Khamis, 13 Ogos 2009

Di Atas Sajadah Cinta

haaaaiiiii...selamat bertemu di rancangan "SELAMAT MALAM MALAYSIA" bersama dengan hos anda tak lain dan tak bukan, Atiqah...

(ayat di atas membawa maksud saya tgh syok sendiri dan tengah tak betul..maafkanlah ye..)

anda semua telah maklum, bahawa saya sedang dijangkiti oleh virus jiwang sekarang ni, dan perkataan 'jiwang' tentulah dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang..

di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua, sebuah novel yang penuh dgn cinta dan kasih sayang..Di Atas Sajadah Cinta hasil nukilan Habiburrahman El Shirazy..



terdapat pelbagai cerpen di dalam novel tersebut, dan yang paling menyentuh hati saya ialah "DI ATAS SAJADAH CINTA" dan "KETIKA DERITA MENGABDIKAN CINTA"

Di dalam novel ini, selain menekankan betapa dalamnya Cinta kepada Yang Maha Esa, juga betapa sucinya cinta antara manusia..


Di Atas Sajadah Cinta:

menceritakan ttg seorang pemuda, yang digelar ahli zuhud telah jatuh cinta pada pandangan pertama, dan aura tersebut selalu terlintas dalam solat, dalam bacaan Al-Quran, dan apa sahaja dia lakukan..kemudian pemuda tersebut pergi utk meminang gadis yang dicintainya, tetapi gadis tersebut telah dipinang oleh orang lain. Hati pemuda tersebut begitu remuk, pedih dan jantungnya seperti pecah. akhirnya dia pengsan. Suatu hari, gadis yang pemuda cintai tidak dapat menanggung rindu dan dia telah menghantar surat kepada pemuda tersebut. Gadis tersebut mengajak pemuda itu datang kebiliknya atau dia akan ke tempat pemuda tersebut. Namum pemuda tersebut menolaknya, dan dia kirimkan serbannya kepada si gadis sebagai mengubat rindu. Kemudian, si gadis telah sedar dan meninggalkan gaya hidupnya seblm ini. Mereka berdua sentiasa bermunajat dan mengabdikan diri kepada Allah. Akhirnya suatu hari pinangan gadis tersebut dibatalkan dan mereka boleh bersama.

pengajaran yang saya dapati dlm cerpen ini:

begitu dalamnya perasaan cinta, sehinggakan seorang yg sentiasa kusyuk terhadap ibadahnya kepada Allah, namun tetap terpesong sedikit akibat penangan cinta. Namun, jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, dengan cinta Allah, dengan kasih sayang Allah, segalanya akan terjadi..kita akan mendapat cinta yang amat hebat.. :-) DIA akan memberikan segalanya yang kita mahukan jika kita betul2 yakin dengan DIA.. :-)



Ketika Derita Mengabdikan Cinta:

mengisahkan tentang cinta antara pasangan kekasih, betapa dalamnya cinta di dalam diri masing2..namun, cinta mereka dihalang oleh keluarga mereka. bapa lelaki menghalang kerana taraf bapa perempuan tidak setinggi mereka. bapa perempuan menghalang kerana dia tidak sanggup dihina oleh bapa lelaki yang tinggi tarafnya. akhirnya selepas puas memujuk, mereka lari dari rumah dan membina hidup sendiri. mereka berkahwin bersaksikan kawan mereka. kehidupan mereka amat derita. ketika lari dari rumah, mereka cuma mempunyai 2 pound. ketika itu mereka cuma mampu berpelukan di tepi jalan. namum mereka berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. mereka sanggup mengikat perut dan cuma minum air masak untuk menyambung pelajaran mereka. akhirnya mereka mendapat PHD dan kehidupan mereka semakin tenang. si isteri tidak pernah mengeluh dengan kesengsaraan yang mereka hadapi. si isteri sentiasa tenangkan si suami, dan si isteri tidak pernah menangis kerana sedih dengan derita yang menimpa mereka, tetapi si isteri menangis kerana suami yang perlu bersusah payah dan keluar dari kehidupan yang amat mewah dari sebelum ini. Akhirnya dengan usaha mereka. akhirnya mereka dihormati oleh masyarakat dan berjaya.. :-)

pengajaran yang saya dapati:

betapa agungnya sebuah cinta..cinta yang ikhlas, cinta yang sejati dapat memberi kekuatan yang amat hebat.. ;-)


jadi, kepada sesiapa yang belum membaca novel ini, saya syorkan anda untuk membacanya. bahasanya amat indah, dan bukan terlalu bersastera..tp dapat menusuk ke kalbu..hehe..


mykata2: maaf kalau bosan dgn entri ini..saya seorg yg tidak pandai menulis, tidak pandai utk memberi sinopsis dan tidak pandai utk menyampaikan...tp tetap ingin berkongsi perkara yang saya minat..hehe..nanti akan ada rancangan "selamat malam malaysia" versi jiwang bersama pengacara atiqah pada waktu lain dengan masih lg isu cinta..tataaaa... ;-)

5 ulasan:

nifi a.k.a beliamuda berkata...

tak berkesempatan lagi nak baca buku neh...

yoro okino berkata...

huhuh..
jiwang..den suke comik conan jer
huuhu

-atiQah- berkata...

nifi: kalau berkesempatan bacalah...ketika cinta bertasbih dah baca kan? :-)

yoro: hehe..saya pun suka komik conan..dah berthn2 buat koleksi..bkn conan je, shin chan pun..komik2 lain pun.. :-p

mr.panda berkata...

lagi best dari ayat2 cinta?..
salam ramadhan almubarak buat tqah n family n en alien =D

-atiQah- berkata...

hehehe..terima kasih hisyam...
emm, novel ni ado cerpen2 pendek..xsrupo ayat2 cinta...tp ketika cinta bertasbih mmg lagi best dari ayat2 cinta..hehe.. :-)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat