Rabu, 11 Februari 2015

Pengalaman Mengandung dan Bersalin

Assalamualaikum.

Dah setahun berlalu, baru ada mood nak update blog. hehe. Anak dah tidur, emaknya tetiba teringin update blog. Bila dah masuk fasa parenthood ni, dah lupa habis dah cerita wedding dan seangkatan dengannya yang kononnya saya nak cerita dalam blog ni, tapi asyik tertangguh.

Ok, straight to the topic.

19 November 2013: Ketika ni saya ada kursus di hotel Raudah, bermalam di sana. mengadu kat kakak2 dan kawan2 badan tak sihat, selalu sakit dalam perut, perut cramp. Madihah cakap tu tanda awal dia masa mengandung dulu. Diha suruh beli UPT. petang selepas habis kursus, berjalan dalam hujan dengan kakak peserta kursus, cari farmasi di tengah bandar Kota Bharu. Balik bilik terus check. mula-mula nampak satu line je. malas nak melayan hati sangat, mandi dan ambik wudhu'. Pastu tergerak hati nak tengok balik UPT. Double line!! keluar bilik air dengan senyum senyum simpul. kakak2 terus ucap tahniah. Kemudian call husband, bagitau berita gembira ni. Alhamdulillah syukur.


Disember 2013 - Mei 2014: Alhamdulillah melalui fasa mengandung yang tak banyak kerenah. pindah tinggal dengan suami di Kuantan. cuma ada alergi gatal-gatal sikit. sempat babymoon ke Cameron Highland dan Bukit Tinggi. tapi dalam 28 weeks, disahkan ada kencing manis. CDG on diet? (lupa dah istilahnya apa). tak teruk tapi memang kena selalu observe.


30 Mei 2014: bertolak balik ke Kelantan untuk persediaan bersalin dan berpantang. Jangka bersalin 15 Julai 2014. balik awal ke Kelantan sebab ramai cakap bila masuk 7 bulan dah boleh bersedia. risau lahir baby premature. lagipun kebetulan ada penilaian kursus dessert dan pastry saya. tinggallah suami di Kuantan sendiri, bermulalah perjalanan PJJ kami sekali lagi pada tarikh ni. :'(

31 Mei - 30 Jun 2014: tinggal di rumah umi, umi ikut je semua kehendak nak makan apa. hehe. senang hati. ambil tempahan kek. hari-hari dilalui dengan tenang dan ceria. perancangan awal ingin bersalin di klinik bersalin An-Nur, tapi pada 37 weeks, darah saya naik. 130/100. doktor tak berani bagi saya bersalin di situ sebab risau ada komplikasi. doktor buat surat rujukan ke USM. suruh ke sana pada hari ahad. (ketika ini hari khamis)

1 Julai 2014: Ke USM untuk check up. tapi tiba2 dapat doktor yang membebel dengan garangnya kenapa saya datang hari ahad. "dah tau darah tinggi kenapa tak terus datang Jumaat? kalau hospital tutup Jumaat sayalah yang paling happy bla..bla..bla.. and so on". Saya tahu doktor membebel untuk kebaikan, tapi saya tak expect benda tu sebab bukan salah saya pun. lepas check up doktor, terus admit wad untuk monitor BP.

1 Julai - 3 Julai 2014: bermalam di wad 3 hari 2 malam. sepanjang 3 hari tu saya murung, gelisah, moody. emosi langsung tak stabil. sebab langsung tak jangka datang hanya untuk check up, tiba-tiba kena masuk wad. sepanjang 3 hari tu asyik menangis. doktor pulak ada kekeliruan umur bayi bila tengok buku merah. doktor di Kuantan cakap sepatutnya dah 37 weeks, doktor di USM ckp 35 weeks. Masa tu, doktor cakap bila dah 37 weeks dia akan induce sbb masalah hypertension saya tu.


3 Julai - 11 Julai 2014: ketika nilah debaran saya memuncak. asyik fikir doktor cakap kena induce, hari-hari berdoa harap baby nak keluar sebelum diinduce, dapat bersalin normal, dapat suami ada disisi ketika bersalin. risau saya tak sempat bersalin ketika suami cuti, jadi dia tak dapat ada sama-sama dalam labour room. masa tu tiap2 hari google tentang tanda2 nak bersalin. menangis bila fikirkan macam ni lah perasaan umi dulu masa melahirkan saya.


10 Julai 2014: cirit birit, asyik membuang. sempat pergi berbuka puasa di rumah mertua. tapi perut memang selalu sakit nak membuang air besar.

11 Julai 2014: bangun pagi dah rasa sakit perut lain macam. teman umi abah ke pasar. balik pasar dah ada darah. masa tu saya rasa sakit perut memulas mulas setiap 5 minit. tu yang saya dengar orang ckp, bila rasa setiap 5 minit dah nak bersalin. petang pukul 4 petang, terus ke hospital. perut dah sakit. dalam hati berharap akan bersalin malam tu. tapi bila cek bukaan, baru 1 cm. admit wad masa maghrib. suami tak sempat nak berbuka puasa pun. ketika dalam wad, saya sekali lg moody. memang tak suka di dalam wad. sorang-sorang, suami tak boleh teman. boleh dikatakan tiap saat saya berdoa agar bersalin cepat-cepat. perut memang sakit setiap 10-5 minit tapi masih boleh tidur.

12 Julai 2014: bangun pagi, kain sarung basah. bagitau doktor saya leaking. doktor buat keputusan esok kalau masih belum ada bukaan, saya akan diinduce, hati tak tenang. tak nak diinduce sebab ramai yang cakap sangat sakit. perut pulak semakin sakit. dah tak boleh nak tidur malam.

13 Julai 2014: pukul 1 pagi, dah rasa macam sakit sangat. minta nurse cek bukaan. saya nak cepat-cepat ke labor room, nak suami teman di sisi. nurse cek, bukaan baru 2 cm. tapi saya dah tak boleh tidur. nurse suruh tidur, simpan tenaga. tapi memang langsung tak dapat tidur, asyik ulang alik ke tandas, rasa nak kencing. tp langsung tak keluar apa-apa.

pukul 5 pagi, ketika nurse sedang bersahur. minta cek lagi bukaan. sebab rasa sakit sangat dah, bila cek bukaan 3cm. nurse cucuk ubat utk buang air besar. nurse pesan pagi tu makan. lepas cek bukaan tu, saya ke katil tapi rasa sakit sangat tak dapat nak bergerak. pukul 7.30 pagi ada sorang nurse datang membebel sebab belum mandi, tapi memang saya tak larat nak berjalan. sakit memulas sangat. nak makan pun tak mampu, tapi paksa juga makan roti sekeping.

pukul 8 pagi, doktor cek bukaan rahim dah 5cm. dah boleh bersedia ke labor room. terus suruh husband tunggu di sana. nurse tolak saya ke labour room. bagi kata-kata semangat. di labor room, doktor pecahkan air ketuban, dan bagi saya ubat sedut penahan sakit. lepas sedut, memang saya antara sedar tak sedar. tapi rasa sakit tu memang sangat terasa.

doktor cakap bukaan rahim saya lambat. jadi dia masukkan drip untuk cepat bukaan. kalau tak silap pukul 2 petang lepas tu, memang semakin power sakitnya. saya pun dengan sendirinya rasa nak meneran. dah tahan tapi asyik meneran tak henti henti.

pukul 6 petang, akhirnya bukaan rahim saya penuh. dah 10cm, doktor suruh push, kemudian doktor pakar masuk. dia scan perut. masa tu dia marahkan saya tak bagi teran suka hati nanti kepala baby jadi panjang sebab tertarik. saya dah tahan tp automatik jadi meneran dengan sendiri. bila scan, doktor cakap baby mendongak. saya tak dapat nak bersalin normal. satu faktor sebab dah lama sgt, risau bahayakan nyawa baby, oksigen tak dapat sampai ke otak.

pukul 6.30, saya ditolak ke operation theater. doktor cucuk spinal untuk bius separuh, jadi saya masih sedar bila baby keluar. tapi sebab contraction lagi kuat, spinal tak berkesan. doktor tukar kepada bius sepenuhnya. selepas saya sedut ubat bius, memang terus tak sedar apa.

pukul 7.04, anak kami selamat dilahirkan. Alhamdulillah. tapi saya sedikit ralat, memang tak rasa langsung anak dah keluar. tak dapat tengok muka anak. anak pun tak terus diletakkan atas dada saya. :'(

pukul 8 malam, saya baru sedar, dah ada dalam wad. sedar sekejap pastu tidur balik. kemudian sedar balik baru tanya pasal anak. masa tu memang sangat-sangat 'lalok'. husband cakap anak masuk NICU. kenapa? ada luka dikepala. malam tu saya cuma dapat tengok gambar anak.

14 Julai 2014: pukul 6 petang, baru dapat peluang tengok anak sendiri. menitis air mata. perasaan yang tak digambarkan. terus susukan anak. tak percaya pun ada. dah ada anak sendiri.

17 Julai 2014: selepas 5 hari di NICU, akhirnya anak dapat pulang ke rumah. akhirnya kami memilih nama untuk anak kami. NUR ALISHA FAIHA BINTI MOHAMMAD KAMAL AMRY. :-)


 Alisha beberapa minit selepas dilahirkan. umi tak dapat rasa perasaan tu. cuma abah sempat azankan Alisha sebelum masuk ke NICU :-(



pertama kali ummi bertentang mata dengan anak kesayangan ummi.


hari raya Aidilfitri kami yang pertama.








sekarang, Alisha dah 7 bulan. dah banyak akal dan perangai. kadang-kadang pening ummi. hehe.  semoga membesar dengan sihat, jadi anak solehah, baik hati, mendengar kata, cerdik pandai dan sentiasa dilindungiNYA, ya sayang. Aminn..




3 ulasan:

kehidupan sihat berkata...

tahniah :)

doakan nana juga dapat rasai kehadiran zuriat :)

salam perkenalan sis &jemput ke blog nana

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Mashitah Mamat berkata...

alahai, cute nya !!

Pengalaman bersalin dan berpantang sendiri kat Putrajaya, cari bidan & tukang urut sendiri je..mommies boleh cuba try bidan nih, besttt BIDAN BERSALIN DI PUTRAJAYA

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat