Khamis, 13 Disember 2012

Impian Perkahwinan

Setiap perempuan mesti ada impian perkahwinan sendiri. mesti ada jugak walaupun sikit. sekurang-kurangnya mesti terbayang baju nanti nak pakai warna apa kan? lain dari lelaki, diorang selalunya tak kisah dengan majlis perkahwinan. kalau boleh nak buat sesimple mungkin. yang penting bagi diorang, kehidupan selepas kahwin. 

Dulu, time zaman muda mudi, saya ada angan-angan nak buat majlis kahwin besar-besaran. nak pelamin mewah dan besar. nak baju designer popular. nak perfect dari A-Z. nak sediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu. nak sediakan doorgift yang mahal. angan-angan sebijik macam anak dato atau artis kahwin.

pelamin yang tersangat mewah.

Sekarang bila dah tua, bila umur dah nak masuk suku abad tahun depan, pemikiran dah semakin realistik. hidup ni bukan boleh dilaksanakan ikut angan-angan sahaja. bukan senang nak cari duit. bukan senang nak kumpul duit. kena korbankan byk benda untuk dptkan apa yg diangan-angankan. sekarang, impian saya totally berubah.

Ada kawan blogger nasihatkan saya, in the end nobody will talk about your wedding. jadi jangan sampai terlampau nak impresskan orang. That's it! dalam hati saya sebenar-benarnya, memang saya nak impresskan org kan? sebab tu berangan nak majlis macam orang kaya! akhirnya saya sedar diri.. :-p

okay, cukup dah pengenalan yang panjang. sekarang nak bercerita tentang majlis perkahwinan impian saya. kalau boleh, saya nak majlis yang simple dan meriah. yang paling penting, sangat bermakna untuk saya. untuk pelamin, meja beradap dan bilik tidur, tak nak yg terlampau beria. nak yg simple. tak nak habiskan ribu riban untuk pelamin. sebab pakai hanya utk beberapa hari. pastu, barang2 pelamin tu xde pun yang boleh simpan. yang ada cuma ada kenangan dalam gambar.

Makanan untuk para tetamu pulak, haaa..yang ni paling penting! kalau boleh nak bagi tetamu makan sedap-sedap. hehe. kalau boleh nak sediakan pelbagai jenis makanan. dan kalau boleh juga, nak sediakan meja candy buffet. selalu buat kat majlis orang je kan, jadi nak juga buat kat majlis sendiri. juga nak buat kek red velvet, boleh tetamu2 rasa kek buatan saya. :')

Dan saya juga berangan nak D.I.Y banyak benda. macam handbouquet, doorgift, candy buffet..banyak betul perancangan. tapi tak tau la berkesempatan ke tak. kalau banyak nak diy, memang kena rancang dari awal kan?

Amboi cik tiqah kemain cakap pasal impian perkahwinan. bila nak kahwinnya?? haha..jawapannya lambattttt lagi sebenarnya. :-P Insyaallah ada jodoh, ada rezeki, panjang umur tibalah masa tu nanti. yang penting, sekarang berangan dulu!

bye!

1 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

benda free yg paling besh ialah berangan2 heheh :) :)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat