Sabtu, 22 Disember 2012

Sudah 24 tahun.

Salam semua. 17 disember lepas, saya dah masuk umur 24 tahun. dah tua. tahun depan dah nak masuk umur suku abad. dulu, dalam bayangan saya..kalau dah umur 24 tahun perangai mesti matured. budak-budak tengok pun rasa macam tak nak bergaul dah sebab dah tua. tapi saya ni, rasa macam budak-budak lagi. hari-hari pun main lompat2 lagi dengan anak saudara. dengan sepupu yang darjah 3 pun kamceng sangat macam kawan-kawan sebaya. haha. bila nak mature ni, barulah sesuai jadi bini orangggg... :-p

Tahun ni, dah 3 tahun saya tak ada di Kelantan pada birthday sendiri. tahun 2010, kat UK bercuti dengan keluarga. tahun 2011, di Dungun semester akhir. tahun 2012, di UK bercuti lagi tapi tanpa parents. tengah-tengah malam seperti biasa dapat ucapan birthday dalam facebook dari kawan-kawan.

Tapi yang paling saya tunggu-tunggu, mestilah ucapan dari umi dan mr alien. dia cuma wassap "happy birthday..." itu je? ITU JE? bila namanya pompuan, mesti nak ada ayat-ayat lain yg lebih panjang. kihkihkih. pkl 8 pagi malaysia, time tu pkl 12 tgh malam kat UK, dapat chat dengan umi. bangun pagi keesokannya, pkl 10 pagi UK, pukul 6 petang Malaysia..kak min datang bawak ni:



Sambil kak min cakap, happy birthday kakak! bunga tu dari org jauh. dari kamal. hehehe. terkejut den. serius sangat terkejut dan super excited! jarang2 sekali dapat suprise. hehe. umi pun ada jgk berpakat dgn kamal utk bg bunga ni. pastu minta tlg abg belikan. kad tu rayyan comel, anak saudara yg bagi. hehe.



petangnya, kak min belanja makan nasi Kurdish. my favourite nasi kat Leicester ni. memang sedap! 17 disember tu jugak, kak min telah hantar paper PHD nya, jadi tunggu untuk viva je lagi. :)


Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih diberikan nyawa utk hidup di bumiNya sehingga sekarang. 


bye!




2 ulasan:

ziha berkata...

happy birthday ye sis! :)

Nana Farhana berkata...

HAppy Birthday T-Qah =)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat