hari ke3 ni, kami bertolak dari hotel pukul 9.30 pagi macam tu. destinasi pertama, London Tower. pegi ke sana naik tube. ramai pelancong kat sana! tapi tak jumpa pelancong Melayu. tak berkebetulan untuk jumpa kot.
time ni, baru je pegi destinasi pertama, tapi dah penat. hehe. sbb penat berjalan yg hari kedua tu. pusing-pusing kat kawasan London Tower. pastu pegi ke castle yang ada kat sebelah London Tower tu. ramai sangat orang kat situ! tapi kami tak masuk ke dalam castle tu..sbb sangat bersemangat nak pegi jumpa ARTIS! hahaha..
inilah dia tempat kami jumpa artis..MADAME TUSSAUDS LONDON! hehehe..sape2 yang pegi London mesti ada yang penah pegi sini kan?
kat madame tussauds ni, ada 14 stage. setiap stage ada kumpulannya. mcm stage pertama stage artis-artis tenama. pastu ada stage yang ada Royal Family. rasa mcm diorang betul-betul pulak. bukan yang tipu2. hehe. ada stage pemimpin2 dunia. stage behind the scenes. paling seronok stage 12, iaitu SPIRIT OF LONDON RIDE. kat situ takleh ambik gambar. diorang bwk kita naik teksi, pastu tunjuk sejarang London. sangat-sangat-sangat menarik. pastu, stage 14 kami berpeluang tgk cerita 4D. 3D dah biasa dengar kan? 4D ni, diorang tambah satu lagi dimension. cthnya kalau berangin, kita dapat rasa anginnya walaupun kita tgk wayang je.. :) tapi, yang sedihnya..saya tak dapat tgk pun yang 4D ni..tak sempat nak masuk stage 14..sebab abah dah penat, dia demam.. :-(
yang belakang necktie merah tu kekasih saya. tapi dia ckp dah nak kahwin dengan orang lain tahun ni..sobs sobs sobs.. :-(
lepas ke Madame Tussauds, kami bertolak ke Stansted. bermalam kat situ. keesokannya abah pulang ke Malaysia. tinggallah kami 3 beranak bersama family abang..
3 ulasan:
baca tajuk pun dah tahu KJ g wax museum ^^
weirkkkk :p
wahh seronoknya =)
teringin sgt nk ke sana =)
waaa seronok kamu!!! :D
Catat Ulasan