I have one more semester to finish my degree. harap-harap memang tinggal satu semester lagi, tak akan lebih. hehe. bila dah nak habis belajar, memang akan fikir tentang masa depan. habis belajar nanti nak buat apa ye? nak keje kat mana ye? itulah yang semua students akan fikirkan bila tinggal satu semester untuk habis belajar. sambung belajar? err..belum lagi kot.. :P
saya tengah fikir, mana
yang terbaik. makan gaji atau bekerja sendiri iaitu berniaga. kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan. kalau bekerja sendiri, saya berminat untuk berusaha berniaga desserts seperti yang saya lakukan sekarang. kalau makan gaji, saya berminat untuk apply kerja di hospital-hospital samaada kerajaan atau swasta.
Kebaikan Kerja Sendiri.
- dapat adjust masa bekerja sendiri.
- tak perlu fikir untuk mengikut peraturan yang ditetapkan
- tak perlu stress dengan orang atasan dan peers
- dapat tentukan rezeki sendiri. semakin kuat berusaha, semakin tinggi rezeki yang akan dapat. InsyaAllah.
Keburukan Kerja Sendiri:
- Risiko yang sangat tinggi. kalau Allah tak mengizinkan, walaupun kuat berusaha tetapi tetap tak mendapat pulangan.
- Takde pendapatan tetap.
Kebaikan makan gaji:
- Pendapatan tetap-takde risiko takde duit untuk setiap bulan. tapi perlu bijak menggunakannya.
- ada pencen atau KWSP, simpanan hari tua
- kalau kerja kerajaan, banyak kelebihan lain seperti pinjaman rumah dan sebagainya.
Keburukan kerja makan gaji:
- kadang-kadang majikan tidak menghormati kita sebagai pekerja. bila diperlukan, dicari..bila tak nak, dibuang begitu sahaja - baru saja terjadi dalam salah seorang keluarga saya baru-baru ini.
For me, saya memang bercita-cita untuk menjadi peniaga. tapi, sekarang lepas berniaga kecil-kecilan selama setahun, saya mula berfikir..adakah saya sesuai menjadi peniaga. memang seronok meniaga, buat kerja walaupun banyak tapi tak penat kerana minat. Tapi, pendapatan yang tak tetap membuat saya berfikir, bila berkeluarga nanti macam mana? saya juga takde kebolehan menarik pelanggan. T_T
p/s: boleh tolong saya senaraikan kebaikan dan keburukan kerja sendiri vs makan gaji?
oh ya, minta tolong semua..klik di sini ya? :)
2 ulasan:
kije sendiri smbil mkn gaji!!!ho3...
try je berjinak2 dengan bisnes..since tiqah memang minat...
tak ramai orang yang ada peluang mcm tiqah ni...sbb tqah ada pelanggan dh hk biasa deal dgn tiqah..so mai rasa peluang tu mmg cerah utk tqah success dlm bisnes.
Good luck ok!
Catat Ulasan