Ahad, 31 Oktober 2010

kenapa saya minat Hello Kitty?

semuanya sebab dia!!!!





hehehe..mr alien ni peminat Hello Kitty. masa awal2 kenal dulu, dia cakap dia memang suka Hello Kitty. sebab bulat dan kiut. sbb tu dia cakap dia suka kat saya. boleh?? sbb saya bulat, kaki pendak..cuma tak kiut T_T


lepas dia cakap dia minat Hello Kitty, saya pun jadi minat Hello Kitty. lama-lama jadi addict dgn Hello Kitty.


sebab tu jugaklah saya jadi nak memiliki semua barang Hello Kitty..jadi gerammm sangat tgk brg2 Hello Kitty. ni semua salah dia.. :p

hello kitty comel.

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kelantan menang, Negeri Sembilan kalah

dengan keputusan 2-1.
berbeza dengan tahun lepas, kelantan kalah negeri sembilan menang.

:)

tahniah kelantan!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Hello Kitty buat saya gila!

1. purse Hello Kitty
RM 79.90
tgk sini



2. Mouse Hello Kitty
RM30.00
tgk sini



3. Pendrive Hello Kitty. sangat comel dan unik.
RM 79, 4GB
tgk sini


5. ataupun pendrive ini.
RM 89, 8GB
tgk sini



5. MP3 Hello Kitty.
RM88. 2gb
tgk sini..


semua barang-barang Hello Kitty ni buat saya gilaa....waaaaaaaa....nak sangat2..
ada sape2 yang tau blogshop Hello Kitty yg lain? :)


RM 299. (-_-")


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

PEMENANG ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST

salam semua...ditengah malam ni tqah nak umumkan pemenang contest ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE..maaf sangat2 lambat umum. sangat2 tak sempat. sbb tqah ni xreti nak manage masa. malu gilak dengan peserta2.. T_T


okay, pemenangnya ialah...jeng jeng jeng...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TIEFAZATIE!!!!


pewwwitttt...tahniah efa! :)


peserta lain jangan kecewa, sbb tqah up sikit 2 hadiah saguhati, iaitu 4 biji coklat...yg ni dimenangi olehhhh...
















terima kasih kepada semua peserta.. =) nanti emaikan nama, alamat dan no phone ke atiqahkj@yahoo.com


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Khamis, 28 Oktober 2010

please..please..please...

salam semua..

tqah nak minta bantuan semua, vote tqah dan kawan-kawan di sini..

http://apps.facebook.com/freeyourideas/?entry=829&ref=mf

kami, kawan2 sekelas ingin ke tembok besar china, beijing...


please..please..please...vote for us..thanks! :)


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Rabu, 27 Oktober 2010

Masak-masak: puding jagung berkastard

salam semua...tqah skarang mcm takde benda yang nak diceritakan dalam blog ni, sibuk dengan final dan sebagainya..beberapa minggu lepas, tqah teringin sangat nak makan puding jagung berkastard. time kecik2 dulu umi selalu buat. skarang dah tak buat dah, sbb nak suruh anaknya pulak yang buat.hehe.. tapi puding ni memanggg sedap. favourite tqah tau..jom, kita tgk resepinya.. :)



puding jagung:

1 tin jagung
1 peket agar-agar
1 1/2 liter air
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 sudu tepung kastard dibancuh dengan air.


1. panaskan air bersama agar agar sehingga larut. tqah lupa sebenarnya sukatan air, tapi sehingga agar-agar tenggelam..kalau air sikit sgt, nanti pekat dan kalau byk sangat nanti cair.

2. masukkan susu cair, gula, jagung dan tepung kastard. kacau.

3. masukkan ke dalam acuan dan bekukan di dalam peti ais. :)


sos kastard:

1 tin buah koktel
1 tin susu cair
5 sudu tepung kastard dibancuh dengan air
1/2 cawan gula


1. panaskan susu.
2. masukkan bancuhan tepung kastard.
3 masukkan buah koktel bersama airnya.
4. masukkan gula.
kalau rasa manis sgt, tambahkan air.. :)



hidangkan puding jagung bersama sos kastard. makan sejuk2. sedappnyaaaaa...


puding hello kitty comel..hehe..


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

5.30 pagi

sekarang pukul 5.30 pagi..
baru nak tido, sbb baru siapkan tempahan coklat.. :)

tqah mula buat coklat pkl 11 mlm, sampai 5.30 pagi..
penat, tapi puas hati.. :)

bye semua..tunggu subuh kejap, pastu tido..
pg esok..study! :D

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selasa, 26 Oktober 2010

cuba teka?

bila saya nak umumkan pemenang? hehehe..
maaf ye kawan2..sekarang sgt2 tak sempat.. :'(

baru je hbs satu paper tadi..haha..
menggoreng secukup rasa je tadi.. :p

saya akan cuba utk bgtau secepat mungkin..tunggu.. :)


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Jumaat, 22 Oktober 2010

senarai akhir nama peserta Atiqah Homemade Chocolate Contest

chewahhh..siap ada pusingan akhir lagi ye..hehe..
maaf byk2 semalam tqah tak tunaikan janji. dah masuk page sorang2, ckp nak umum semlm..
tp streamyx wat hal..sgt lembab semlm..nak loading pun tak boleh..maafkan saya ye.. :)

ni nama akhir peserta:



terdapat 9 orang semuanya yang sangat layak!!! ni lah yg ada peluang untuk menang. diorg sgt kreatif okeh..rasa mcm nak bg hadiah untuk semua je..coklat tu boleh je kalau nak bg yang 3 biji sorang, tp kos pos tulah yang tak tertanggung.. T_T

nantikan keputusannya hokehh.. :D

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Khamis, 21 Oktober 2010

Akibat Iklan Raya, TV3 didenda RM50 000

hari tu kan kecoh ttg iklan tv3 yg memesongkan akidah tu..
iklan raya, yang seperti krismas..
first time umi tqah tgk pun, dia membebel2 ckp iklan raya apa mcm krismas..hehe..





Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”. Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebaran”. Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.


“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang. TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan. Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.


Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum. “Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.


source: MalaysiaKini


jadi, kerugian tv3, rm200 000 + rm 50 000 = rm250 000..
tapi kan, nilai setakat rm250 000 tak menjejaskan tv3 pun kan..




•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Rabu, 20 Oktober 2010

Dinner ketiga

kali ni nak bercerita ttg dinner ketiga yg tqah pergi dgn kawan2. hari ahad lepas, (11/10/10) tqah ada kat lab sbb nak timbang barang2 untuk buat produk. pastu, jumpa dengan lecturer tqah En Munir. dia tanya, korang nak makan tak? hehe..kitorang pun apalagi..nakkk lah jawapannya..hehe..

sanggup rehat2 kat surau dulu dri pukul 7 ke pukul 8..solat semua..pergi dinner dengan tak mandi tu..hehe...

time belajar dulu, lipatan napkin 5-star nilah yg tqah paling suka.. =)



appetizer-ceaser salad with chicken. tak habis tqah makan. sedap, tapi sbb telur mentah..melekit2..hehe.. :p


pumpkin soup-i love it!



kali ni table for four..rakan meja seperti biasa, teha dan nurul, pastu sorang lagi mai.. :)



sedapnyaaaa main course..bahagian ayam kegemaran..hehe.. =D



dessert mlm ni paling best..yg kecik bulat tu, banana..xtau namanya, tapi banana dibalut dgn lempeng gitu..kedua, yg bentuk diomand tu cheese cake. sgt sedap. saya yang tak suka cheese cake pun rasa sedap cake ni. ketiga yang petak besar tu brownies.. :)


terima kasih en Munir..sem depan ajak lagi..hehe.. :)

oh ya, ingin menambahkan kejelesan sekali lagi...semua ni free sajork.. :D

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Isnin, 18 Oktober 2010

Dinner kedua

dinner kedua. jemputan dari lecturer tqah, En. Tom. hari khamis (7/10/10)..En Tom ajak kami sekelas ke dinner nih..lgpun kelas kami sikit je, 15 org je.. :D


table layout yang cantik..



hai..nama saya teha..jemputlah ke blog saya..hehe..



nombor meja, 34 =)



yeay! appetizer dah sampai. salad apakah namanya? lupa da..ada, peas, lettuce, oyster mushroom..



inilah teman semeja saya pada hari ini. seperti biasa, Teha dan Nurul..satu meja 3 org, walaupun disediakan utk 4 org. En Tom nak tgk mcm mana student2 ni kemaskan tempat yg takde org tu, pastu En Tom boleh duduk2 masa evaluate diorang..



dan supnya adalah..eh, terambik gambar adik waiter pulak..nakal ye..haha



chicken soup with beef bacon!



kawan sekelas yang gembira dapat makan free..



inipun kawan sekelas saya jugakk :)


main course pilihan saya, fish..sosnya sedap, ada udang, sotong dan kepah.. =)



main course pilihan teha..spagetti..



main course pilihan nurul, grill chicken..



masa yg ditunggu..dessert yang sedap! ini pilihan saya..



pilihan nurul dan teha..fruit platter..


sekali lagi, ianya FOC ye kawan2..
haha..jgn jeles..
kalau nak mkn mcm ni jugak, silalh ke UiTM Dungun..
tp bukan time cuti semester, time tu xde student..hehe..


p/s: dinner ketiga dan keempat akan menyusul. aktiviti buncet akan terus diupdate!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

dinner pertama

2 minggu yang lepas, hari ahad (4 oktober 2010) tqah dapat jemputan dinner di bayu grill restoran. semenjak dua minggu lepas, student yang ambik subjek food and beverage service akan menduduki test. lecturer tqah, En Munir ajak kawan tqah, Mai untuk penuhi meja, Mai pulak ajak tqah dan kawan-kawan yang lain.


my partner of the day..hehe..en Munir bagi table for two, tqah semeja dengan nurul..



Mai pulak semeja dengan Teha..



inilah waiter of the day. hehe. nilah student yang akan diambil markah oleh lecturer. cara dia betul ke tak. layanan betul ke tak. flow betul ke tak.



enak. softroll with butter. makan sambil menunggu hidangan datang.



appetizer: salad. lupa salad apa. student serving harus sediakan salad ni di depan guests.



clear soup. juga lupa nama. tapi penuh dengan macaroni, carrot, celery..



indah. main course. yg ditunggu2. roast chicken with mushroom sauce. starch=cous cous kalau tak silap.



ni dessert tqah. apple pie ala mode..



ni dessert kawan tqah. lupa nama. mcm blueberry tart gitu..


semuanya berapa ringgit??? free je youuu...haha..
jadilah student fakulti pengurusan hotel dan pelancongan.
kalau dapat jemputan dari lecturer mcm ni mesti free..hehe



•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat