Selasa, 29 November 2011

Kisah membuka aib.

Sekarang ni, bila internet di hujung jari, cepat sangat penyebaran pape kan. terutama tentang gosip. penyebaran aib orang.


saya pun selalu jgk baca gosip. hihi. nama pun artis atau org kenamaan, jadi orang memang selalu cari kesalahan orang yang terkenal tu kan.


Tapi kadang-kadang saya fikir, blog-blog hiburan tu kebanyakkannya yang menyebarkan gosip-gosip artis. kiranya dia menyebarkan aib orang. macam mana dengan duit yang dia dapat hasil berblog tu ye?


Bercakap tentang buka aib, saya teringat satu kisah yang saya pernah baca dalam novel tulisan Norhayati Berahim.


Cerita ni terjadi ketika zaman Nabi Nuh, ketika semua manusia yang taat kepada Allah dan haiwan-haiwan berada di dalam bahtera Nabi Nuh. Nabi Nuh dah berpesan, supaya semua di dalam bahtera tersebut supaya tidak melakukan persetubuhan. tapi suatu hari, anjing dan pasangannya langgar arahan tersebut dan kucing melihat perbuatan anjing tu. kucing pun apa lagi, ia pun sibuklah mengadu ke Nabi Nuh. Bila Nabi Nuh memanggil anjing dan bertanyakan perkara tersebut di hadapan semua ahli bahtera tu, anjing jadi sangattt malu. akhirnya, dia mengakui kesalahan dia, tapi dia memohon doa dari Allah, supaya menghukum sesiapa yg mengaibkan dia. Sebab tu lah, sampai sekarang kalau kucing buat hubungan, merata-rata dan semua orang tengok.

Itulah ceritanya. walaupun kita tgk mcm tak adil utk kucing, tapi kisah ni mengajar kita betapa pentingnya utk jaga aib seseorang. kadang-kadang bila kita buka aib orang, orang akan buka balik aib kita. sebab bukan hak kita untuk bukan aib orang tu, dan menghukum dia..


*hanya gambar hiasan.*


sebab tu, walaupun kita pernah buat salah. tapi akhirnya kita insaf, tapi tak perlu kita nak bercerita kat sesiapa ttg kesalahan yg kita pernah buat tu. mcm membuka aib sendiri. kita tak tau apa yang orang tu akan fikir tentang kita, walaupun luarannya nampak ok. :)


jadi, akhirnya..janganlah kita membuka aib atau menghebahkan aib orang. saya pun pernah buat dulu. gosip2 yang saya tulis dalam blog ni. tapi sekarang cuba tak nak buat lagi. :)

2 ulasan:

faizulosman berkata...

mmg... x patut buka aib org... kesian org tu... mcm mane kalu org tu x buat... kn kite jgk yg malu...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-malaysia-mari-melawat-johor.html

RazFiRa berkata...

btol2..kalau macam tu jgn lah kite mengaibkan orang lg.. kasihan die

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat