mood keluarga sekarang, susah hati. sebabnya mcm ni, hri ke8 saya kat UK ni, saya bagitau saya nak ke Manchester kan. pada awal2 perjalanan, semuanya ok..Alhamdulillah..umi abah sempat singgah beli pinggan mangkuk kat 2 tempat..
pastu, kami teruskan perjalanan ke Manchester..nak pergi stadium, beli2 brg kat sana..pastu pusing2, nak pergi makan, kemudian nak teruskan perjalanan ke Liverpool..
dalam perjalanan tu, kat highway, abang ada lintas satu kereta polis..tapi abang silap bawak slow..kereta kat situ sume laju2..maksudnya betul2 berada depan kereta polis tu..
lepas tu, kereta polis tu suruh abang berhenti. dia datang check org dlm kereta. tapi cukup. maksudnya setiap seat yang ada seatbelt, untuk seorang. kereta tu ada 7 seatbelt. maksudnya cukup untuk 7 orang. cukuplah untuk kami 7 orang, adik-saya-umi-abah-kak min-abang-rayyan.
tapi bila polis tu tahan, dia mulalah nak check semua benda. kalau kat tempat kita, mesti polis check lesen je. kat sini tak. diorang sangat ambil berat tentang insurans. untuk bawak kami jalan-jalan, abang ada pinjam kereta kawan dia. sbb cukup untuk 7 orang. kalau kereta abang sendiri, untuk 4 orang je..
abang ckp, dia dah check awal-awal. dia dah beli insurans yang membolehkan dia bawakk kereta orang lain. bila polis tu check, dia cakap kereta tu takde insurans bawah nama abang. dia pun cakap, polisi sekarang dah berubah. maksudnya salah abang bawak kereta orang lain, dan takde nama dia..
polis tu terus nak tarik kereta. tapi nasib baik ada rayyan yang masih baby. dia setuju nak bawakkan ke RnR terdekat, pastu baru tarik kereta ni. polis tu yang drive kereta ni ke RnR. abang naik trak tarik kereta yang datang. nasib baik polis tu tak suruh terus keluar dari kereta tepi2 highway mcm tu..
kat RnR, abang dgn abah pergi ke airport Manchester. kami kat RnR menunggu selama 5 jam. dari pukul 12- pukul 5. kat sini pukul 5 ptg dah gelap. dah masuk isyak. abang ke airport utk sewa kereta. 200pound untuk 2 hari. terpaksa sewa kereta, sebab hotel dah booking. lagipun dah pertengahan jalan, jadi kami setuju untuk teruskan ke Liverpool.
hari ke8, kami di Liverpool. petangnya bertolak pulang ke rumah. semalam, (keesokan selepas pulang dari Liverpool), abang ke Manchester balik untuk ambil kereta yang ditarik tu. sambil ke sana untuk hantar kereta yang disewa. abang ke sana dengan kawannya, pemilik kereta tersebut.
abang didenda 200pound. nak ambil kereta tu pun dicas. minyak kereta 80pound. sewa kereta 200pound. cuba bayangkan, kalau tukarkan ke duit Malaysia dah berapa? lesen abang mungkin jugak digantung, keputusan tak keluar lagi tentang tu.
kesalahan yang sangat kecil. kesalahan yang tidak disengajakan. kesalahan yang kami tak tau pun kami buat salah, akibatnya sangat besar. kalau lesen ditarik, mcm mana abang nak pergi kedai beli barang2. mcm mana nak bawak anak ke hospital kalau sakit.
sekarang, abah tengah fikir mcm mana nak ke London. sebab perancangan awal, hari isnin ni akan ke London. abang dah sewa bilik hotel awal2. pastu hantar abah balik 9hb. abah balik awal ke Malaysia, sbb ada kerja..dia xboleh nak ambil cuti lama2.
tapi bila jadi mcm ni, semua perancangan tergendala. kalau nak sewa kereta pun tak boleh, sebab kesalahan ni dah dapat merit 6. orang sewa kereta tak akan bagi. kat sini, undang2 ketat. diorang tak fikirkan keuntungan semata2.
kalau nak naik train, mcm mana dengan rayyan? susah nak berjalan kalau bawak baby mcm tu. kalau cuma kami berempat je yang pergi, abang, kakmin dan rayyan tak ikut, mcm mana kami nak berjalan? abah bukannya tau sangat pasal London, walaupun pernah datang dulu.
sekarang ni mcm fikir, tak pergi ke London kot. tapi abah sedaya upaya nak bawak saya, umi, adik ke London. sebab abah cakap, dah habis belas belas ribu, skurang2nya nak bagi saya, adik, umi tengok London. selepas ni mungkin dah takde pluang nak datang sini.
kesian abang...susah hati fikirkan untuk umi, abah, adik, saya yang datang jauh2. tiba2 hbs byk duit lagi.
kesian kak min...susah hati nak belajar lagi, nak jaga rayyan lagi, masalah ni lagi..
kesian abah...cuba sedaya upaya fikir mcm2 cara. nak gembirakan saya dan adik. nak jaga abang dan kak min. td, saya menangis bila abah minta maaf, benda jadi mcm ni..tak dapat nak bawak saya pergi jalan2..abah, kakak tak kesah..benda yang nak jadi..kakak dgn adik tak kesah apa2 pun keputusan abah..
kesian umi...asyik menangis diam2 mlm2 sambil abah pujuk. sedih tengok abang dgn menantu susah hati..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni. semua kesusahan mesti ada hikmah, semua yang terjadi mesti ada sebabnya. kita tak tau percaturanNYA. tapi kita kena yakin, semua yang DIA lakukan mesti ada sebabnya. mungkin Allah nak memberi pengajaran kepada kami, terhadap kesalahan yang kami buat yang kami tak sedar. mungkin jugak kerana saya terlampau excited. mungkin juga kerana saya sibuk canang2 nak orang, cerita kat semua org.
p/s: kawan2, mungkin saya tak dapat bawak balik sourvenir untuk anda..hehehe..dgn keadaan sekarang, mungkin tak dapat nak g mana2 dah..maaf semua..
8 ulasan:
take care my dear kj
xde souvenir pun xpe la.. as long as u n ur family ok.. wish u all the best my dear :)
huhu..terima kasih suya.. :)
semoga semuanya selamat.....
xpe tqah..as long sume selamat..njoy la masa kt sana ok..sedihnye la ore bace entry neh..
take care tiqa..pray for ur family :)
Ya Alya:
InsyaAllah, semuanya selamat.. :) hrp2 lesen abg xkena gantung..
iena:
tulah..asalkan semua selamat pun ok doh..jd jgk kot g London, naik bas.. :)
zack_u:
waaa zack_u! masuk blog kite..terharuuu.. :)
thanks zack_U..everything will be ok soon, insyaAllah.. :)
Catat Ulasan