Rabu, 9 September 2009

pergaduhan yang tak berkesudahan

semalam kami bergaduh lagi..pergaduhan kami tak berkesudahan bertahun2 lamanya...
dan pergaduhan tersebut hanyalah disebabkan..


sumber: google search

orang yang selalu bergaduh ialah:

sumber: wikipedia

beliau selalu bergaduh dengan saya...tiap kali saya ingin melihat dan merenung incek tv, dia selalu akan bergaduh dengan saya..

saya seorang yg jrg menonton tv..ttp nak ckp jrg menonton tv walaupun hakikat sebenar tiap kali org hantar sms tgh buat apa mesti dijawab dengan "tgh tgk tv"..

teruskan kepada cerita pergaduhan kami, setiap kali saya menonton rancangan kegemaran saya, tak kiralah cerita indon ke, hagemaru ke, cerita hindustan ke, cerita cina ke..beliau pasti akan merebut remote control dari saya dan akan memulakan pergaduhan dengan saya..

sebagai cth, saya dengan bahagia dan asyiknya tengah menonton drama indon, tiba2 beliau tukar siaran lain..nak kata beliau ada rancangan yang ingin ditonton, takde...saya yg sedang bahagia menonton, terus bising2 dan beliau sama naik bising dengan saya...emm, sedih tau! dah la seharian saya tak menonton, bila tiba masa saya je selalu dikacau..

lagi pergaduhan kami yang dasyat, masa saya nak tgk cerita hindustan, mesti ada je alasan beliau untuk tukar siaran..cerita ni x best, cerita ni begitu, cerita ni begini..mcm2...tp, bila saya sudah kusyuk menonton cerita lain, beliau akan tukar kembali ke siaran hindustan sebelumnya...hmm, mmg hangin satu badan time tu.. :p

pergaduhan kami ni ketara berlaku pada saya tingkatan 2, ketika itu saya adalah seorang kipas-susah-mati hindustan..saya akan menunggu rancangan salaam bollywood yg akan disiarkan seminggu sekali..tp, setiap kali saya menonton rancangan tersebut, beliau pasti akan bermanja2 dengan remote control dan saya, anak beliau yang degil, mulut bising dan suka melawan, pasti akan bergaduh dengan beliau sehingga akhirnya saya masuk ke bilik dan mengalirkan air mata..

poyo gila kan? sebab televisyen pun boleh msk habuk dlm mata.. :p setelah sekian lama berlalu, beliau masih lagi dengan perangai lama beliau, dan saya anak beliau seorg yg suka melawan walaupun saya tahu perangai beliau begitu..

setelah berthn2, dan kehidupan kami amat berbeza daripada ketika saya peminat setia salaam bollywood, namun perangai kami yg ini tak akan berubah, dan saya pasti walaupun saya sudah mempunyai anak dan beliau akhirnya menjadi datuk, perangai kami ni tak akan berubah..

dan, walaupun kami selalu bergaduh, saya tetap sayang kepada beliau...I LOVE U, DADDY!

abah anak siam (rekaan sendiri)

mesti abah muntah darah tgk saya buang tebiat panggil dia daddy..hehehe...namun, walaupun abah cuba melatih untuk saya tidak selalu menonton tv, tp kenapa saya masih lagi penonton TEGAR televisyen??




mykata2: pasal berebut tonton tv pun perlu blog ke? ahhh..saya tak kira..saya xde idea sekarang.. :-p sebenarnya, ada satu luahan hati yang amat tersekat di dalam fikiran sekarang, namun masih xboleh untuk menulis.. T_T

5 ulasan:

yoro okino berkata...

hehehhe
biasa ler..
dier kan boss

SasHa Lee berkata...

dulu2 an..akak pun adalah penuntun tv tegar tau..hehe...;))

mira berkata...

elelele tomeynye baloh nge abah.. hehe
siap wi no tpn abh dio lg tuh. bleh nk ngejah abg kj nih..

.chacha fasya. berkata...

haha..nk suko tgk abah senggeh..hehe..~
sumber inspirasi kimia ku..~
hehe~
kalo nga papa ore,dio suko kacau ore time tgk tv..mai picik hidung la..adeh..~

-atiQah- berkata...

yoro: hehehe...mmg pun..dia kan boss.. :p

shasha: menuntun tv mmg best kan kak? hehehe..

mira: ngejah abg oghe wat gapo mira? abe oghe tu xpok..hehehe..emm, tu no tpon skoloh dio..bkn no tpon dio..hehe..

iena:abah oghe tu dio sajo nok wat oghe maroh, bkn dio nok kacau..kenak sggh..hehe..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat