah contoh barang-barang yang dijual di sini. macam-macam ada. pakaian, kasut, handbag, barangan rumah, barang kanak-kanak. kiosk jual makanan halal pun ada. bila shopping kat sini, tak rasa macam kat tempat omputeh. macam kat Malaysia aje. hehe. macam jalan-jalan di Rantau Panjang. cuma bezanya, satu-satu lot kedai kat sini, besar-besar dan lebih bers


Kat sini, banyak baju-baju besar. hoyehhh. seronok! tapi time ni mood membeli belah saya tak datang, cuma beli sehelai seluar tidur dan stoking, walaupun pelbagai baju yang cantik-cantik.


Oh ye, yang menarik lagi tentang Fantasy Island ni, kat sini ada juga roller coaster dan lain-lain mainan. tapi time kitorang pegi ni, ride untuk roller coaster tak dibuka. mula-mula rasa frust jugak, sebab teringin nak main. tak pernah main selama ni. tapi bila tengok ni.............



gulp...pengsannnnnnnn

*nasib baik hari ni tak buka*



bye!

Isnin, 17 Disember 2012

Cara untuk memulakan bisnes online

Salam semua! kali ni saya nak berkongsi cara untuk memulakan bisnes online. Saya selalu dapat soalan macam ni:

Salam. akak nak mula jual pavlova yang akak buat. macam mana ye caranya?
Macam mana ye nak promote produk kita melalui internet?
Suka tengok awak meniaga online. Boleh ajar saya tak?

Saya mula buat bisnes online ni pada tahun 2009. masa tu jual biskut raya, dan balang berhias. kemudian, saya tutup blog tu. sebab tak dapat sambutan. tak dapat pun customer secara online. semuanya offline, kawan-kawan dengan saudara mara sendiri je yang beli. hehe. kemudian saya jual brooch kartun, tahun 2010. pertengahan tahun baru saya mula ceburi dalam bidang masakan. bidang yang paling saya cintai! ok, ini dia cara dan tipsnya.

1. Produk. Tak kira meniaga online ke offline. mestilah kena ada produk. hehe. takkan la nak meniaga, tapi takde produk. kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. jangan jual produk yang dah ramai orang jual. sebagai contoh, tudung..tudung kan cepat keluar fesyen baru. janganlah tetiba baru nak jual fesyen yang outdate. kalau boleh, cuba juga grab peluang. sebagai cth, sekarang tengah femes durian crepe. walaupun dah ramai yang jual, tapi masih laku. jadi boleh cepat-cepat ambil kursus belajar cara buat yang betul dan jual. 

2. Ambil gambar produk. yang ni penting, sila usaha untuk ambil gambar produk kita sendiri. sebagai contoh, teringin nak jual kek. tapi ambil gambar kek orang lain. Saya selalu kena. orang ambil gambar kek saya pastu claim dia buat, untuk dapatkan tempahan. Saya dulu mula2 nak meniaga, sanggup buat pelbagai produk untuk ambil gambar. memang akan keluar modal yang banyak, hanya untuk ambil gambar. tapi bila kita jujur, insyaAllah akan pulang modal. bila curi gambar orang, tu dah dikira tak jujur. ye tak?

3. Bina blog. ini penting, sebab kalau buat carian google. akan keluar website blog kita. sangat jarang keluar link facebook kat carian google. kalau tak pandai nak buat, boleh upah orang buat. sekarang dah ramai orang ambil servis buat blog. dan kalau boleh, keluarkan sikit duit untuk design blog yang cantik dan menarik. jangan buat blog yang suram dan serabut. boleh menyebabkan orang takde mood untuk scroll dan tengok produk-produk jualan kita. konsepnya sama macam kalau kita pegi kedai, kedai yang cantik comel menarik lagi buat kita rasa seronok nak membeli, dari masuk kedai yang catnya gelap dan barang bersepah-sepah serabut.

4. Buka akaun facebook. Kalau boleh buka dua-dua. Fanpage dan akaun personal khas untuk berniaga. dari pengalaman saya, akaun personal lagi cepat menarik perhatian daripada fanpage. mungkin personal facebook buat pelanggan rasa lagi dekat dan senang nak berbincang dengan kita. Seriously, facebook sangat penting untuk berniaga online. sekarang semua orang ada facebook. sekurang-kurangnya, pada permulaan, kawan-kawan terdekat tau tentang perniagaan kita. jadi diorang boleh promote kat orang lain.

PENTING! kena ada dua-dua akaun. blog dan facebook. blog untuk carian google, facebook untuk promosi pada orang-orang terdekat pada permulaan. juga sila letak facebook badge di blog. jadi pelanggan yang datang dengan carian google, boleh ke facebook anda.

5. Advertise. Yang ni paling penting dalam perniagaan online. sebab kita sendiri yang kena iklankan, orang tak datang sendiri. Lain dari kedai nyata, bila kita buka kedai. orang sekeliling atau yang melalui jalan depan kedai kita, akan tau yang kita ni kedai. tapi kalau online, kalau kita tak promote, memang orang tak akan tau. cara iklan yang free, selalu shout kat facebook dan masuk blog sesiapa saja, kemudian iklankan blog kita. free tapi time consuming. cara iklan yang efektif tapi berbayar, buat facebook advertise atau iklankan di blog-blog yang popular seperti sepet88, cik epal, fatin liyana, namee roslan dan lain-lain.


Ini sahaja tips dari saya. senang je kan nak mulakan perniagaan online. tapi yang paling penting, kena berani! kalau tak berani nak tak cepat-cepat grab peluang, susahhhh...bila perniagaan dah semakin maju dan sebati dalam diri, cepat-cepat daftarkan perniagaan ya! jadi peniaga yang sah. :)

Akhir kata, bagi warga Kelantan yang inginkan kek yang cantik dan sedap seperti di bawah ni?


silalah ke blog saya Atiqah Homemade Chocolate. menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut, kek kahwin, doorgift dan servis candy buffet. Hanya di Kelantan!

bye!

Khamis, 13 Disember 2012

Impian Perkahwinan

Setiap perempuan mesti ada impian perkahwinan sendiri. mesti ada jugak walaupun sikit. sekurang-kurangnya mesti terbayang baju nanti nak pakai warna apa kan? lain dari lelaki, diorang selalunya tak kisah dengan majlis perkahwinan. kalau boleh nak buat sesimple mungkin. yang penting bagi diorang, kehidupan selepas kahwin. 

Dulu, time zaman muda mudi, saya ada angan-angan nak buat majlis kahwin besar-besaran. nak pelamin mewah dan besar. nak baju designer popular. nak perfect dari A-Z. nak sediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu. nak sediakan doorgift yang mahal. angan-angan sebijik macam anak dato atau artis kahwin.

pelamin yang tersangat mewah.

Sekarang bila dah tua, bila umur dah nak masuk suku abad tahun depan, pemikiran dah semakin realistik. hidup ni bukan boleh dilaksanakan ikut angan-angan sahaja. bukan senang nak cari duit. bukan senang nak kumpul duit. kena korbankan byk benda untuk dptkan apa yg diangan-angankan. sekarang, impian saya totally berubah.

Ada kawan blogger nasihatkan saya, in the end nobody will talk about your wedding. jadi jangan sampai terlampau nak impresskan orang. That's it! dalam hati saya sebenar-benarnya, memang saya nak impresskan org kan? sebab tu berangan nak majlis macam orang kaya! akhirnya saya sedar diri.. :-p

okay, cukup dah pengenalan yang panjang. sekarang nak bercerita tentang majlis perkahwinan impian saya. kalau boleh, saya nak majlis yang simple dan meriah. yang paling penting, sangat bermakna untuk saya. untuk pelamin, meja beradap dan bilik tidur, tak nak yg terlampau beria. nak yg simple. tak nak habiskan ribu riban untuk pelamin. sebab pakai hanya utk beberapa hari. pastu, barang2 pelamin tu xde pun yang boleh simpan. yang ada cuma ada kenangan dalam gambar.

Makanan untuk para tetamu pulak, haaa..yang ni paling penting! kalau boleh nak bagi tetamu makan sedap-sedap. hehe. kalau boleh nak sediakan pelbagai jenis makanan. dan kalau boleh juga, nak sediakan meja candy buffet. selalu buat kat majlis orang je kan, jadi nak juga buat kat majlis sendiri. juga nak buat kek red velvet, boleh tetamu2 rasa kek buatan saya. :')

Dan saya juga berangan nak D.I.Y banyak benda. macam handbouquet, doorgift, candy buffet..banyak betul perancangan. tapi tak tau la berkesempatan ke tak. kalau banyak nak diy, memang kena rancang dari awal kan?

Amboi cik tiqah kemain cakap pasal impian perkahwinan. bila nak kahwinnya?? haha..jawapannya lambattttt lagi sebenarnya. :-P Insyaallah ada jodoh, ada rezeki, panjang umur tibalah masa tu nanti. yang penting, sekarang berangan dulu!

bye!

Sabtu, 8 Disember 2012

Hangat-hangat tahi ayam

Saya selalu saja buat kerja hangat-hangat tahi ayam. sebagai contoh, semangat berkobar-kobar nak tulis entri. dalam satu hari siap 3 entri. tapi ni, 2 hari terus tersadai blog. takde entri baru. bukan setakat entri baru, bukak pun tak.

Contoh kedua, saya nak kurus. :-p ok, saya ni tahap obesiti. masa datang azam nak kurus berkobar-kobar, macam-macam saya buat. exercise sepanjang masa. jaga makan. tapi, memang selalu hangat-hangat tahi ayam. paling lama pun, sebulan je mampu bertahan dengan rutin tu. -__-"

Saya selalu hangat-hangat tahi ayam kalau sebenarnya benda tu bukan lahir dari hati. maksudnya, saya buat bukan dengan rela sepenuh hati. sebab tu selalu je buat kerja separuh. contoh ketiga, saya berkobar-kobar nak kemas peralatan baking saya di dapur. siap beli kotak, beli sticker..tapi, lepas beli semua..hampeh. tak buat-buat pun. akhirnya umi yang tolong kemaskan. bila umi dah start kemas, saya pun sibuk la sama. hehehe. 

Mr Alien selalu cakap, saya sebenarnya kalau nak buat benda, boleh sangat sebenarnya dengan sepenuh hati. sebagai contoh ketika saya baking. tak tidur malam pun sanggup. tak dapat duduk sehari sibuk sebab baking pun saya sanggup. contoh kedua macam saya inginkan sesuatu benda. cthnya nak beli DSLR dan tablet. saya sanggup usaha cari duit untuk dapatkan benda yang dihajati. tapi, macam mana nak lahirkan kesungguhan dari hati? saya sangat lemah bab tu.

Oh ya, cakap pasal hangat-hangat tahi ayam. sape ye yang reka peribahasa tu? macam mana ye dia tau tahi ayam tu hangat sekejap je? kenapa tahi ayam je, bukan tahi kucing ke. ok, dah cukup merepek.


kesimpulannya, jangan hangat-hangat tahi. ianya langsung tidak bagus. bye!


p/s: dah lama tak buat entri berkongsi rasa macam ni

Rabu, 5 Disember 2012

NUFFNANG X penyebab malware

Tadi semangat buka blog, nak buat entri baru. memang semangat meninggi, sebab ni dah bulan terakhir. kenangan untuk tahun seterusnya. tak nak la rasa sedih sangat bila bukak blog entri 20 je untuk satu tahun. huhu. 

Tapi bila tekan view blog, terus keluar ni:


gewammmmmm iols tau! terus delete html nuffnang x. nasib baik nuffnang x je yang menyebab malware, bukan iklan nuffnang.


ni kali ketiga blog ni diserang malware. dulu sebab ada url blog, saya letak kat bloglist. blog org tu menyebab malware. terus delete bloglist yang ada. sebab tu lah bloglist yang ada sekarang sikit je. kalau tak dulu memang banyakkk dan panjanggg listnya.


ok dah habis membebel. nanti nak buat lagi entri jalan2. bye!


Selasa, 4 Disember 2012

Skegness UK: Attraction

Salam semua.. :)


Kali ni saya nak bercerita tentang tempat-tempat menarik di Skegness pulak. Kami tak sempat nak cover semua tempat, tapi dapat la jugak ronda-ronda di Skegness.

tempat tarikan utama Skegness mestilah pantai. Tapi bagi saya pantai di sini tak cantik. air keruh, bukan kebiru-biruan. pasir pun takde. terus benteng. 


walaupun pantai tak berapa cantik, tapi kawasan berdekatan pantai cantik utk ambik gambar. :)


ini pulak kedai yang jual dessert macam aiskrim, waffle, donut..pelbagai pilihan pulak tu. tengok dari jauh dah menarik hati. sorry gambar tak berapa cantik. ambil dari dalam kereta je. tapi seronok tengok suasana ni. baru ada perasaan macam tepi pantai kat oversea. =P selalu tengok dalam tv je suasana macam ni. hehe..


sebab tiap kali lalu depan kedai-kedai jual aiskrim, mesti saya tengok-tengok waffle. hari ketiga takde tengok-tengok lagi dah. terus rembat. hehehe.


roundabout ni landmark Skegness. roundabout ni kawasan tepi pantai. ke kanan dan kiri akan ke pantai. ke depan akan jumpa Skegness City Centre.


kalau di tepi pantai, mestilah banyak kedai fish n chips. ada 3 pilihan ikan. Cod, Haddock dan Plaice. saya ambil Plaice. tapi tak sedap. Plaice ni isinya lembik, berair dan nipis. rugi betul! dah la saya memang suka fish and chips. Ikan yang paling sedap, Haddock. isinya firm dan tebal. Fish n chips kat sini memang makan kosong macam ni je. with salt and vinegar only. sebab tekak orang Melayu, kalau ada sos cili atau tartar sos mesti lagi sedap. hehe.

Kami makan Fish n Chips ni di kedai nama Salt. Kitorang makan kat sini sebab baca review kedai ni 'the best' kat Skegness ni. tapi bagi saya, batternya tak berapa sedap. lagi sedap fish n chips di Leicester.



ini decoration kedai ni. banyak gambar-gambar Titanic. kitorang berteka-teki owner kedai ni ada kaitan dengan Titanic ke. lebih-lebih lagi tgk decoration dgn pinggan botol buruk. pastu kak aini g tanya waitress kat kedai ni. rupanya suami dia kerja sebagai penyelam. jadi banyak jumpa pinggan dan botol dalam laut.


oklah, ini saja utk hari ni. next entri, world largest market! hanya di Skegness..

bye!



Skegness UK: Southview Park Hotel

Hai semua!

Sekarang sambung entri yang tertunggak hampir 2 bulan. saya ke Skegness 1 Oktober, tapi sekarang dah 4 Disember. kihkihkih. (ketawa dalam tangisan. kesian kat diri sendiri yang malas) T_T

Bagi yang tak tau, Skegness tu salah satu daerah di England, kawasan di tepi pantai. Tarikan utama daerah ni ialah pantai dan caravan. 

Dalam entri yang lepas, saya dah bercerita kami tinggal di dalam caravan. kali ni saya nak bercerita pihak resort yang sediakan perkhidmatan Caravan. Nama resort yang kami tinggal ialah Southview Park Hotel. Southview park ni menyediakan perkhidmatan caravan dan juga bilik hotel.

itulah hotel di Southview Park ni. tapi tarikan utama utama di Skegness ialah caravan, jadi lagi banyak servis caravan yang disediakan daripada servis hotel. *sila abaikan mak cik yang terlebih excited tapi anak saudara tak tengok kamera pun* =P


Apa yang menarik di Southview Park ni, pemandangan yang sangat cantik! pintu depan untuk masuk ke park pun dah ada air terjun tiruan. siap dengan itik tengah mandi manda. masuk ke dalam sikit..laluan kiri kanan tasik, yang penuh dengan itik dan angsa.


Itik pulang petang


Selain itu, depan caravan kami ada padang yang luas. Pukul 3 atau 4 lepas pulang dari jalan-jalan, mesti Rayyan dgn Uqail main-main di padang. saya yang menegoknya pun tumpang seronok. rasa nak berlari sama. tapi kena cover sikit, dah tua besar gabak pulak tu. malu omputih tgk. hahaha. :P


 seronoknyaaaa diorang main bola.



ni pulak main layang-layang. sebab Skegness ni kawasan tepi pantai, jadi angin kuat. memang sesuai untuk main layang-layang. harga layang-layang kat sini, 1.5pound ke 3pound.



Ni pulak melayan itik-itik di depan caravan kami. kawasan Southview Park Hotel ni memang banyak itik. pagi-pagi kalau masak, pastu kitorang bukak tingkap, penuh itik merayau-rayau keliling caravan. minta simpati moga-moga kitorang bagi makan. =P *kredit gambar, kak aini kawan kepada kakak ipar, cilok dari facebook dia*


Dalam gambar tu, kitorang tengah bagi itik makan roti. memang agresif itik-itik tu. mula2 sikit je. pastu lama-lama ramai pulak geng-geng dia datang. tak sempat nak lempar pun cebisan roti tu, terus je itik sambar kat tangan. lepas tu ampunnn tak berani dah nak bagi makan. cuma lempar melalui pintu caravan je, jadi itik-itik tunggu kat bawah. tak berani dah nak biarkan diri dikelilingi itik.

oklah, itu sahaja entri kali ni. next entri attraction di Skegness. See ya!

Isnin, 3 Disember 2012

Azam Disember 2012

Dah masuk Disember 2012. dah penghujung tahun. 

Azam bulan ni, nak buat sekurang-kurangnya 10 entri.
10 entri yang berinfomatif. bukan entri pendek senonet macam entri yang ni.
walaupun senang je untuk orang lain, tapi amat susah untuk saya..

blog ni semakin senduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........... 

:'(

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat