Khamis, 10 November 2011

Tips bagaimana mendapatkan tiket murah AirAsia| Baru saja membeli tiket ke London! :)

Assalamualaikum semua.

Saya ni loyal customer Airasia. kalau nak beli tiket flight memang terus keluar bayangan Airasia. sebabnya Airasia murah, dan saya dah biasa dengan AirAsia. selalu KB-KL pun dengan Airasia, pegi Sabah 2 tahun lepas pun dengan Airasia, ke UK tahun lepas pun dengan Airasia dan akan ke Medan tahun depan pun dengan Airasia. tak pernah naik penerbangan lain seperti MAS dan Firefly. hehe. but i wish i can try their services, satu hari nanti kalau ada rezeki. :-)


Sepanjang menjadi loyal customer Airasia ni, saya dapat lihat beberapa strategi perniagaan yang Airasia gunakan. kita sebagai pengguna ni kenalah grab the chance,kan. ok, bagaimana untuk mendapatkan tiket murah  Airasia?



1. Tempah tiket pada kali pertama tiket keluar.
Contohnya, tiket untuk Oktober 2012, tiket keluar November 2011. jadi untuk tempat duduk pertama, memang sangat murah. bulan lepas saya saja2 tengok harga tiket untuk ke Kota Kinabalu pada Oktober 2012, cuma RM10! juga tiket ke Bandung cuma RM30!  sangattttt murah. cuma hanya untuk seat pertama. jadi kalau nak pergi 4,5 orang pun, dah jimat pada tiket pertama. selalunya Airasia tak akan war-warkan tentang tiket pertama ni. :)


2. Selalu semak harga tiket. 
Harga tiket airasia ni kadang-kadang cepat berubah, kadang-kadang tak berubah-ubah. jangan hanya tunggu promosi yang diwar-warkan dalam akhbar, televisyen atau muka depan website airasia. anda kena cari sendiri. sebagai contoh, sekarang harga tiket yang ditawarkan ke London pada Jun 2012 hanya RM440 (tak termasuk segala tax) dan langsung takde promosi mengenainya dibuat. :)


3. Terus membuat pembelian bila promosi dikeluarkan. 
Selalu jugak semak website Airasia. selalunya segala jenis promosi bila pukul 12 malam, ianya terus dijalankan. selalunya harga tiket murah yang Airasia war-warkan hanyalah untuk beberapa seat sahaja. jadi, haruslah menjadi orang terawal untuk membeli tiket! :)


4. Pilih penerbangan ke tempat baru.
Bila Airasia keluarkan penerbangan baru ke beberapa destinasi, Airasia akan keluarkan promosi. contohnya sekarang, ke Osaka. harga yang ditawarkan selalunya harga termurah. lain kali bila Airasia buat promosi pun tak akan sama dengan harga bila satu routes baru dikeluarkan.


5. Jangan membeli tiket dua hala. Beli tiket pergi balik asing-asing.
teori ni, saya tak berapa tau boleh pakai ke tak. tapi saya baru revealnya petang tadi. hihihi. ini buktinya:



Tiket dua hala:


ini tiket pergi balik (two ways) dari Kuala Lumpur ke London. Pada 4 Jun harga tiket ke London RM484 dan pada 25 Jun harga tiket ke KL juga RM484.




bila campur dengan semua jenis tax, beg dan makanan, harga tiket pergi balik dari KL ke London ialah RM 2026.



Tiket sehala:


ini harga tiket pergi iaitu dari KL - London pada 4 Jun 2012, RM484. (harga sama seperti tiket 2 hala)





ini tiket KL-London selepas dicampur tax + makanan + beg. Harga RM730.







ini pula tiket balik dari London-KL, 25 Jun 2012, cuma RM 251.13. berbeza dengan harga 2 hala iaitu tiket pulang RM484.




ini harga tiket balik selepas dicampur dengan tax+makan+bagasi. Hasil tambah kedua-dua tiket yang dibeli asing-asing:



RM 730 + RM1064.79 = RM 1794.79


kalau tiket dua hala, jumlahnya ialah RM 2026.00. Perbezaan harga tiket RM221++. Banyak tu boleh jimat. dengan RM200 macam-macam kita boleh beli kan? boleh dijadikan duit shopping ketika melancong. hehehehehe. :)




ini sahaja tips membeli tiket airasia dengan murah yang saya boleh kongsikan. :) dan berita gembira bagi saya, tahun depan saya akan ke UK sekali lagi! dah selamat membeli tiket pergi 18 Mei 2012. tapi belum beli tiket balik. sebab saya tengah fikir tarikh yang sesuai untuk balik. teringin nak beraya di sana. 


cuma, umi dan abah dah beli tiket balik. sebulan lepas kami dah beli tiket pergi. tadi bila semak harga, jumpa harga tiket sangat murah. terus beli untuk balik. cuma dulu, harga tiket pergi yang kami tempah lebih mahal dari sekarang. :( sebab tu lah saya cuba tengok tiket pergi balik kalau beli sekarang. dan sebab tu lah saya perasan tiket pergi balik ni lagi mahal berbanding beli asing-asing.


di sini saja untuk kali ini..bye bye! :)



23 ulasan:

Fazlinil Irma berkata...

seronoknya pegi London lagi. :)

misznina berkata...

wahhh.. saya pun suka travel juga.. ada geng la.. cuma tak sampai lagi UK. Takat nie paling jauh Australia je la.. huhu

me suya berkata...

oittt g uk lg
jeles3

Ina Nadia berkata...

Ina suka travel tapi setakat ni dalam Malaysia je.Macam best je travel dengan tiket murah ni. :D

me suya berkata...

Kaja…
Ce try marinated daging untuk steak guna ni…

Lada sulah, lada hitam, garam secukup rasa, sesudu butter, kicap manis ganti gula/madu pun ok, sos tiram sikit…then grill je LoL…

Pastu, daging tu carik-carikkan dengan garfu sikit masa marinated tu … Tak tahu la ngan tekak orang lain seswai ke tak.. tapi pada sesapa yang pernah try tu kan.. die rasa cam ummpphh gak laaa.. heeeee :P

Azra Najwa berkata...

wahh tips bgus ni,xpnh lg travel mne2.

nirhamna berkata...

bln lps sy dh beli tiket ke Incheon,Seoul utk fly Sept 2012.
2 ways.RM404 pegi,& RM 404 balik.include airport tax & fees RM945..then td sy dh reveal balik, nmpknya makin mhl if 1 way..huhu

-atiQah- berkata...

kak ima:
jomlah pegi london lagi..hehe..tiket murah tu.. :)

-atiQah- berkata...

misznina: bestnyaaa dh sampai australia..nnti blhlah geng. hehe. sy suka melancong jgk. :) tp skarang xde rezeki sgt lg, dan takde kewangan yg mencukupi. hehe.

-atiQah- berkata...

suya: mcm best caro suya marinate tu. nnti nk try. hehe. bila fikir balik, rasa masin lemak butter cmpur dgn sos tiram manis mmg sedap. hehe. thanks for the recipe suya!

-atiQah- berkata...

ina nadia:
melancong dlm negara kita ni pun best jgk. :) sy tak pernah pegi sarawak. tringin nak pegi.

-atiQah- berkata...

azra:
nnti bolehlah pegi travel.. :)

-atiQah- berkata...

nirhamna:
ooo..mcm tu..mgkin available utk sesetgh penerbangan dgn cara ni. tp mmg dulu selalu dgr org kata kalau beli tiket asing2 lg mahal berbanding 2 ways. cuma mgkin kdg2 jadi murah..thanks for the info. :)

Hafiz berkata...

Hi Atiqah,

Thanks for the info...insyaallah tiada halangan , plannya mau ke UK pertengahan bulan mac 2012...

sbb tiket tgh murah kan, must grab the chance....

Sy ni first time nak bli tiket airasia online ,so info n tips kurang skit...

sy ad pertanyaan utk Atiqah..

1. Jika beli tiket melalui online mmg kene bayar total payment on the spot ke or kita boleh bayar deposit dulu??

2.If kita cancel tiket tu, mmg payment kita akan burn la kan?

3. Ada possibility x tarikh tiket yg kita beli tu mayb akan ditunda ke hari lain?

thanks.
hafiz

-atiQah- berkata...

salam hafiz, kalau beli online saya tak sure boleh byr deposit ke tak. sebab saya selalu byr full payment guna kad kredit. tp bila beli online ni, dia akan cas kita..mcm sy beli tiket ke UK tu, cas rm18. kiranya yg tu org kad kredit ambik. kalau byr guna online banking pun cas jgk.

aah, kalau cancel..memang akan burn. tp kita boleh tukar tarikh flight kita tu. cuma kena tambah sket. cthnya hari tu ayah saya tukar tiket dr kl-kb, pkl 3 ke pkl 10 pg, kena byr dlm rm70. bergantung kpd brp yg airasia akan cas.

possibility tarikh tiket kita beli tu ke tarikh lain takde. cuma kalau delay tu selalu. cthnya patut pkl 10, tp kdg2 delay ke pkl 11. mcm tiket saya dari kota kinabalu ke kl hri tu, dari pkl 3.30, delay ke pkl 5 petang. jadi kalau nak beli tiket, kena fikir ttg delay. cthnya nak ambik kb-kl, kl-kk..yg kl ke kk tu kena jauh jaraknya dari kb-kl, sbb risau flight kb-kl delay.

mr.panda berkata...

tiqah hehe order perfume lagi bley?

Tanpa Nama berkata...

Setiap tepat jam 12 malam kena update selalu ke for dapatkan ticket promo yg murah?

Tanpa Nama berkata...

salam atiqah nak minta tolong bookkan tiket boleh...ada fb x ler add saya...kerabat diraja maxhero...sebab banyak kali try x dpt nak book kat air asia--saya shah 0129997736.....book tiket ke bandung

░♥si lampu neon♥░ berkata...

failed betul setiap kali loading webpage air asia hahahah

Tanpa Nama berkata...

Uitss...nakgi2!!! :) tayah pakai visa kan gi uk?? Huhu

Tanpa Nama berkata...

nak tanya.. kenapa jangka waktu pergi dan balik tidak sama.

contoh:
pergi eta: 8.30 - 9.00 (20min)
balik eta: 16.30 - 18.00 (1jam30min)

adakah kapal terbang singah kat mana2 dulu?

hehe..

Tanpa Nama berkata...

Kalau musim kmasukan k u ada promsi ka tak?

ayien lin berkata...

salam.. thanks for the info.. saya balik dari UK sebulan yang lepas and saya mengunakan MAS airlines..Dan saya nampak perbezaan harga MAS/airasia sebab tiket saya bayar RM9k Return .. Maybe saya patut try naik airasia sebab lebih jimat..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat