Isnin, 30 Julai 2012

Apa yang best bila meniaga.

Salam semua. sebelum ni saya ada buat entri tentang apa yang TAK best bila berniaga. kadang-kadang bila melalui pengalaman tak best tu, rasa macam nak putus asa je. tapi nasib baik en tunang, keluarga dan kawan-kawan, terutama kawan-kawan form 5 dulu banyak memberi semangat. jadi perkara-perkara negatif kita letak jauh-jauh. fikirkan yang positif je. bila negatif datang, ingat hal positif. barulah seimbang. ^_^

Oh ya, nak saya cerita pengalaman yang best bila menjadi seorang usahawan? jom!


1. Duit masuk tiap-tiap hari
Orang meniaga, satu perkara yang paling penting ialah rajin. kalau rajin ada pendapatan, kalau malas tak dapat apa-apa. Meniaga memang best sebab duit masuk tiap-tiap hari. jadi duit sentiasa ada dalam beg walaupun sikit. :-P sebagai contoh keluar window shopping dengan kawan-kawan, tapi lastly tak jadi window shopping, yang jadinya SHOPPING TAK HENGAT DUNIA. terus rasa sedih tengok dompet tinggal habuk-habuk kering je. tapi takpe, esok boleh berusaha lagi untuk mengisi dompet yang kering. :')


2. Dapat kenal (make friends) dengan ramai orang
Menjadi peniaga, memang dapat kenal ramai orang. Bila terserempak ketika shopping ke, berjalan-jalan di bazar ke, bolehlah say Hi dengan diorang. :) seronok kan, dapat tambah bilangan kawan. dapat menambah bilangan kawan . bak kata pepatah BERKAWAN BIAR BERIBU, berkasih biar satu.


3. Dapat tengok pelamin orang cantik-cantik
Ok sebenarnya ni bukan advantage kepada semua peniaga, tapi kepada sy sorang aje. hehe. saya sebenarnya suka sangat tengok majlis perkahwinan orang. tapi dulu-dulu sangat jarang dijemput ke majlis kahwin. kalau dijemput pun jarang pegi, sebab selalunya wedding anak kawan2 mak/abah. tapi sekarang memang selalu dijemput. selain jemputan dari kawan-kawan, ramai jugak pelanggan-pelanggan yang jemput. tiap kali pegi delivery wedding cake/doorgift atau set up dessert table, diorang mesti akan jemput makan. MESTI! sampai naik segan saya dibuatnya. tapi selalunya saya tak sempat nak memenuhi undangan, sebab terpaksa bergegas ke tempat lain. disebabkan diri ini juga sedang mengalami fasa akan naik pelamin, jadi saya suka sangat tengok pelamin orang! sekurang-kurangnya tengok depan mata lagi best dari tengok dalam gambar kan? contoh-contohnya:


ini pelamin Sarah Dato' Sukri. majlis kat Renaissance. cantikkk gila! dan mewah :')




ini pulak pelamin Tasha tokey Thalia Bridal. sangat cantik jugak. hak milik sendiri, nak buat yang grand,mewah dan cantik memang takde masalah. :')



oklah, stakat ni shj entri kali ni. takde keje ajak org lain skodeng pelamin orang sama-sama. :-P semakin tua ni semakin takde idea nak menulis. entri ni yang pendek pun ambik masa sampai seminggu. :'(


p/s: sejak dua menjak ni suka buat entri ada point pastu ada huraian macam jawab soalan exam. adakah itu tanda saya merindui zaman belajar?


bye!

3 ulasan:

Fazlinil Irma berkata...

akak sangat setuju dgn pendapat no 1. hilang penat tak tido malam bila tgok duit. :))

Ardini Humaira berkata...

bestnye merasa tengok wedding best2 gni :D

░♥si lampu neon♥░ berkata...

HYE pepel !!! ;)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat