Selasa, 4 Disember 2012

Skegness UK: Attraction

Salam semua.. :)


Kali ni saya nak bercerita tentang tempat-tempat menarik di Skegness pulak. Kami tak sempat nak cover semua tempat, tapi dapat la jugak ronda-ronda di Skegness.

tempat tarikan utama Skegness mestilah pantai. Tapi bagi saya pantai di sini tak cantik. air keruh, bukan kebiru-biruan. pasir pun takde. terus benteng. 


walaupun pantai tak berapa cantik, tapi kawasan berdekatan pantai cantik utk ambik gambar. :)


ini pulak kedai yang jual dessert macam aiskrim, waffle, donut..pelbagai pilihan pulak tu. tengok dari jauh dah menarik hati. sorry gambar tak berapa cantik. ambil dari dalam kereta je. tapi seronok tengok suasana ni. baru ada perasaan macam tepi pantai kat oversea. =P selalu tengok dalam tv je suasana macam ni. hehe..


sebab tiap kali lalu depan kedai-kedai jual aiskrim, mesti saya tengok-tengok waffle. hari ketiga takde tengok-tengok lagi dah. terus rembat. hehehe.


roundabout ni landmark Skegness. roundabout ni kawasan tepi pantai. ke kanan dan kiri akan ke pantai. ke depan akan jumpa Skegness City Centre.


kalau di tepi pantai, mestilah banyak kedai fish n chips. ada 3 pilihan ikan. Cod, Haddock dan Plaice. saya ambil Plaice. tapi tak sedap. Plaice ni isinya lembik, berair dan nipis. rugi betul! dah la saya memang suka fish and chips. Ikan yang paling sedap, Haddock. isinya firm dan tebal. Fish n chips kat sini memang makan kosong macam ni je. with salt and vinegar only. sebab tekak orang Melayu, kalau ada sos cili atau tartar sos mesti lagi sedap. hehe.

Kami makan Fish n Chips ni di kedai nama Salt. Kitorang makan kat sini sebab baca review kedai ni 'the best' kat Skegness ni. tapi bagi saya, batternya tak berapa sedap. lagi sedap fish n chips di Leicester.



ini decoration kedai ni. banyak gambar-gambar Titanic. kitorang berteka-teki owner kedai ni ada kaitan dengan Titanic ke. lebih-lebih lagi tgk decoration dgn pinggan botol buruk. pastu kak aini g tanya waitress kat kedai ni. rupanya suami dia kerja sebagai penyelam. jadi banyak jumpa pinggan dan botol dalam laut.


oklah, ini saja utk hari ni. next entri, world largest market! hanya di Skegness..

bye!



2 ulasan:

AdinataGus berkata...

Wah untung penulis berjalan di bumi Allah.Skegness daerah yg mana?

Razf berkata...

tmpat ni mcm x ramai org je.. tenang

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat