Jumaat, 8 Oktober 2010

keputusan yang mengubah hidup

keputusan.
hari-hari kena buat keputusan.
tak kiralah samaada keputusan yang berat atau ringan.
tiap2 hari mesti ada kawan yang tanya, "hari ni nak makan kat mana?"
masa tu kena cepat buat keputusan.
silap buat keputusan maka silap pergi makan kat kedai yang diingini.
maknanya hari tu makan dengan makanan yang bukan diingini.
see? keputusan yang ringan pun boleh membawa kesan kalau silap membuat keputusan.




korang pernah tak buat keputusan yang besar? yang telah mengubah hidup korang? saya adaaa...


1) ketika tingkatan 4, selepas PMR semua kawan-kawan sekelas dapat tawaran ke MRSM dan SBP. dalam satu kelas saya yang 37 org, dalam 11 orang je yang tak dapat ke mana2. termasuk saya. yang 26 lagi dah ke merata-rata negeri. time tu sangat sedih. lebih-lebih lagi bila kawan karib pun dapat tawaran ke MRSM. pastu, dengan izin Allah, saya dapat tawaran ke MRSM Kuantan pada bulan 6.



saya pun pergi ke sana. sangat bersemangat. umi habis bykkk sangat duit. belikan saya macam2. tapi, bila umi abah tinggalkan saya, saya tak sangka saya begitu lemah. sangat homesick. asyik menangis. tekanan, bila masuk kelas langsung tak paham apa yang diajar. terutama biologi. kat sekolah dulu baru belajar bab 2, di MRSM dah belajar bab 7. takde kawan. hari pertama ke kelas dah sesat. asyik nangis nangis nangis. sangat homesick. umi abah selalu sms. untuk masa depan, kite harus berkorban. tapi saya lemah. saya mengalah.

tempat parking kereta. tiap2 pagi mesti berkumpul di sini dulu, baru masuk ke kelas.


saya buat keputusan, untuk tinggalkan MRSM. selepas 3 hari. 3 hari sahaja ye kawan-kawan, 3 hari yang seperti 3 bulan. ini keputusan yang merubah hidup saya. kerana saya tak kuat, saya mengalah. kesannya, di rumah saya jadi sangat malas. rajin hanya sementara. keputusan SPM saya tak memberansangkan.


kalau saya di MRSM, mungkin kehidupan saya berubah. mungkin SPM saya lebih baik. mungkin juga lebih buruk. mungkin.




2) selepas SPM, saya dapat tawaran ke matrikulasi johor. dengan result saya yang lepas pagar, saya dapat ke matrikulasi. saya sorang je yang tercampak ke sana. dalam satu sekolah, saya je yang dapat di sana. takde kawan. nasib baik ada seorang kawan yang saya kenal di PLKN. apa2pun, dengan dia je..masa hari tahu result SPM, terus bgtau abah, tak nak pegi matrik. abah pun cakap, tak yah la pegi matrik. tapi, tahun saya tu, masa tu seorang cuma dpt satu tawaran. saya dapat matrik, jadi tak dapat UPU. :'(



awal-awal segalanya ok di sana. cuba untuk jadi rajin. tak pernah seserajin tu time sekolah. mengadap buku pkl 2 petang sampai 12 malam cuma berhenti utk solat dan makan. dapat 3 orang kawan rapat yang satu kelas. kemana-mana bersama. seronok sangat bersama diorang. hujung minggu selalu beriadah di kawasan tasik.

KMJ


tapi semua keseronokan tu sekejap je. lepas dua bulan, saya mula tekanan. tak paham dengan fizik. masa tu memang sangat takut. terus keluar difikiran nak quit. betul2 dah takde semangat. bila jadi mcm tu, mmg dah tak boleh nak buat apa. saya cuma fikir nak quit je. umi abah cakap apa2pun, saya tak dengar. tetap dengan keputusan nak berhenti. dah byk kali buat solat istikarah. hati tetap dengan keputusan nak berhenti.



keputusan ni betul betul merubah hidup saya. kalau saya teruskan, mungkin saya akan ambil kos yang berlainan dengan sekarang. mungkin. tapi, saya sangat seronok, gembira dan bersyukur dengan kursus yang saya duduki sekarang. sangat-sangat.





itulah dua keputusan yang mungkin merubah hidup saya. kalau saya tak buat keputusan tersebut, mungkin sekarang lebih baik atau jugak mungkin lebih buruk. jangan sesekali menyalahkan keputusan yang kita lakukan. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. yang kita tak tahu, dan hanya diketahuiNYA. kawan-kawan, cerita lah sikit keputusan yang membawa impak besar dalam hidup.. :)



•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

4 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

sy pun ada keputusan yg memberi inpak kepaa hidup.nanti saya cerita kt entry sy plk ye..nak cerita kt sini x ckp space nnt.hehehe...

anNaqia berkata...

saye suke cerita ini.
bersusah susah dulu,
bersenang-senang kemudian.
xsemua Allah bg perfect.
Dia bg byk, Dia akn tarik skit.
Dia tarik byk, Dia akn bagi skit.
have faith in Him everything gonna be orite.

Tie HT berkata...

akk igt,akk sorang je mengalami nya.
kdg2 rasa nyesal..tp hidup perlu diteruskan dgn semangat..anggaplah ilmu yg ditimba menjadi wadah perjuangan hidup ini

MissyNursy ♥ berkata...

dulu pun tension jgak masuk kmj..tp lame2 sgt best! n skang masih rindukan suasana KMJ!!waa..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat