Ahad, 17 Julai 2011

Masak-masak: Resepi Kek Red Velvet


Salam semua. korang pernah tak rasa kek red velvet? keknya lembut dan gebu, dan ada sedikit rasa unik adunan mentega dan coklat. :) seriously, SANGAT SEDAP..hehehe..cara nak membuatnya, senang sahaja..cuma bahan-bahan untuk membuat tu yang mahal sikit.




Resepi kek red velvet:

Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah (tapi saya gunakan 2 sahaja, takut nak guna banyak-banyak)


Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko


Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C



Cara-cara:

1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 180C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.




Resepi Topping Kek Red Velvet


Bahan-bahan:

300 ml non diary whipping cream
250 gram Philepdalphia Cream Cheese
250 gram Mascarpone (jika tiada, abaikan)
50 gram Mentega
1 cawan gula aising (saya kurangkan kepada 1/2 cawan)


Cara-cara:
1. Putar whipping cream sehingga 'soft peak' (kental). maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese, mascarpone cheese, mentega dan gula sehingga kembang.

3. Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. sedia untuk disapu di atas kek.






Itulah cara untuk membuat kek red velvet. kek ni sangat istimewa bila dimakan dengan cream cheese topping, jika menggunakan topping lain pun sedap..tapi kurang keistimewaannya.

Untuk bancuhan kek di atas, tqah bahagikan kepada dua acuan. jadi ada 2 biji kek. 2 biji kek dikerat dua, jadi sebiji kek tqah terdapat 4 lapisan.

jika topping lembik dan susah untuk disapu di atas kek, anda boleh simpan topping tersebut di dalam peti seketika. :)




oh ya, bagi yang tak tau..inilah rupa mascarpone cheese


ni yang import. jenama Malaysia pun ada. yang ni harganya rm26 kat tesco, kalau tak silap. kalau jenama Malaysia tu, rm14..


selalunya orang guna Mascarpone cheese ni untuk Tiramisu. saya pernah guna cheese ni ketika diploma dulu, buat topping carrot cake. tapi time tu tak tau sangat lagi tentang keistimewaan Mascarpone Cheese ni, sebab kurang membaca. patutlah lecturer saya excited semacam dengan Mascarpone ni..mahal bebenor rupanya. sekarang bila dah banyak membaca, banyak search2 tentang resepi dan pengalaman-pengalaman orang, barulah saya tau. patutlah orang tua-tua galakkan kita membaca. *tiba-tiba*



harap korang dapat manfaat dari resepi sharing ni. nanti kalau ada sape2 yang buat, jangan lupa kongsi dengan saya. hehe. oh ya..kalau nak resepi-resepi saya yang lain, klik sini.. kalau tak nak buat sendiri, boleh tempah dengan saya..cuma RM75 dengan saiz 9 inci. masuk sini www.homemadechoc.com.. :)


juga kepada semua kengkawan blog saya, minta tolong jasa baik anda semua untuk klik sini..terima kasih..

new tips:
saya gunakan pewarna merah serbuk. letak sikit pun dah ok (dalam 1/4 sudu teh), berbanding letak pewarna cecair. kalau terbanyak letak nanti pahit. pewarna serbuk tak pahit kalau terlebih banyak. 

4 ulasan:

i n t a n nur n a b i l a h berkata...

salam. kalau saya guna cream cheese sje bole? maknenye gantikan mascarpone cheese tu kpd cream cheese je. so 500g cream cheese?

laily.eliani@yahoo.com berkata...

sy dh try buat,,,tp kan knapa dia x naik dengan elok..mula2 dia naik..ptu dia trun blik..sebab apa yer?

Tanpa Nama berkata...

bes...nak try

Norma NML berkata...

sedapnya :)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat