Jumaat, 28 Ogos 2009

bersyukurlah dengan apa yang ada

AMARAN! ini adalah kisah sedih dan anda harus memegang sehelai tisu atauu sapu tangan di tangan anda.. T_T


pada dua semester lepas, saya amat2 tergilakan saju jenis telefon bimbit, iaitu nokia Nseries, N82..
masa tu mmg teringin sgt2..sehinggakan promoter pun takut untuk dekat kerana terlampau excited melihat telefon bimbit tersebut dengan muka terlekap di kaca pameran dan hidung menjadi kepik..ok, itu hanyalah hiperbola sahaja..


kebetulan pada ketika itu, telefon bimbit yang saya beli ketika saya tingkatan 4, pada 4 tahun yg lepas, iaitu nokia 3200 telah rosak..menambahkan keinginan saya untuk membeli telefon bimbit idaman tersebut...


tapi, disebabkan niat murni dan suci saya ini dibantah oleh ibu bapa, dan saya ialah seorang anak yg sgt baik saya membatalkan niat saya..tp masalah telefon saya yang rosak harus diatasi, jadi saya telah membeli telefon bimbit 2nd hand dengan junior saya iaitu telefon sony ericson K800i..


telefon itu mmg telah menjadi buah hati saya..saya gunakan dengan begitu lasak tapi telefon tersebut masih setia di sisi saya..pelbagai kenangan manis yang kami lalui bersama..chewah! ;)


kemudian, pada semester ni, teman sekerja saya menawarkan telefon idaman saya iaitu N82 dengan harga rm700...dengan mudahnya saya melupakan buah hati saya dan bersungguh menyimpan duit utk membeli N82..


tapi akhirnya saya telah membeli N82 yg baru, bukan yg 2nd hand yg ditawarkan oleh kwn saya itu..sbbnya saya runsing kerosakan mudah berlaku..



dengan mudahnya saya melupakan kenangan manis bersama buah hati yg lama..dgn mudahnya saya melupakan ketidakbenaran abah..dengan mudahnya saya menutup hati saya dengan nasihat kawan2 kerana ingin mencari buah hati yang baru..


di awal kami bersama, segalanya indah..saya amat bahagia menggunakan kamera 5mp nya, saya amat senang menggunakan Garmin yang ada..dan suatu hari saya amat gembira menggunakan wireless KFC..


namun percintaan kami cuma sekerat jalan..semalam, N82 kesayangan saya telah membuat hal...ketika saya ambik video kawan saya nak xberhenti bercakap, tiba2 je keluar " please insert memory card".. terus pucat lesi saya ketika itu..nampaknya kekasih hati saya telah mengkhianati saya.. T_T


sehingga hari ni, memory card masih lagi xdpt dibaca...runsing sgt2..byk gambar2 yg saya perlukan untuk membuat report latihan industri saya ada di dalam memory card tersebut... T_T dah la saya ni buta teknologi..hehehe..cuma eksen je lebih.. :-p



moral of the story: sila hargai barangan lama yang anda ada..bersyukur dengan apa yg ada..kadang2, yang kita fikirkan itu terbaik utk kita, sebenarnya bukanlah betul2 baik..jangan tamak..tak kiralah dalam hal mencari pasangan ke, mencari telefon bimbit ke, mencari pekerjaan ke..kita haruslah bersyukur dan jangan terburu2 dlm membuat keputusan.. :-)



mykata2: saya sendiri pening baca apa yang saya tulis..

10 ulasan:

beliamuda berkata...

huhu.. boleh je nak baca memory card tu kat laptop or komputer.. asal ada readernya, cukuplah!

erk, HP tu dah lama saya idam.. bila la nak dapat.. skg dah nak sangkut kat 5300 XM lak..

-miLa- berkata...

wowww...brapo $$$ tikah?? gi la bekki..ok je tu..cuma dia berona kadang2..haha

she_mah berkata...

hp abg cmah pun same N82..
bila nak send lgu kt hp dia,xdpt. keluar "memory full" walaupun dh buang lagu lain..

-atiQah- berkata...

nifi: dah masukkan dlm laptop or komputer...mmg xboleh...dah mcm2 laptop try..laptop sendiri, laptop kak ipar, laptop abah pastu tambah dgn komputer rmh..mmg xboleh nak baca..hai, byk benda penting dlm tu.. T_T

saya pun sbb lama mengidam saya beli..hehe..tp mmg agak puas hati bila gunanya.. ;-)

mila: muroh jah loni mila..xmahal supo dulu..sbb tu buleh beli tuh..hehehe..waranty ado lagi, esok nok try g tanyo..

cmah: tulah cmah kan? kdg2 yg mahal dan bagus tu xsemestinya betul2 bagus.. :-)

mr.panda berkata...

terpaksa menukar idaman kalbu kepada.

Sony Ericsson Xperia X1
Samsung i8000

setelah mendengar kisah ini.

namun masih setia dgn nokia 6630 warisan zaman berzaman. =)

-miLa- berkata...

tikah2..blog ore x leh komen eh maso tikah bukak marin?

PROFkusut berkata...

k800i memang beh.. mcm kak purple punye HP skang.. mls nak tukar.. walaupun dah pernah jatuh dalam longkang yg berair deras.. tapi masih ok lagi semua function :) hebat!!
hikk

-atiQah- berkata...

hisyam: bagus2...harus setia dengan harta pusaka zaman berzaman..hehe..

kak pepel: betul kan kak pepel..k800i mmg lasak..ramai yg ckp sony sensitif, xboleh lasak...tp tqah rasa nokia lagi sensitif.. T_T

fiza_sensei berkata...

cian ko dik

-atiQah- berkata...

hehehehe...mmg kesian kan kak? :-p semlm pegi claim waranty, tp mmg pandai diorg putar belit, sampaikan xboleh nak claim.. T_T

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat