1. saya mula berminat nak berblog kerana saya ada membaca 13 tips menjana pendapatan melalui internet.
2. saya mula berminat untuk berblog bila dipengaruhi oleh peminat-peminat nurul af2, kak pepel dan cmah..
3. bila saya mula berblog, saya rasa seronok bila ada yang melawat, meninggalkan komen dan menjadi follower saya walaupun entri saya pada awal2 membuat amatlah mengarut..
4. bila dah lama berblogging, saya dah mula buat entri yang ok sikit..pastu bila ada luahan hati, ramai yang memberikan nasihat, pandangan dan sokongan...betul-betul buat saya semangat! :-)
5. semakin lama, semakin ramai yang mula masuk ke blog saya..walaupun memang tak tersangat banyak, tapi saya amat rasa puas hati..income nuffnang pun masuk walaupun sedikit je.. :-)
6. sekarang, saya rasa blog ni sudah jadi sebahagian dari saya..walaupun saya masih tak pandai menulis, tapi saya amat puas hati sebab dapat luahkan segala isi hati..samada yang gembira, atau yang sedih..yang menyenangkan hati atau yang menyakitkan hati..
7. dan, pada malam ini, pada malam saya menulis entri ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang menaikkan semangat saya! sekarang ni, bila tak semangat je, terus tulis dalam blog, dan pandangan setiap orang menyebabkan saya rasa sangat teruja..terima kasih!
BYE! sila menikmati enti geli-geli nih..
1 ulasan:
terharunya ada nama sy.. :')
hehe...
Catat Ulasan