Selasa, 26 Julai 2011

Blog masak-masak kegemaran

korang minat tak tengok blog masak-masak? saya minaatttt sangat. sambil tengok sambil tanam impian nak pandai memasak macam diorang. seni diorang sangat tinggi. gambar-gambar yang diambil cantik, masakan yang pertama kali dibuat dan cuba terus menjadi. kalau saya, haruslah empatpuluhlima kali mencuba baru menjadi. ohhh..tiba-tiba sedih dengan diri sendiri. :'(


dah, stop merepek. jom kita tengok blog masak-masak kegemaran saya sejak mengenali blog sehingga sekarang.


Kak Hana ni dulunya stay kat Jepun, ikut suaminya sambung belajar kat sana. tapi sekarang dah balik Malaysia, blog pun jarang update sebab dah kerja. walaupun jarang update, saya tetap masuk blog kak Hana hari-hari. hehe. sebabnya, suka tengok resepi-resepi masakan Jepun. :)

hasil tangan kak hana.





Mat Gebu ni sangat popular dalam dunia blog masak-masak ni. tengok gambar pun dah nampak sangat menyelerakan. kalaulah saya yang stay dengan dia, maunya berat badan 2x ganda yang dah sedia ada berat ni. memang sukaa sangat masuk blog mat untuk rujuk apa-apa. :) suka bila baca DTS menderhaka terhadap sesuatu bahan tu..hehehe..


hasil tangan DTS






Kak sue ni saya jumpa blognya ketika mula-mula berblog lagi. jadi follow sampai sekarang. kak hasue banyak buat tutorial, contohnya tutorial nak lorek-lorek atas tart. sampai sekarang saya guna resepi tart yang diambil dalam blog kak hasue.

hasil tangan kak hasue.



Blog kak ita sangattt menarik. gambar-gambar sangat cantik. saya rasa orang yang tak suka masak pun akan teringin nak masak bila tengok gambar-gambar dalam blog kak ita, terutama gambar-gambar puding. suka tengok step by step yang kak ita ajarkan. gambar-gambar yang kak ita ambil pun sangatlah cantik. dalam blog kak ita, banyak resepi puding.

hasil tangan kak Ita




hebat dan menarikkan hasil tangan diorang? :) doakan saya mampu untuk memasak seperti diorang satu hari nanti..hehehe..



3 ulasan:

Mat Gebu berkata...

salam atiqah..terima kasih dari DTS...

HaSue berkata...

salam atiqah..terasa kerdil diri ini. Tak sangka atiqah masih follow blog akak dlm diam..sgt menghargai entri ini,insyaallah akan pertingkatkan lg diri akak dalam blogging n masakan..
terima kasih yer :)

misznina berkata...

salam atiqah. saya pun suka masak2. the latest baru masak macaroni cheese. well, student susah nak masak selalu. huhhu

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat