Jumaat, 11 September 2009

jejak kasih~sayalah WIRAWATI negara!

saya terkenang kenangan bersama2 kawan2 satu kompeni, atau satu dorm di kem latihan Guar Cenderai Padang Besar, Perlis untuk Latihan Khidmat Negara sesi..emm, xingat sesi berapa...yg pasti tahun 2006, kumpulan 1..

:memang sedih bila disenaraikan sebagai pelatih PLKN, siap nangis2 sambil hentak2 kaki dlm bilik air..dapat pulak nun jauh di Perlis..

:dari hari ke hari menghitung tarikh utk ke Perlis..hai, susah hati sgt2..

:final preparation, buat akaun bank pertanian..sbb dapat elaun rm200..hehe..tu je yg semangat, dpt berkenalan dgn bakal wirawati Plkn, alisya..takdir, dia pun dpt kat kem guar cenderai, perlis..

:satu lagi takdir bila sampai sana, dapat 1 dorm dgn Alisya, iaitu dorm P4..sgt2 bersyukur sbb betul2 berkeseorgn ketika tu..

:bertolak pkl 8 pg, smpai dlm 8mlm, rasa seram sejuk sbb xpenah keluar rumah waktu maghrib..berdebar mcm jantung nak pecah..

:sampai kat sana, berkumpul di dewan makan, jurulatih yg dipanggil cikgu suruh serahkan teledon bimbit...harus akur kerana saya seorg budak baik..hehe..

:sebelum serahkan telefon bimbit, telefon umi dan abah yg pasti..air mata bagai xberhenti mengalir..org sekeliling senyum sinis sahaja..

:menjadi orang yang sgt baik, senyap sahaja ketika penerangan oleh cikgu2..bdk2 laki haru terus cukur rambut keesokkan hari..berkenalan dengan 3orang Kelantan lagi di dorm tersebut, Mila dan Hidayah..

:hari2 terawal mmg seksa..penat mengalahkan tidak makan dan tidak tidur selama 3 hari..lenguh2 badan mula terasa..

:sesi awal di sana hanyalah penerangan, aktiviti fizikal byk dilakukan pada senaman pagi..

:berkenalan dengan kawan2 Mila, iaitu Mc Dee dan Mc Leng..amat merindui ketiga2 mereka.. T_T

:semakin lama semakin biasa dengan aktiviti di sana..semangat berpasukan kadang2 kuat dan kadang2 berpecah belah..

:berada di dalam kompeni Bravo, bersama2 dengan dorm P3, L3 dan L4..

:mcm2 hal yg terjadi..dari hari ke hari byk belajar ttg kehidupan dan org sekeliling..

:pagi, pkl 6.45 harus berdiri di padang kawad dan menyanyikan penuh semangat lagu Negaraku dan lagu PLKN..

:selepas sesi menyanyi, membaca doa..mulakan dengan aktiviti senaman, yg hampir seperti dalam "The Biggest Loser"..daki bukit turun bukit, marathon, joging, guling, lompat lalat, lompat bintang, senaman kapal terbang..semuanya sudah dirasa..

:sarapan selepas senaman, mesti akan ada menu telur setiap pagi! paling digemari ketika itu, Nasi Goreng.. ;)

:pulang ke dorm, utk menyalin pakaian dan bersiap ke kelas character building..setiap hari buat lukisan yg buruk..hehe..kalaulah buku tersebut masih ada, tp saya sudah lupa buku tersebut tercampak di mana..

:pkl 12, selesai kelas CB, bersiap utk aktiviti fizikal seperti tali tinggi, tali rendah, kembara halangan, berkayak, berakit pada pkl 2 petang..

:aktiviti selesai lewat petang, bersiap2 untuk solat maghrib dan isyak..selepas solat mesti berkumpul di dewan makan..gosip2, berkenalan satu sama lain,kenal2 budaya dan negeri kwn2 yg lain..

:yg menyebabkan kem Guar Cenderai kem kesayangan saya, aktiviti2 yg dilakukan mesti berasingan dari bdk2 laki..jadi, kalau kami jatuh ke dlm air ke, jatuh bergolek2 ke..xkesah dan xmalu sgt kan.. :)

:selepas sebulan setgh, kelas Cb digantikan dengan kelas kenegaraan dan kelas....ayakkk..lupa nama daa...mmg tersgt best kelas satu lagi tu, sbb dpt keluar kem..buat setiap hari rabu dan sabtu..

:setiap kali keluar kem mesti round2 satu Perlis, pernah pegi jabatan tanah, Uitm Arau, pusat pemulihan penagih dadah, pantai, gua, tasik, ladang tebu..

:setiap hari mmg tersgt gembira..walaupun kadang2 tersgt sedih, namun masih ada sahabat yang disisi, yg akan pegang saya ketika saya ingin jatuh..yg memberikan berjuta semangat kepada saya..terutama, kawan saya Mila.. :)

:mmg byk sgt kenangan..kalau nak cerita semuanya, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis..hehe..

:sekarang, cuma hidup dalam kenangan di sana, kenangan yg amat bermakna, yg amat indah dan tak dapat dicari di mana2..indahnya kalau saya masih berhubungan dengan kawan2 di sana..tapi semuanya sudah lost contact kecuali dengan Mila, Mc' Leng, Ika dan Mc' Dee..

:ingin menyebut beberapa nama kawan ketika itu...maaf sbb hanya beberapa yg saya ingat, Mila, Mc' leng, Mc' dee, lisya, hidayah, Ika, Ainuz, Aina, Mas, Lea, Huda, Sangeeta, Nadia, Tan Chia Cheng, Alisya, Hidayah, Sari, Fakhrul, Alif, Din, Naim, Ah yi dan lain2... kalaulah, KALAULAH, mereka membaca entri ini, saya ingin mereka tahu, saya AMAT2 MERINDUI MEREKA..



mykata2:kuaci WAJIB ada ketika rehat sebelum solat maghrib dan isyak..hehe..jejak kasih saya ini amat kasihan kan?? ;p

8 ulasan:

Seng berkata...

Perlis indah lagi mempersonakan.hahaha...ore 3 tahun doh duk sni!

-atiQah- berkata...

hehehe...brapo thn lagi keno duk situ seng? oghe ado ayoh angkat situ seng..kenal masa pkn ni lah...rmh dio dekat dgn skoloh sri serdang..dio jual pasar mlm sano, nego sate..oghe jupo skali jah dgn dio, pahtu berhubung kot tpon sokmo..

kdg2 oghe xpehe dio ckp utara, kdg2 dio xpehe oghe ckp klate.. :p hehehe..

mr.panda berkata...

setuju dengan seng.

hoho cuaca sini awal tahun gak pelik sokmo tapi best. priceless.

biler grad akan rindu kat

anjung keli
warung pokok sawa
padang besaq
gua kelam
gua kelam 2
radix chicken house
rumah roomate kat simpang 4
bukit kayu hitam
rumah mak angkat di sungai batu pahat
jitra mall
alor setar

haha byk lagi. ops maaf syam merapu.

-atiQah- berkata...

emm...nok wat gano dio warganegeri perlis utk sementara loni...hehehe..

oghe paling ingat laksa perlis..abah g perlis smpai mkn 2,3 pinggan..hehehe..dan jgk KFC perlis..hehehe..

mr.panda berkata...

hehe loni kfc kat kangar ada 2 dah..tapi paling sedak radix chicken hause =)

-atiQah- berkata...

hehehe...ado duo doh? ado mc.donald dop kat perlis...sero mcm nok g smula..nok g jupo ayoh angkat oghe..

mr.panda berkata...

haha..mc D x leh masuk perlis sbb mufti dop wie. radix pun sedak guno ayam organik lagi.

-atiQah- berkata...

ooooo...gitu...masa dulu xtau bakpo mc'd xdop kat perlis..radix tu gano? mcm kfc jgk ko? masa zaman oghe dulu xdop lg kot..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat