Khamis, 17 September 2009

saya sudah bosan, sila tinggalkan saya!


topik hari ini: CURANG!

tiada sape2 yang tetapkan topik ni, tapi saya sendiri yang ingin meluahkan rasa hati. :p setiap soalan saya yang saya reka sendiri akan dijawab dengan jawapan atau soalan sekali rekaan sendiri.. :p


APAKAH MAKSUD CURANG?
maksud curang bergantung kepada seseorang..saya tidak tahu apakah definisi curang di dalam Kamus Dewan atau wikipedia..bagi saya, curang merupakan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh kekasih, suami atau isteri. curang, mencari yang lain dan berkasih dengan yang lain walaupun tanpa perasaan.


KENAPA MANUSIA BERLAKU CURANG?
saya tak tau..kenapa ye? plz somebody tell me..saya betul2 nak tahu kenapa manusia mesti curang. adakah kerana dia ingin dilihat sbg HOT sbb ramai yang berminat dengan dia.adakah kerana dia cepat bosan atau adakah kerana dia kekurangan kasih sayang?


APAKAH PERASAAN APABILA DICURANGI?
sangat menyakitkan.walaupun saya tak pernah rasa, tp saya tau ianya tersgt menyakitkan.setiap manusia tidak ingin rasa bagaimana perasaan dicurangi.tp, tidak semua yg sggup utk tidak curang.

contoh perasaan apabila dikhianati ialah begini:
kamu teringin sgt2 nak makan coklat buatan Perancis dan ingin merasai perasaan membeli coklat tersebut di sana. kamu berusaha selama 3 tahun untuk mengumpul wang untuk ke sana. akhirnya, dengan titik peluh sendiri, dengan usaha yang kuat kamu dapat ke Perancis dan membeli coklat di sana. perasaan kamu sangat gembira dan bahagia. di rumah, kamu cuma mempunyai seorang yang plg kamu percayai. kamu berikan coklat tersebut kepada emak kamu untuk disimpan dan dijaga supaya tidak dicuri oleh orang lain. namun, kepercayaan yang kamu berikan kepada emak dikhianati dengan senang. emak telah bahagikan coklat kamu kepada anak2 jiran dan langsung tiada baki buat kamu. apakah perasaan kamu ketika itu? marah, geram, sedih dan sgt pedih kan? orang yang kamu percaya sepenuh hati, telah mengkhianati kamu tanpa rasa bersalah..

hehe..langsung xde kaitan antara coklat, kamu dan emak. tp saya ingin tunjukkan apakah perasaannya bila dikhianati, bila dicurangi. anggap sahaja coklat itu adalah kasih sayang, emak ialah kekasih hati...bagaimana perasaan kita apabila dikhianati..semuanya musnah, kepercayaan, kasih sayang dan akhirnya menjadi penyakit hati..

MOTIF TOPIK NI?
xde motip...tp saya tiba2 rasa nak ckp ttg topik ni..hehe..jd, sila dengar cakap saya..jgn cuba2 untuk curang! ;)


ok...stop! dah xde idea nak tulis..yg penting, JANGAN CURANG2..kerana curang itu sgtlah tidak best..dan yg penting, setiap yg kita lakukan pasti ada pembalasan.. ;)





mykata2: sebenarnya tgh pening ttg sesuatu hal 2,3 hari ni...tp Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dengan baik..InsyaAllah.. :) ~amat lega..

1 ulasan:

Tengku Speki berkata...

wah...
ngah bersenta adik akak ni..
:)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat