Isnin, 29 Jun 2009

I wish! [ hari yang paling teruk]

SAYA BERHARAP!

saya berharap ~ agar praktikal saya di bahagian sajian cpt2 habis, amat menyesakkan berada di bahagian tersebut.

saya berharap ~ kalau xcpt hbs pun, abg h akan berenti keje di situ bermula dari esok.

saya berharap ~ kalau dia xberhenti keje pun, Tuhan bisukan mulutnya supaya dia xboleh bercakap. fine!


hari ini merupakan hari yang paling menyesakkan bagi saya sepanjang saya praktikal atau LI atau industrial training..nak tau sebabnya? sila baca diari saya dibawah..kalau xnak tahu pun, kena baca jgk! ok..


7.00 am : sampai di tempat keje, tgk tugasan yang diberikan. alamak!!! seram sejuk badan..saya perlu naik ke wad di tingkat 1 bersama abg h...tidak!! nama saya tiada dalam tugasan, ttp selalunya student praktikal perlu naik ke wad 1 kecuali dinyatakan di papan tugasan..(wad 1 mempunyai 4 wad, pesakit pada hari ni seramai 70 orang. selalunya seorang pekerja ditugaskan di situ dan student praktikal yang menolong kerana wad 1 pesakitnya ramai)

7.15 am : mulakan operasi penyajian, sepatutnya tugas saya ialah menyajikan sambal utk nasik lemak, tetapi saya xingin bekerjasama dgn abg h, saya tlg pekerja lain menyajian condiments utk nasi lemak.

7.30 am : Cik Na, pen pegawai di situ, menyuruh saya naik ke tingkat 1 bersama abg h, saya hanya senyum.

7.45 am : selesai operasi penyajian. abg h menjeling. saya cuma buat xtahu. kalau nak minta tlg, ckp terus terang. xperlu jeling2 nak suruh orang faham. saya cuma terus masuk ke pejabat untuk duduk2..

7.50 am: Cik na bertanya, "kenapa atiqah xnaik ke tingkat 1"..sekali lagi saya cuma senyum, kebetulan kak da (salah seorg pekerja) ada di situ. kak da tlg jwb, "atiqah takut".."abg h tu ramai yang xsuka dia..bkn shj mulutnya yg celupar, tp siap dgn perbuatan, kak da yg mengandung ni pun dia langgar mcm tu je".... sekali lagi, saya senyum penuh makna..

8.30 am: saya sedang menulis laporan harian, abg h masuk ke pejabat utk berjumpa Cik Na. Cik Na tanya, "ramai ke kat wad 1"..dia jwb, "boleh tahan"..kemudian dia menjeling kat saya tanpa berkelip2 dgn muka yang tak puas hati.

10.30 am : saya cuba menolong pekerja2 di situ menyajikan sup kepada pesakit. ketika saya cuba membantu, tiba2 berbunyi

abg h: "yg pakai apron berbunga tu xpayah buat keje. apron tu baru, nanti kotor!"

saya: " apron ni lama jamang berjamang doh saya beli"

abg h: apron lama pun, xpayah wat keje. dia tu bukannya reti nak wat keje. lgpun pekerja di sini xpakai apron mcm tu! dia tu xlayak nak keje di sini!

kemudian dgr dia membebel tanpa saya faham apa yg dicakapnya. tp cara dia berckp tu mcm saya ni xberguna sgt2..nada suara yang digunakan tinggi! saya terus tinggalkan keje tuh, dan biarkan dia dgn yg lain2 buat...tp, saya geram dgn diri sendiri..cpt sgt nak mengalirkan air mata.. T_T duhai hati..kenapa cepat sgt tersentuh?

kalau ikutkan hati, nak saje saya menjwb, "saya mmg bkn pekerja di sini! saya dtg ni pun nak tlg! yg sebenarnya saya cuma patut memerhati shj, bkn buat semua keje2 di sini! saya juga bkn pekerja mcm kamu! jika saya keluar dan ada rezeki, saya ialah bos kamu, bukan pekerja kamu! saya xhingin pun nak jadi pekerja di sini!"

tp apakan daya, saya ni seorg yg lemah lembut plus pemalu plus penuh keayuan plus comel tidak mampu berkata2 sedemikian..ok, sebenarnya saya xpunya kekuatan!


saya hairan..tersgt hairan..lebih hairan daripada melihat umi makan nasik ketika dia ckp nak diet..kenapa abg h layan saya begitu? saya xpenah tegur, saya xpenah melawan..saya akan berckp dia dulu yg bertanya. saya xpenah buat salah..tp kenapa dia begitu???

adakah kerana saya tidak cantik?? adakah?? adakah???? kenapa jika tidak cantik, perlu dilakukan begitu?? ini bukan perasaan saya sahaja,ttp mmg jelas dan nyata...sebelum kejadian ni, dah byk kali saya dgr perli-perlian yang menyakitkan telinga, tp saya xpenah ambik kesah...tp hr ni dia mmg melampau!

bukti dia hanya berkelakuan begitu dgn saya:

1. ketika kawan saya berseorangan, dia dtg dan berbual2 dgn kwn saya.

2. ketika kawan saya sedang menulis, dia dtg usik2 sambil melihat kwn saya menulis.

3. selepas kawan saya membuat kerja, dia sibuk ajak kwn saya minum air.

jika saya:

1. ketika saya berseorangan, dia hanya menjeling dan dgr suaranya memerli.

2. ketika saya menulis, dia berbunyi, "hai..pura2 rajin"

3. ketika saya nak buat kerja, terus diperlinya..sehingga saya xingin bekerja lagi..


hari ini merupakan pengalaman bekerja yang plg tak menyeronokkan bagi saya. dgn tiba2 saya jadi pemalas hari. semua kerja2 saya xbuat kerana saya malas nak tgk dan mendengar suara si pak cik h yg dah tua tetapi perangai x matang seperti bdk2 tadika..

sekian, nukilan luahan perasaan saya yang tak menarik..

Sabtu, 27 Jun 2009

BIASISWA PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2009 (JPA) SUDAH KELUAR!

bagi sesiapa yang sedang belajar, saya syorkan anda mengisi borang biasiswa jpa ini secara online..

untuk mengisinya, sila ke e-silav

xkiralah samaada anda baru nak masuk U, ataupun tgh belajar di U, anda boleh mengisinya..

tarikh permohonannya ialah daru 26 jun 2009 sehingga 10 julai 2009..

saya juga telah mengisinya pada tahun lepas..

walaupun xdpt pada mulanya, tp saya dpt apabila saya buat rayuan..

biasiswa ni dpt berdasarkan nasib selain keputusan kita yg elok.. :-)

jd kwn2, apalagi? isilah borang ini..

kalau ada apa2 soalan, tanya ye.. :-) mungkin ada yg saya tahu..


http://esilav2.jpa.gov.my


p/s: walaupun ditulis sebagai biasiswa program ijazah dalam negara, ttp terbuka juga utk pelajar diploma..

Jumaat, 26 Jun 2009

keterujaan menguasai diri

esok akan diadakan reunion kwn2 kls 5AB 2005

amat teruja!

skarang ni saya baru saja selesai membuat puding triffle utk esok..

xsabar nak jumpa kwn2..yg dah lama sgt2 xjumpa..

tp sedih sbb iena xdpt join.. :-(

apa2pun, saya amat teruja sekarang!

harap2 semua berjln lancar dan menggembirakan hati kami..aamin..

Ahad, 21 Jun 2009

tips penggunaan perfume

I LOVE PERFUMES!

saya adalah seorang penggemar perfume..
bila tgk perfume di depan mata, mesti akan 'gila'..

kenapa saya seorang penggila perfume?

1. kerana saya suka baunya..walaupun kadang2 saya berbau busuk (malu2) sbb berpeluh terutama ketika bekerja, tp saya sukakan bau yang wangi..

2. kerana saya suka mengumpul botol2 perfume yang menarik.

sebenarnya, saya baru bermula menjadi penggemar perfume ketika awal tahun 2009 ini..selepas terpengaruh dgn kwn saya, NURUL..

setiap kali saya melihat katalog avon, saya pasti akan berpuluh2 kali belek kat kawasan perfume. ya! hanya avon! setiap kali ada promosi untuk perfume, saya pasti akan tersenyum lebar.. ;-p saya xmampu nak beli perfume yang berjenama..hehehe..bg saya, perfume avon pun dah cukup hebat.. ;-)

koleksi perfume saya~ hampir semuanya avon..

apabila kawan saya, NAJIHA menjual perfume original rejected, dgn sendirinya saya menjadi gila melihat perfume2nya tanpa berkelip2 dan memegangnya tanpa ingin melepasnya seperti sedang melepaskan rindu setelah 20 tahun tidak berjumpa..

akhirnya, saya telah membeli dua botol perfume yang paling berharga bagi saya, ANNA SUI-SECRET WISH dan GUCCI ENVY ME

anna sui-secret wish (kerana saya ini adalah kawan najiha, dia telah memberi diskaun yang tersgt kaw!)

gucci envy me 2

kesayanganku

OK, DI SINI TERDAPAT SEDIKIT TIPS2 PENGGUNAAN PERFUME YANG SAYA TAHU:

1. untuk haruman tahan lebih lama, semburkan di nadi2 seperti pergelangan tangan, celah siku, celah lutut, celah dada dan juga di leher.

2. jangan 'genyeh2kan' perfume selepas di sembur, biarkan ianya kering sendiri kerana jika 'digenyeh', ianya akan berbau busuk apabila terkena air.

3. boleh juga semburkan perfume dari atas kepala, kerana ianya akan jatuh ke seluruh badan.

4. juga boleh juga halakan semburan perfume ke kipas, utk berbau di seluruh badan.

5. jgn pilih wangian yang 'manis' ketika musim panas, kerana ianya akan cpt berbau tengik.

6. simpan perfume di tempat yang gelap, jgn biarkan ianya terdedah dengan matahari kerana ianya akan mengurangkan kualitinya.

7. akhir sekali, jgn tamak dengan membeli pelbagai jenis perfume dalam satu masa, kerana jika ianya disimpan terlalu lama, kualitinya akan berubah.


adakah anda tahu perbezaan antara PARFUM, EAU DE PARFUM, EAU DE TOILLETE, EAU DE COLOGNE?

PARFUM - wangiannya tahan plg lama..mgkin dalam 12 jam. mengandungi 15% - 40% pati.

EAU DE PARFUM - wangiannya tahan dalam 7-8 jam. mengandungi 7%-15 % pati.

EAU DE TOILETTE - wangiannya tahan antara 4-6 jam. mengandungi 1%-6% pati.

EAU DE COLOGNE - wangiannya tahan dalam 1-3 jam. mengandungu 1% - 6% pati.


ok..sebenarnya2 minat terhadap perfume ini datang dari siapa?




kepunyaan abah
kepunyaan umi



buat masa sekarang, saya amat mengidamkan kedua2 perfume ini, ada sesiapa yang bersimpati terhadap saya?? =D



p/s: saya sengaja letakkan bunga di belakang untuk menambahkan kesan dramatik..ceh! poyo! :-p

Jumaat, 19 Jun 2009

entri yang tidak senonoh

















adakah anda nampak apa2 yang tidak senonoh di dalam gambar2 di atas?
gambar2 di dalam entri tidak senonoh ini diambil oleh adik yang tidak senonoh dan menyebabkan saya juga menjadi seorg yang tidak senonoh kerana menyiarkan entri yang tidak senonoh ini..

apakah maksud senonoh?? :-p



p/s: saya tiada idea yang baik sebenarnya nih..hehe..

Rabu, 17 Jun 2009

masak-masak : mihun bakso

haaaiiiiii....
bertemu lagi kita di dalam rancangan MASAK-MASAK BERSAMA CHEF ATIQAH..

cehhhhhh..kalau my lecterur tgk ni mesti dia muntah darah..ada hati nak jadi chef konon, kelas kitchen dulu pun dpt B je..hoho...

ok..masa tqah belek2 blog kak hasue, tqah tergoda bila tgk resepi bakso...

jadi, di satu pagi yang indah tqah pun cuba buat mihun bakso.. :-)


hehehe..sodap bebola dagingnya (perasan, puji yg diri sendiri buat sedap) :">
tp mihunnya xsedap...hehehe..adik komen, "mcm ada kurang sesuatu..pastu xckp pedas!"


tqah lupa nak beli cili api utk wat kicap...guna lada merah biasa je utk kicap..manalah nak pedas..


psssstttt...kwn2, kalau nak buat bakso ni, guna daging asli pastu kite kisar sendiri..lg sedap dr beli daging kisar kat pasaraya tu.. :-) lgpun, daging kisar yg dibeli tu kandungan lemaknya tinggi.. :-)

untuk resepi penuh, sila klik blog ini >> kak hasue

Selasa, 16 Jun 2009

saya kepenatan..

adooiiiii...

penatnya hari ni..

bestnya kalau ada org tlg urutkan belakang yg lenguh ni.. :-p

nak wat entri baru sebenarnya..

tp saya ketandusan idea..

cerita2 yg ada dlm kepala saya ni semuanya cerita2 yg panjang..

nak buat, tp sbb terlampau penat jadi terhasillah entri yang tiada apa2 motif nih.. :-p


p/s: sape2 nak gantikan saya keje esok?? :-p (kalau umi tahu ni mesti kena marah...keje kena ikhlas, katanya.. )

p/s lg: kwn2, kalau ada dtg kat husm, kontek2 lah saya..kdg2 masa tgh xde keje saya bosan keseorgan..

Sabtu, 13 Jun 2009

masak-masak: puding triffle


jom! kita ke dapur untuk masak2 puding triffle..

untuk maklumat lanjut, sila klik di sini >>> MORE

p/s: sebenarnya saya baru shj post entri asal ttg puding triffle ni, tapi saya telah drafnya bberapa hari lalu..jadi entri asalnya berada di bwh entri keputusan peperiksaan uitm dan juga wanita tidak cantik juga mempunyai perasaan..

Khamis, 11 Jun 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UiTM SEMERTER DISEMBER 2008 - MEI 2009

hari ni result exam utk semua warga uitm dah keluar!!!

ALHAMDULILLAH..

walaupun turun, :-p

tp masih syukur...

ALHAMDULILLAH!!!

(^_^)v

Selasa, 9 Jun 2009

Orang tidak cantik juga mempunyai perasaan

ADAKAH KERANA SESEORANG ITU TIDAK MENARIK, DIA AKAN DIANGGAP SEPERTI ORANG YANG TIADA PERASAAN..

Kenapa jika seseorang itu kurang menarik, tidak cantik, gemuk, pendek, gelap dan seangkatan dengannya, akan dilayan seperti orang yang tiada perasaan?? memang...semua orang sukakan kecantikan dan kecomelan, tp kenapa perlu bias terhadap orang yang tidak mempunyai rupa yang menawan pandangan mata..contohnya..

WANITA CANTIK vs WANITA HODOH


1. kalau bos wanita cantik, walaupun dia marah teruk2 pun pekerja xkesah..dengar je ckp..xde pun rasa nak mengumpat ke apa..tp kalau bos wanita tak cantik tinggikan suara sikit je, terus diumpat oleh pekerja2..

2. kalau wanita cantik meluahkan perasaan kepada lelaki yang disukai, lelaki tersebut akan rasa bangga, senyum terus-terusan, dan sebolehnya tidak melukakan hati wanita tersebut. tp kalau wanita hodoh yang meluahkan rasa hati, wanita itu akan dipandang dengan pandangan yang jelek, dan si lelaki tidak akan kesah untuk mengeluarkan kata2 yang akan melukakan hati si wanita.

3. jika wanita cantik mengada2 tidak apa, org sekeliling ttp akan suka, ttp jika wanita hodoh cuba untuk mengada2, dia akan terima pelbagai jenis kata2 yang menyakitkan telinga..

4. jika wanita cantik xbuat kerja x apa, dia penatlah tu..tp kalau wanita hodoh minta sedikit excuse, eiiii..malaslah dia tuh..

5. jika wanita cantik mengalirkan air mata, semua akan ambik kesah..semua akan bersimpati...tp kalau wanita hodoh mengalirkan air mata, mengada2 betul dia tu! nak ambik simpati..

6. kalau wanita cantik ada byk kelemahan tak apa, masih ramai yang suka..tp kalau wanita hodoh ada kelemahan, hampir semua org jauhkan diri..semua akan nampak buruk dia..

7. jika wanita cantik memberikan cadangan, ramai yg akan setuju..ehh.. bagusnya dia tuh..cerdik..jika wanita hodoh yang memberikan cadangan, eh, dah la xlawa..byk sogheh..demand lebih!


ok...ini hanyalah contoh shj..apa yg saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya, pengamatan saya...masih byk lg berat sebelah yang lain, ttp saya sudah lupa...

byk lagi kata2 orang terhadap orang2 gemuk dan tidak menarik ni..apa yang dibuat semua salah..kalau bersukan pun salah..kalau berckp pun salah..kalau diam pun salah..kalau nak bergaya pun salah...kalau nak bercinta pun salah..mcm2 kalau lagilah...sehingga sekarang, saya jadi konfiden diri rendah sbb kata2 orang nih..

saya cuba utk berkeyakinan..cthnya, masa saya plkn dulu..saya cuba utk berckp dihadapan..tp belum sayy berckp, tiba2 dah dgr suara2 yg menyakitkan telinga..

saya sendiri pun tergolong dlm golongan wanita hodoh, dan saya sudah byk menerima bias2 mereka yang berfikiran sempit...ttp saya bernasib baik sbb saya ada byk kawan yang amat baik, yg byk memberikan sokongan, yg tidak pernah melihat kecantikan luaran sebagai utama..dan kwn2 saya byk memberi semangat kpd saya..


JIKA SAYA MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENUTUP MULUT ORANG, SAYA AKAN LAKUKANNYA!


kenapa manusia suka sgt berckp pasal org lain..adakah utk menutup kelemahan diri? kdg2 yg dikatakan tu x logik langsung...

sepanjang praktikal selama 3 minggu, mcm2 kata2 org yg saya dgr..


situasi 1:
ketika saya sedang bahagikan lauk, tiba2 berbunyi:

abg h: lap lah peluh tu..nak bg org mkn peluh ke??? (dgn suara perli)

kakak2 lain: mu pergilah lapkan utk dia (dgn gelak2 yg gedik)

abg h: xsei aku..dia kan ada 2 belah tgn..tuhan bagi dia dua belah tgn..tak kan xboleh lap sendiri (dgn suara meluat)

mmg geram sgt2!! saya pun xnak dia lapkan peluh...saya tau saya ckp sifat, xperlu simpati dia pun...padahal hari kejadian ni baru first time jumpa, tp xtau lah nape dia mcm anti sgt dgn saya.. :-(

situasi 2:
ketika membasuh pinggan2, abg h hendak keluarkan tray dr troli, tp saya ada di depan..

abg h: tepi sket...nak kena cucuk punggung ke?? kemudian abg h dan abg botak sama2 gelak besar..abg h dan abg botak mengata mcm2 lagi sambil gelak besar..dan saya tinggalkan kerja saya dan pergi mengalirkan air mata sekejap.. T_T

lps tu, bila kwn saya di situ..

abg h: adik, tepi sikit deh.. sambil senyum sampai telinga..

ok..that's it! perkara utama yang kwn2 saya tiada dan saya ada ialah gemuk..sbb saya xcantik..mgkin sbb tu dia xpasal2 nak anti kpd saya, padahal saya lgsung xde buat apa2 kat dia..


situasi 3:

abg H nak lalu kat jln yg saya ada, bila dia nampak saya, dia pusing semula dan pergi ke laluan lain..tp kat jln yg dia lalu tu, ada 3org lg kwn saya..dengan sopannya, dia ckp, "tumpang lalu adik2"

mungkin org lain x akan faham apa yg saya rasa..mungkin org lain hanya fikir saya yg terlebih sensitif..mmg saya seorg yg sensitif..selepas apa yg berlaku selama ni, kemana2 shj saya pergi, buatkan saya jadi lebih sensitif.. :-(

kakak2 kat tmpat tqah praktikal juga hanya bermuka2 dgn kita..mmg bkn semua, tp hampir semua..

diorang cuma baik dgn kita bila nak minta tlg..senyum manis sampai ke telinga bila nak ajak saya tlg wat keje..

bila saya buat keje lebih -
"atiqah ni rajin sgt..xleh tgk aku..sakit hati"

" tahun depan dpatlah anugerah cemerlang atiqah tu"
(anugerah cemerlang utk pekerja yg cemerlang utk setiap tahun)

bila saya cuba xbuat keje -
"malas atiqah ni, mari wat benda nih"

"atiqah wat ni ye, kak nak wat benda lain" (padahal kakak tu cuma pegi duduk)


kdg2 mereka suka mengata perkara yang lgsung xrelevan dan xde kaitan dgn mereka..cthnya, ada seorg kak S yg xdpt wat keje berat dan selalu pengsan....tp selalu je kakak2 lain asyik memerli, sepanjang masa.. padahal kak S bkn saja2 pengsan, tp mmg kesihatan dia xbrape baik..

AIIIISSSSHHHHHHH....GERAM SGT2!!!

di sini, saya baru sedar yang pendidikan amatlah penting..dgn pendidikan menjadikan seseorg tu lebih rasional..lbh menghormati org lain..walaupun bukan semua org mcm tu...tp itulah yg saya nampak..kawan2 sekolah saya, yg rata2nya berpendidikan, semuanya pandai menghormati orang lain..

Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran...aku mohon kepadaMu Ya Allah..permudahkanlah kehidupanku..

p/s: maaf kalau ada yg xsenang dgn entri ni, ini hanyalah untuk meluahkan perasaan..

Ahad, 7 Jun 2009

masak-masak: puding triffle

assalamualaikum...

dah lama tqah wat puding triffle ni..
tp hr ni baru sempat nak post...

minggu lepas, umi minta tqah wat puding triffle ni utk jamuan sekolah dia..

jom....kita ke dapur untuk membuat puding triffle ini... (^_^)v


puding triffle
puding triffle ni mempunyai 4 lapisan..

lapisan bwh : kek gulung (blh jgk guna kek apollo, tp lg sedap kek gulung)

lapisan 2: cream castard

lapisan 3: buah-buahan

lapisan 4 : jelly segera (gambar di atas tidak mempunyai jelly segera kerana saya lupa untuk membeli serbuknya)


jom~ kita lihat cara2 untuk membuat lapisan 1, 2, 3 dan 4~~~

LAPISAN 1:

bahan2 : 1 biji kek gulung atau "swill roll" cap tunjuk (kak, brape ringgit satu ni di kedai kek cintaku atau muhibah sambil tgn menunjukkan kpd kek gulung)
~anda juga blh membuatnya sendiri... :-)

cara membuatnya: kek gulung dihiris dan dipotong di dlm bekas kaca atau lutsinar. motif menggunakan bekas lutsinar supaya nampak cantik kerana dpt lihat susunannya yg bertingkat2. basahkan sedikit kek dengan cara merenjis2 air dari buah-buahan campuran tin supaya kek menjadi sedikit lembap.


kek gulung dipotong dan disusun di dalam bekas...tempat2 kosong spt celah2 kek juga perlu diisikan dengan kek supaya tidak ada langsung lubang2..tekan-tekan sedikit atau leper-leperkan sedikit kek tersebut..


LAPISAN 2:

bahan2: 1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3/4 cawan gula

cara membuatnya:
1. panaskan susu cair sehingga suam-suam susu :-p
2. bancuh tepung kastard bersama 4 cawan air
3. masukkan bancuhan tepung kastard ke dalam susu cair yg sedang dipanaskan di atas dapur
4. masukkan gula
5. kacau sehingga bancuhan menjadi pekat, likat dan ligat (ok, nak mengarut seminit dua)
pesanan : kacau sentiasa..kalau x ianya akan berketul..

bancuhan cream castard yg hampir siap..

pembantu am saya yang sedang kontrol macho sedang mengacau bancuhan cream castard sehingga dia mengadu tgnnya lenguh~ padan muka! nak jd pembantu sgt...hehehe... saya adalah seorg ketua yg kejam..hahaha..:-p

6. apabila bancuhan kastard sudah pekat, tuangkannya ke atas lapisan kek gulung yang sudah disusun dan dilembapkan tadi..

tuangkan cream castard ke atas lapisan kek gulung

tuangkan lagi cream castard sehingga meliputi semua kek gulung

apabila sudah meliputi kek, ratakannya

LAPISAN 3:

bahan2 : 1 tin buah-buahan campuran (anda juga blh menggantikan buah-buahan campuran dengan buah-buahan segar seperti anggur, strawberry, kiwi)

cara membuatnya:
1. buah-buahan campuran tersebut di toskan supaya diasingkan dengan air syrupnya.
2. taburkan buah-buahan ini di atas cream carstard tadi.

buah-buahan yang telah ditoskan

taburkan buah-buahan di atas cream castard

LAPISAN 4:

bahan2 : 1 kota kristal jelly (recommended-jenama nona)

cara membuatkan : bancuhkan serbuk jelly tersebut dgn air panas atau panaskan di atas dapur, curahkan di atas lapisan buah-buahan tadi.

pesanan : elakkan menggunakan jelly berwarna kuning supaya ianya nampak cantik warnanya berbeza dgn kastard.


contoh kristal jelly jenama nona..blh juga gunakan jenama lain.

akhirnya, siaplah puding triffle ni...sejukkannya di dalam peti sejuk. amat sedap jika dimakan sejuk2.. ;-)


3 bekas puding triffle yg saya buat utk jamuan sekolah umi. resepi di atas saya telah gandakan 3 dan dapat 3 bekas puding triffle ini..

jom, kwn2!! cubalah buat puding ini..


kalau malas, blhlah tempah dgn saya...saya jual 1 bekas kecik dgn harga rm1.50..
jika tempahan byk, ada diskaun lagi.. ;-)


hehehe...tiba2 je rasa nak meniaga.. :-p

Sabtu, 6 Jun 2009

sekali lagi~I'm the best!!!!


yea...yea...dpt score baru.. ;-p

alangkah bagusnya jika saya dapat tumpukan perhatian berjam2 seperti bermain game madcaps ni ketika saya belajar..hohoho..

Jumaat, 5 Jun 2009

especially to my 5AB classmate~saya rindukan kamu!

ini adalah entri yg mempunyai byk gambar:


HARI2 TERAKHIR PERSEKOLAHAN TAHUN 2005








BERAYA DI RUMAH ZATI




HARI TERAKHIR KELAS TAMBAHAN



HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN SPM

REUNION PERTAMA-2005




REUNION KEDUA-2006

REUNION KETIGA-2007
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu........... T_T

saya rindu sgt kwn2 sekelas saya dulu..

tgk balik gambar2 ni, rasa rindu sgt2..

byk sgt2 kenangan2 dulu..

suko sokmo duk dlm kelas dulu..

semlm ada jumpa dgn nana, masa tgh bahagikan makanan dlm wad 4Utara kat Husm, ada org pggil, 'cik atiqah'..pewit..pewit...terkenal jgk saya ye.. ;-p

ok, saya terkejut bila tgk nana..dah lama sgt2 xjumpa..last skali masa reunion ke2, thn 2006 kan nana? dah nak dkt 4 tahun..

eili, zati, iena, ada, nisah, sue, yanie, mira, mirah, suya, elly, bihah, ieda, husna, normi, nana, muni

ajim, jeri, kasim, epul, naim, jaha

jomlah kite wat reunion keempat...utk thn 2009..

wat supo cadangan alaya..msg2 bwk makanan sdiri, pastu g berkelah..



p/s: kpd warga 5AB 2005, anda wajib hayati gambar2 di atas!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat