Saya selalu saja buat kerja hangat-hangat tahi ayam. sebagai contoh, semangat berkobar-kobar nak tulis entri. dalam satu hari siap 3 entri. tapi ni, 2 hari terus tersadai blog. takde entri baru. bukan setakat entri baru, bukak pun tak.
Contoh kedua, saya nak kurus. :-p ok, saya ni tahap obesiti. masa datang azam nak kurus berkobar-kobar, macam-macam saya buat. exercise sepanjang masa. jaga makan. tapi, memang selalu hangat-hangat tahi ayam. paling lama pun, sebulan je mampu bertahan dengan rutin tu. -__-"
Saya selalu hangat-hangat tahi ayam kalau sebenarnya benda tu bukan lahir dari hati. maksudnya, saya buat bukan dengan rela sepenuh hati. sebab tu selalu je buat kerja separuh. contoh ketiga, saya berkobar-kobar nak kemas peralatan baking saya di dapur. siap beli kotak, beli sticker..tapi, lepas beli semua..hampeh. tak buat-buat pun. akhirnya umi yang tolong kemaskan. bila umi dah start kemas, saya pun sibuk la sama. hehehe.
Mr Alien selalu cakap, saya sebenarnya kalau nak buat benda, boleh sangat sebenarnya dengan sepenuh hati. sebagai contoh ketika saya baking. tak tidur malam pun sanggup. tak dapat duduk sehari sibuk sebab baking pun saya sanggup. contoh kedua macam saya inginkan sesuatu benda. cthnya nak beli DSLR dan tablet. saya sanggup usaha cari duit untuk dapatkan benda yang dihajati. tapi, macam mana nak lahirkan kesungguhan dari hati? saya sangat lemah bab tu.
Oh ya, cakap pasal hangat-hangat tahi ayam. sape ye yang reka peribahasa tu? macam mana ye dia tau tahi ayam tu hangat sekejap je? kenapa tahi ayam je, bukan tahi kucing ke. ok, dah cukup merepek.
kesimpulannya, jangan hangat-hangat tahi. ianya langsung tidak bagus. bye!
p/s: dah lama tak buat entri berkongsi rasa macam ni
2 ulasan:
satu je nak pesan: jangan bertangguh. kalau semuanya beres on time, tak sempat nak tahu pun hangat2 tahi ayam tu cmne. hihi.
eh2. malas nak exercise ke? tp berazam nak kurus tak? sy ade caranya. cubalah ALSD2. sepupu sy dh cuba 1 tin tanpa exercise dan tak perlu berlapar pun. dlm mse smnggu dh turun 3-5 kg. sy mmg nmpk ngn mata sy sndiri bdn dia sedikit kurus dri yg biasa. nak tahu lebih lanjut, moh ler singgah2 blog sy. tq ;)
meh ahh join...
ai tgh kumpul link2 untuk bloggers yg minat hello kitty!
http://dia-honey.blogspot.com/2012/12/segmen-peminat-hello-kitty.html
Catat Ulasan