pagi Jumaat lepas saya telah menghadiri modul ijazah semester 3. saya tak tau sama ada universiti lain juga mempunyai modul atau hanya UiTM.
tapi, bila hari Khamis saya dapat berita bahawa saya perlu menghadiri modul ijazah pada pagi hari Jumaat dan dari pagi hingga petang hari Sabtu, tiba-tiba saya rasa sungguh cis cis tak dapat nak bangun lewat cis cis tak dapat nak rehat cis cis tak dapat nak tidur lewat cis cis tak dapat nak buat assignment dengan penuh lambat dan relax cis cis tak dapat nak basuh baju yang bertimbun dan cis cis tak dapat nak gayut lama-lama dan sungguh cis cis.. T_T
disebabkan rasa yang penuh cinta terhadap uitm atau dengan lebih tepatnya, tak mau 'repeat' modul pada semester hadapan, dengan penuh semangat saya mengayuh basikal dari rumah ke UiTM..sape2 yang sudi sediakan motosikal atau kereta kepada saya termasuk dengan bayaran untuk membuat lesen? T_T
okay, pendahuluan yang panjang dan merapu. jom kita ke isi utama. sesi pertama modul, ialah ceramah agama. Ustaz yang memberikan ceramah amat sempoiii dan best! asyik gelak je..dan apa yang diceramahkan, masuk ke dalam kepala.. :-)
antara perkara yang saya ingat tentang ceramah ustaz tadi ialah tentang perempuan yang memberikan segalanya kepada lelaki..dengan alasan, DEMI CINTA!
dialog antara lelaki dan perempuan:
awak..boleh tak awak bagi gambar awak? sebagai kenangan kepada saya?
boleh...nanti saya bagi ye..
pastu, si perempuan bagi gambar dia..
ala...tak nak la gambar yang mcm ni...saya nak gambar yang awak yang tak pakai tudung..
isshhh...tak nak la mcm tu..
ala...bolehlah..demi saya..
okay..okay...
selepas beberapa ketika
awak sayang...nak gambar lagi boleh? tapi tak nak yang macam tu...
ish awak ni...nak yang macam mana lagi??
nak yang seksi-seksi sikit..ala...bolehlah...DEMI CINTA kita!
eiiihhhh...mana boleh...
awak dah tak sayang saya.. :-( kalau macam tu tak nak kawan..
okay..saya bagi...tapi sekali ni je..jgn merajuk..
itulah alasannya..DEMI CINTA! saya amat benci dengan orang yang menggunakan nama cinta dengan sesuka hati..DEMI CINTA alasan yang diberikan untuk membuat perkara yang tak baik.. T_T
wahai kawan-kawan sekalian, jika kamu betul-betul sayangkan seseorang, kamu mesti memimpin dia ke arah kebaikan...jangan jadikan cinta sebagai alasan..
kalau kamu betul-betul cinta, kamu mesti akan fikir tentang masa depan...tentang kehidupan selepas mati..mesti kamu tak ingin melihat orang yang kamu dicintai diseksa dan dijilat api neraka kan? :-)
kawan-kawan...dengar cakap saya...jangan jatuhkan maruah cinta dengan membuat perkara yang tak baik....tau!
bye!
•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•
5 ulasan:
hishh.cinta memang mcm tu..=.=
tu la die lelaki kan?
sikit2 ugut ngan cakap macam tu
mau cis jugak
cis..cis..amek kesempatan betol kalau ade laki yang mcam tu..
benci tau saye..!
sy ada buat contest.. jom join...
BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!
WHEN: 23RD & 24th january 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO, SHAH ALAM
HOW MUCH: RM500
**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.
LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 25th February 2010 @ 9PM
WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH
cis cis....
(kepada lelaki itu)
dah bagi betis nak peha!
Catat Ulasan