Sabtu, 30 Julai 2011

Raja dah mati, saya rasa kehilangan :'(

Saya ada seekor kucing yang diberikan nama Raja. nenek yang bagi nama Raja, sempena nama hero drama Indon, Putri yang terbuang. Raja wujud dalam keluarga kami pada tahun 2008.. ketika saya semester 3 diploma, Mr. Alien yang berikan kepada saya.


dah anggap mcm keluarga sendiri. dalam entri My Family pun siap masukkan nama Raja. hehe.



Saya sangat sayangkan Raja. sangat-sangat sayang. perangai Raja berbeza dari kucing-kucing lain yang saya ada. perangai Raja ni pelik sikit, dan menghiburkan.


Raja yang gemuk ketika kecil. belum matang dan dewasa. :P


Masa kecik-kecik, Raja sangat aktif. sangat menikus, bagilah apa-apa kertas yang dibuat bola, Raja mesti main. hehe. Raja suka cari lipas. bila dapat lipas dan bawak guna mulut, nampak puas hati sangat. Raja selalu bwk lipas yang ditangkap dan tunjuk kat umi. satu hari tu, Raja letak lipas tu atas lantai, nak tunjuk kat umi, tapi lipas tu tak mati lagi. lipas tu cepat-cepat lari masuk dalam baju umi. panik sekejap Raja terus terkam baju umi. haha.


gaya berehat paling digemari Raja.



Masa kecik-kecik, Raja jarang keluar rumah. dia banyak tinggal dalam rumah. umi sekarang kat rumah cuma stay dengan abah. malam-malam bila abah ada hal, Raja lah yg teman umi. kadang-kadang tidur pun di celah ketiak umi. Raja selalu tunggu umi solat dan mengaji, terutama waktu Zohor dan Asar. Raja suka tidur time umi mengaji.


suka duduk macam ni sambil dengar umi mengaji.


Awal-awal pembesaran. Raja jadi kucing yang gemuk dan tak agresif. kalau ada kucing jantan lain datang kacau, ia mesti terberak. hehe. berterabur tahi-tahi ia merata-rata luar rumah. penat nak bersihkan. :P Raja senang je bwk berjalan ke mana-mana. dulu selalu bawa ke kuaters sains machang, ketika abah kat sekolah tu. saya ingat lagi, satu petang tu nampak Raja mengantuk sangat. tapi saya angkat bawak naik kereta, nak pergi ke sekolah abah. dalam perjalanan dia tidur je atas riba saya. baik betul. :)

Raja suka sangat menyibuk atas katil orang.. :P


termenung pun kegemaran Raja jugak.



Raja memang suka tidur. gaya-gaya tidur Raja sangat pelik. hehe. sejak kecil, Raja memang suka tidur. selalu je tidur. saya sukaa sangat tengok Raja tidur. kalau saya tenung Raja time ia tidur, kadang2 Raja bukak mata dan berbunyi macam marahkan saya, pastu sambung tido balik. hahaha..




gaya tidur yang berbeza


Tapi dah besar sikit, Raja mula merayau-rayau. jadi kurus, tapi bulu still lebat. Raja dah tak lekat kat rumah, banyak keluar cari kucing betina. hehe. semakin besar, Raja jadi semakin garang. meme betul-betul Raja lah. kalau kucing lain datang dekat ia, ia cakap je kucing tu. hehe. Gedebe betul. kalau ia buat kacau, macam kencing merata-rata, umi marah dia. tapi lepas kena marah, nampak stress betul Raja. kalau ada sape-sape lalu depan dia, atau kucing lain lalu..mesti akan dilampiaskan rasa tak puas hati kena marah kat umi. mesti dia akan cakar punya. saya dah berapa kali kena. -_-"


Raja dah kurus sikit kan.


Bila semakin besar, demand semakin lebih. Bila makan kena ada bekas khas. Raja suka sangat makan coklat dan aiskrim. Raja tak akan keluar rumah selagi tak kenyang. kadang-kadang sampai malas nak layan. Raja kalau lapar memang tak pernah berbunyi, tapi tindak tanduk ia mmg jelas tgh lapar. hehe. Kalau orang lain tengah tidur, Raja akan kejutkan dengan cara naik atas kita, macam bagi arahan suruh bagi makanan kat ia.


suka kejutkan orang suruh orang bagi makan. Raja betul!


Raja ada tempat makan tersendiri, di belakang pintu. tapi kalau ia asyik duduk atas kabinet atau meja dapur, maknanya ia nak coklat atau aiskrim lah tu. hehe. umi kalau pergi Tesco, akan cari aiskrim coklat paling murah, beli 2,3 bekas untuk Raja. stok sebulan atau lebih.


coklat buatan saya selalu jadi mangsa.



kalau aiskrim coklat takde, apa2pun boleh..



Kalau Raja nak minum air, ia pandai cari sendiri. masuk dalam bilik air, tengok air dalam baldi. kalau air sikit, Raja akan mengiaw. terpaksalah kami semua pasang air bagi air dalam baldi penuh. sebelum minum Raja suka rendamkan tangan dalam baldi tu dulu. suka main-main dengan gayung.

Raja tengah bersedia nak minum air.



Sekarang, semua cerita-cerita di atas tinggal kenangan. Raja dah mati. pagi tadi, saya keluar jalan-jalan. balik jalan-jalan tu, saya bukak pagar nampak Raja ternganga. pergi dekat, langsung tak bergerak. lidah pun dah terjelir keluar. Raja dah mati. :'( terus abah ambik dan tanam Raja belakang rumah. dah tak boleh nak bagi Raja makan, dah tak boleh nak tengok Raja tido. dah tak boleh nak usap-usap Raja.


Sebelum Raja mati ni, ia sakit. Raja hilang selama 3 minggu. bila Raja balik, Raja jadi kurus sangat. bulu pun dah takde. macam bukan Raja yang dulu. cuma gaya tidur yang sama. masih suka makan coklat. tapi sejak dua menjak ni, dah tak suka coklat. Raja jarang makan. jadi saya belikan makanan kucing dalam tin. masih tinggal satu lagi belum saya sempat berikan kat Raja. semalam saya dah terfikir nak bagi, tapi tak jadi sebab ingat nak bagi keesokkannya. :'(

Raja sebelum mati. sangat kurus. dah mandikan. dah bagi vitamin. tapi tetap macam ni. :'(



Raja, I will miss you. terbayang-bayang Raja ada depan mata. ingin nak peluk dan usap raja. walaupun seekor kucing, dah macam keluarga sendiri. :'(





sambil menulis entri ni, sambil saya menangis tak henti-henti. dua tiga hari ni asyik menangis mendapat berita yang sedih. semoga esok lusa kegembiraan yang datang.



oh ya, minta tolong klik sini ya? topup Hotlink yang sangat mudah. terima kasih..

10 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

kurusnye raja...kesian raja..x bwk pg jmpe doktor ke tqah?

Wan 'Ain berkata...

tiqahhhh! kurus sgt kucing niiii.
tabah tiqah deh huhu ;((

mira berkata...

wuuu sedihnyo bco.. bezo gilo raja dulu n raja loni..

-atiQah- berkata...

teha: tak sempat teha.. :-( hri tu time teha dtg dia dh kurus mcm ni kan?

-atiQah- berkata...

ain: sedihlah ain..huhu.. :'( sejok semlm sapa pg ni duk tringat jah ke dio. :'(

-atiQah- berkata...

mira: tulah..bezo sgt..masa mira mri hri tu dio takdok..sian ke dio, sakit..xtau dio keno gapo maso hilang 3 minggu tu. :-(

she_mah berkata...

sedihnya tengok gambar raja yang last tu. hilang 3 minggu pun dia masih boleh balik lagi. sabarlah tqah, bersyukur sebab tqah tau raja mati depan tqah. kalau raja tak balik2 terus kan makin risau. cmah selalu macam tu, daripaba kucing hilang terus lebih baik kita betul2 tau dia pergi untuk selamanya. sabar ek.. sedih :'(

mySara berkata...

wahhh, kesian ye Raja. Memang nampak beze sblm nk mati. kurus sangat. Sabar ye awak. (:

Tanpa Nama berkata...

tiqah..kak lini sedih baca cerita raja tu. tumpang nak nangis juga..klini memang sensitif dengar cerita sedih2..semoga raja bahagia disana..

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya Mar baca. Sob sob.

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat