assalamualaikum..
5 disember yang lepas, tqah sekeluarga ke London. selepas musibah yang melanda, kami sekeluarga sepakat ke london naik bas. kenapa harus pergi jugak ke London? sebab abah balik ke Malaysia 9hb lepas. saya, adik dan umi je yang stay kat sini sampai 28 disember nanti.
kami naik bas dari Leicester ke London, pukul 10.20 pagi. ambik masa 3 jam dari Leicester ke London. pukul 1.30 petang kami sampai di Victoria Station.
kat sini undang2 sangat ketat. naik bas pun kena pakai tali pinggang keledar. sebelum mulakan perjalanan, driver bas awal2 lagi bagi warning, jangan pasang muzik kuat2, jangan bercakap kuat2, jgn makan makanan berbau, jangan buang sampah merata2.. :) part yang jangan pasang muzik kuat2 tu saya suka, sebab selalu saya naik bas mesti ada org yang pasang kuat2 muzik dari handphone. bajet mcm orang lain suka lagu yang dia suka. ataupun sebenarnya nak tunjuk handphone dia tu sangat mahal, jadi perlulah tayang dengan pasang lagu kuat2. -_-"
sampai di Victoria station, kami duduk2 sekejap. sambil saya, umi, adik, dan kak min ke toilet. bosan betul. jalan2 kat sini sikit2 mau ke toilet. sikit2 mau ke toilet. sebab sejuk sangat..huhu..
ok, bersedia untuk mulakan perjalanan..
1,2 jalan! hehe..kami berjalan untuk ke stesen tube yang terdekat. betul2 mcm pelancong. hehe. nama pun pelancong kan. bwk beg sekeliling bandar. jalan kaki. memang best. hehe. dari stesen tube, kami ke Heathrow, nak ke hotel yang kami sewa.
dalam perjalanan, kami singgah di Buckhingham Palace. istana diraja. hehe. ni kedai official diorang. barang kat sini bapak mahal. siyes mmg mahal gila. tapi umi beli jugak satu benda. fridge magnet. rugi tak beli dah sampai sini. fridge magnet tu pulak murah je. 5pound tapi discount 50% dapat 2.50 pound je. :)
kami jalan lagi. sampailah di Buckhingham Palace. jauh tau kami jalan. hehe. nak jugak mention kami jalan jauh. :p nilah pintu pagar Buckhingham Palace. kami stuck kat sini pun lama jugak. nak ambik gambar punya pasal.
ni ada tugu depan Buckingham Palace tu. ukiran manusia dan binatang.
sape tak kenal dengan guard ni? mesti semua kenal kan? mesti terbayang-bayang cerita Mr Bean letak mcm2 kat guard ni. letak daun lah, bungalah. last2 letak teddy dia. hehehehe..mesti korang tgk kan? :p nilah gmbr guard yang dapat ditangkap selepas di zoom 3x.
di depan Buckingham Palace. memang ramai orang ah kat sini.
gambar yang diambil kat kawasan tugu tu. tengok Buckingham Palace kat belakang..besar kan?
tengok ukiran manusia dan binatang. memang cantik, tapi tak menarik bagi saya. lagi cantik kalau ukiran bunga. lagipun dalam Islam, itu harammm.. :)
pastu, kami berjalan ke Victoria Park yang bersebelahan Buckingham Palace. kami harus melintasi Victoria Park tu baru sampai ke stesyen tube.
luasssss victoria park ni tau..
lenguh kaki kami berjalan..abah cakap kalau musim bunga ni cantik. sbb daun2 penuh. barulah hijau mata memandang..
kalau takde orang nak guling2 feeling mcm cerita hindustan. tapi kalau guling2 time ada orang ni mesti orang putih akan cakap " orang asia ni tak pernah jumpa rumput ke guling2 mcm tu. pelik sengoti. gilo ko apo"
hampir gelap. bru jalan2 sikit dah nak gelap. bru pkl 3 petang time ni..
kami sampai di Heathrow dlm pkl 5 petang mcm tu. sampai sana terus cari makan. lapar sangat dah. hehe. nasib baik kat sini kawasan Islam, makanan halal byk..kami pilih utk makan di Chicken Cottage.. :) semua yang kami makan ni, cuma 15pound..
selepas makan, teruskan perjalanan cari kereta sewa. nasib baik dekat je. time ni badan dah busuk berlemuih melekit semua ada. nasib baik cuaca sejuk tak panas. kalau panas, mesti bau peluh.. T_T
kereta sewa hantar kami kat hotel kami. Travelodge! ini sahaja laporan hari ini. bye! :)
laporan seterusnya:
saya jumpa Prince William?
3 ulasan:
Seronoknyer.....jeles kita.
hehehe auntie..
terkedu sekejap tgk auntie yg komen..
hehe..suka2! :)
best lo..huhu..ole2 mai jgn lupa.. hehe
Catat Ulasan