Memaparkan catatan dengan label jualan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jualan. Papar semua catatan

Ahad, 7 Jun 2009

masak-masak: puding triffle

assalamualaikum...

dah lama tqah wat puding triffle ni..
tp hr ni baru sempat nak post...

minggu lepas, umi minta tqah wat puding triffle ni utk jamuan sekolah dia..

jom....kita ke dapur untuk membuat puding triffle ini... (^_^)v


puding triffle
puding triffle ni mempunyai 4 lapisan..

lapisan bwh : kek gulung (blh jgk guna kek apollo, tp lg sedap kek gulung)

lapisan 2: cream castard

lapisan 3: buah-buahan

lapisan 4 : jelly segera (gambar di atas tidak mempunyai jelly segera kerana saya lupa untuk membeli serbuknya)


jom~ kita lihat cara2 untuk membuat lapisan 1, 2, 3 dan 4~~~

LAPISAN 1:

bahan2 : 1 biji kek gulung atau "swill roll" cap tunjuk (kak, brape ringgit satu ni di kedai kek cintaku atau muhibah sambil tgn menunjukkan kpd kek gulung)
~anda juga blh membuatnya sendiri... :-)

cara membuatnya: kek gulung dihiris dan dipotong di dlm bekas kaca atau lutsinar. motif menggunakan bekas lutsinar supaya nampak cantik kerana dpt lihat susunannya yg bertingkat2. basahkan sedikit kek dengan cara merenjis2 air dari buah-buahan campuran tin supaya kek menjadi sedikit lembap.


kek gulung dipotong dan disusun di dalam bekas...tempat2 kosong spt celah2 kek juga perlu diisikan dengan kek supaya tidak ada langsung lubang2..tekan-tekan sedikit atau leper-leperkan sedikit kek tersebut..


LAPISAN 2:

bahan2: 1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3/4 cawan gula

cara membuatnya:
1. panaskan susu cair sehingga suam-suam susu :-p
2. bancuh tepung kastard bersama 4 cawan air
3. masukkan bancuhan tepung kastard ke dalam susu cair yg sedang dipanaskan di atas dapur
4. masukkan gula
5. kacau sehingga bancuhan menjadi pekat, likat dan ligat (ok, nak mengarut seminit dua)
pesanan : kacau sentiasa..kalau x ianya akan berketul..

bancuhan cream castard yg hampir siap..

pembantu am saya yang sedang kontrol macho sedang mengacau bancuhan cream castard sehingga dia mengadu tgnnya lenguh~ padan muka! nak jd pembantu sgt...hehehe... saya adalah seorg ketua yg kejam..hahaha..:-p

6. apabila bancuhan kastard sudah pekat, tuangkannya ke atas lapisan kek gulung yang sudah disusun dan dilembapkan tadi..

tuangkan cream castard ke atas lapisan kek gulung

tuangkan lagi cream castard sehingga meliputi semua kek gulung

apabila sudah meliputi kek, ratakannya

LAPISAN 3:

bahan2 : 1 tin buah-buahan campuran (anda juga blh menggantikan buah-buahan campuran dengan buah-buahan segar seperti anggur, strawberry, kiwi)

cara membuatnya:
1. buah-buahan campuran tersebut di toskan supaya diasingkan dengan air syrupnya.
2. taburkan buah-buahan ini di atas cream carstard tadi.

buah-buahan yang telah ditoskan

taburkan buah-buahan di atas cream castard

LAPISAN 4:

bahan2 : 1 kota kristal jelly (recommended-jenama nona)

cara membuatkan : bancuhkan serbuk jelly tersebut dgn air panas atau panaskan di atas dapur, curahkan di atas lapisan buah-buahan tadi.

pesanan : elakkan menggunakan jelly berwarna kuning supaya ianya nampak cantik warnanya berbeza dgn kastard.


contoh kristal jelly jenama nona..blh juga gunakan jenama lain.

akhirnya, siaplah puding triffle ni...sejukkannya di dalam peti sejuk. amat sedap jika dimakan sejuk2.. ;-)


3 bekas puding triffle yg saya buat utk jamuan sekolah umi. resepi di atas saya telah gandakan 3 dan dapat 3 bekas puding triffle ini..

jom, kwn2!! cubalah buat puding ini..


kalau malas, blhlah tempah dgn saya...saya jual 1 bekas kecik dgn harga rm1.50..
jika tempahan byk, ada diskaun lagi.. ;-)


hehehe...tiba2 je rasa nak meniaga.. :-p

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat