Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar selama 5 tahun. saya bermastautin di Dungun sejak 2 Januari 2007 hingga 22 Januari 2012. Dungun satu bandar yang kecil, tapi amat menenangkan. Sekarang saya memang rindukan Dungun, dan saya juga pasti kalau sesape yg pernah tinggal/belajar di Dungun memang akan rindukan Dungun. orang yang pertama kali ke Dungun mesti akan cakap, 'BOSAN GILERRRR KAT SINI. TAK SABAR NAK BALIK DARI DUNGUN'. hehe. jangankan orang lain, 1st impression saya kat sana pun macam tu. tapi sikit demi sikit saya mula jatuh cinta. ;')
1. Jalan Dungun tak pernah sesak
credit gambar: link
sepanjang 2 tahun menggunakan kenderaan sendiri, memang tak pernah jadi jam. kecuali peak hour cthnya time org balik kerja. itupun kat kawasan bandar je. dan jugak pada malam khamis, sebab ada pasar malam. itupun takde lah bawak sikit tekan brake, tapi traffic slow je. jalan kat Dungun jugak luas, jadi bolehlah org yg baru belajar bawa kereta macam saya ni drive dengan senang hati. (walaupun sekali je pernah drive di dungun) :P
2. Pantai yang mendamaikan
betul-betul di hadapan UiTM, terdapat pantai. walaupun pantai di Dungun dilarang keras untuk mandi manda, tapi amat mendamaikan. petang-petang memang kami selalu lepak di depan pantai. antara aktiviti kegemaran kami:
merenung pantai yang cantik. dengan harapan segala kesedihan akibat tak dapat jawab test/quiz/final exam dengan baik akan dapat dilupakan. T_T
beli keropok sedap di Keropok Sri Sura, kemudian singgah di tepi pantai dan menikmati keropok sedap sambil menikmati keindahan pantai. ^_^
betul-betul di hadapan UiTM, terdapat pantai. walaupun pantai di Dungun dilarang keras untuk mandi manda, tapi amat mendamaikan. petang-petang memang kami selalu lepak di depan pantai. antara aktiviti kegemaran kami:
merenung pantai yang cantik. dengan harapan segala kesedihan akibat tak dapat jawab test/quiz/final exam dengan baik akan dapat dilupakan. T_T
beli keropok sedap di Keropok Sri Sura, kemudian singgah di tepi pantai dan menikmati keropok sedap sambil menikmati keindahan pantai. ^_^
sambut harijadi, berkelah, makan-makan. aktiviti ni memang paling seronok dibuat di tepi pantai. angin yg sepoi-sepoi bahasa. oh ya, sepanjang pantai memang Majlis Daerah Dungun ada sediakan wakaf, memang khas untuk aktiviti-aktivi macam ni. ^_~
3. Tempat makan yang sedap
Ada beberapa tempat makan yang sedap di Dungun. mungkin sebab saya dan kawan-kawan jarang masak dan selalu makan di luar. jadi kami selalu cuba pelbagai kedai. lepas cuba terus bagi rate boleh datang lagi ke tak. hehe.
ini chicken chop di restoran Sri Molek Hotel UiTM Dungun. serius sangat sedap, portion besar dan murah! kalau sesiapa yang datang Dungun, highly recommended datang makan kat Sri Molek hotel UiTM ni. menu yang patut anda cuba: Chicken Chop, Kuey Teow Kantonis, Chicken Wing, Wedges dan Ais Krim Goreng. Oh ya, nasi goreng pun sangat sedap!
ini pulak Bihun Hong Kong restoran D'Pantai. memang sangat sedap. lokasinya di jalan pantai. sepanjang pantai Dungun, memang banyak kedai makan. restoran D'Pantai ni lah yang kami selalu isi perut kami. hehe.
emm ada lagi a few kedai makan yang sedap. memang kami selalu jadi repeat customer. tapi nak cerita semua dalam entri ni mungkin akan jadi panjang berjela-jela..nanti saya upkan entri baru tentang tempat makan di Dungun. jadi sesape ke Dungun bolehlah cari tempat-tempat makan yang sedap itewwww..
4. Tempat rekreasi yang banyak dan dekat
serius saya rinduuuu sangat dengan taman-taman rekreasi di Dungun. kalau stress atau nak beriadah ada tempat di tuju. taman permainan banyak. jadi ibu bapa kalau nak bawa anak-anak ambik angin, main-main memang takde masalah sebab taman rekreasi kat sana sangat banyak. jangan risau sesak.. :')
kalau kat hometown saya, taman rekreasi yang saya selalu pergi satu je. itupun jauh. kena lalui beberapa lampu isyarat, dan taman tu selalunya sesak. T_T
ni orang Dungun panggil taman bandar. taman di dekat dengan bandar dan selalu ada orang sampai ke malam. kadang-kadang saya joging dengan lecturer dan kawan sekelas. semester akhir, saya selalu bagi idea kat roomates nak joging di pagi hari, tapi selalunya tak menjadi sebab lebih seronok joging di atas katil. (tidur) :P
ini pulak Taman Tasik Tanjung Sura..taman ni baru je siap tahun 2010. taman ni dipanggil i-city dungun. :-P taman ni sentiasa cerah, sebab selalunya pelajar uitm akan lintasi taman ni untuk ke rumah sewa. sejak ada taman ni, senang pelajar-pelajar nak berjalan kaki pulang ke rumah masing-masing. :) oh ya, taman ni dipanggil taman tasik sebab di bahagian belakang ada tasik. memang sangatttt cantik!
oklah, setakat ni sahaja entri kali ni. tengok, betapa istimewanya Dungun sehingga saya rasa nak update entri walaupun dah berbulan tak menulis. hehe. bye!
ini pulak Taman Tasik Tanjung Sura..taman ni baru je siap tahun 2010. taman ni dipanggil i-city dungun. :-P taman ni sentiasa cerah, sebab selalunya pelajar uitm akan lintasi taman ni untuk ke rumah sewa. sejak ada taman ni, senang pelajar-pelajar nak berjalan kaki pulang ke rumah masing-masing. :) oh ya, taman ni dipanggil taman tasik sebab di bahagian belakang ada tasik. memang sangatttt cantik!
oklah, setakat ni sahaja entri kali ni. tengok, betapa istimewanya Dungun sehingga saya rasa nak update entri walaupun dah berbulan tak menulis. hehe. bye!
23 ulasan:
salam..
saya pun pernah belajar kat uitm dungun jugakk:) dari 2008-2011 (diploma)..rindu pulak kat dungun bila baca entry awak ni especially part pantai dengan makanan tu.. totally rindu gilerr kat makanan dekat hotel uitm tuh..semua sedappp2
seronoknye dekat dgn pantai..suke3!
saya pon student uitm dungun. Baru je abes praktikal kat hotel uitm dungun gak.. Keropok Sura tu mmg bezzz n saya suke Mee goreng mamak kat hotel uitm dungunn. mmg sdap!
samaaa tiqah !!
ezy pun dah mula rasa rindu dengan dungun tuh..
rindu everything..
time first masuk dulu kemain lagi bencinya..
huhu..
salam.. sy share link awk kt group dungun/facebook.
http://www.facebook.com/groups/dungun.trg/
sekadar perkongsian umum. jgn marah ekk.
kampung hamba..
kampung hamba...
kampung hamba...
yes.. dungun... aku mmg suke tmpt ni... aku pun ex student uitm dungun 2002-2005.. ms tu byk lg ape yg ade kat dungun skrg xde... tp dungun mmg best... tenang dan damai
kte pun ex student uitm dungun!!2005-2012..siyes rendu kt dungun..nak sangat balik sane lg..
Terima kasih. Awak boleh bukukan srmua INI srbagai travel log melalui karangkraf. Kos amat murah. OK saya me restotan uitm skrg
Byk kenangan kt dungun ni. Aku dulu pun study kt itm dungun tahun 1996 kat sura gate
Aku pn blajar kt ITM dungun tahun 1996 kampus sura gate
Aku pun blajar kt itm dungun kampus sura gate tahun 1996. A drama SG 3. Tp thn 96 x mcm skang. Hanya ada pasaraya Salwa dan panggung buruk.
saya pun ex uitm dungun 1998... memang best pun dungun, sangat tenang, x macam kl huhuhu... pasar malam, pasaraya salwa... dulu ramai2 naik bas kuning/van gi pasar malam.. cuti skolah bulan ni nk check in hotel uitm tu, with asben and anak2... x sabarnyee..
Dungun....tenang dan mendamaikan...mensyukuri nikmat Allah kerana di tempatkan di sini....
pantai dlm gambar tu dkt mana? boleh paparkan Google Maps? Tq.
Oitt... aku pun tahun 1996 asrama SG 3.. jimmy... sape ni yek... mesti kenal
Oitt... aku pun tahun 1996 asrama SG 3.. jimmy... sape ni yek... mesti kenal
DHM110 2002-2006...every year mmg akan kesini..
Dungun kini dh byk perubahan krn bukan majlis daerah lg tp majlis pbandaran maka jalan lama telah besar dan berbagai kemudahan makin banyak.
Bumi kelahiran ku.
Pantai sura Dungun Terengganu
dungun mmg tmpt terindah.. sy org dungun tp mgkin x kn ddk dungun lg sbb dh merantau.
Catat Ulasan