okay mcm ni kisahnya..tqah teringin nak beli tart, pastu pos kat mr alien. sebab dia tak dapat balik raya haji, pastu tqah pulak lepas raya haji terus nak ke UK, tempat abang, jadi memang tak sempat nak jumpa..
walaupun tqah pernah wat sendiri tart tu, tapi tak sempat nak buat n pos kat dia, jadi tqah fikir baik beli je, boleh dia makan dengan kawan2..pastu 3 malam yang lepas, tqah jumpa blog sorang ni, tqah pun sms dia, tanya boleh pos ke tak..dia cakap tak boleh, pastu dia bagi no phone N HAYAT SWEET.
tqah pun sms la. 2 malam yang lepas. tqah cakap nak tart telur 20pcs, tart cheese 20pcs, tart coklat 20pcs, dia cakap tak boleh minimum order 50pcs. jadi tqah pun cuba tanya lagi, kalau ambik semua 30pcs boleh? jadi total up 90 pcs. dia cakap boleh...kiranya tqah dah order..
pastu esoknya, tqah cakap tak nak yg choc, nak tart telur dgn cheese je. dia cakap boleh. pastu dia kata dia pergi JB 13hb, jadi dia nak bagi time tu.
tqah pon balas, tqah cakap nak bg kat kawan ni, kawan tak tau boleh keluar senang2 ke tak. sbb kolej dia mmg susah sikit. jadi tqah nak tanya kawan dulu, kalau boleh tqah bgtau akak. kalau tak boleh, akak pos ye..tapi kalau boleh bagi by hand, tqah nak tambah 10pcs tart buah boleh?
tau tak apa akak tu balas?
Maaflah ya..saya banyak kerja n perlu org yg serius utk order. kalau u tngok blog n hayat, saya tak buat bisnes pondok2, main2..
Ya Allah, time tqah baca msg ni, tqah rasa gerammmm sangat2! mcm nak maki je. haha. tapi still behave sbb mmg xpernah nak maki org. hehehe..
geram yang sangat! betul2 marah. kenapa dengan akak tu? org tanya elok2, dia jawab macam tu. taulah bisnes dia dah besar. tak nak ambik yang kecik2. kalau tak boleh buat, cakap elok2. ni layan orang mcm orang bodoh. padahal customer dia.
pastu tqah balas mcm ni:
kak, kenapa nak main2? mksd saya, boleh tak tambah 10pcs lagi? kalau tak boleh cakap elok2. yg 60pcs tu saya dah comfirm. sy xtau blog akak, sb ni org lain rekemenkan. saya pun ada jual coklat, sbg service provider kena dgr apa yg pelanggan nak. diorg byr. takkan la sy nak trus byr duit tnpa tau akak boleh buat ke tak. sbb tu saya tanya. saya tanya elok2. tapi kalau akak fikir customer tu menyusahkan dan main2, jgn meniaga kak. terima kasih. sy akan order dgn org lain.
pastu akak tu jawab,
Alhamdulillah.
hahahaha..time ni tqah gelak. serius. akak ni cerdik ke tak? org tak nak order dia syukur. syukur sbb saya tak order. maksudnya syukur org tak nak bagi rezeki. motif akak ni?
tqah jawab lagi, still tak puas hati:
sbb akak dah byk bisnes, akak sombong, org tanya elok2 akak cakap mcm tu. kalau xblh buat, ckp trus xblh buat. atau bgtau elok2 sruh tgk blog. kesian org yang rekemenkan akak, ingatkan akak hebat, rupanya org nak bg rezeki wlaupun sikit dikata. xsemestinya selalu di atas. ingat tu. assalamualaikum.
pastu akak tu balas lagi:
Alhamdulillah..smoga Allah terus2 bsama saya..sesungguhnya ALLAH Maha Mgtahui..tq2
akak ni paham ke tak maksud Alhamdulillah kak. akak bersyukur kepada Allah, sbb orang marahkan akak. akak gembira bila org tak nak bagi rezeki. saya tak tau akak jual mcm mana, sbb tu saya tanya. kalau saya tau, takdelah saya nak tanya. saya ni bukannya bodoh sangat kak. mak abah saya habiskan duit banyak nak suruh saya belajar sbb tak nak jadi bodoh kak..
serius tqah geram sgt. akak ni yg sendiri tabur pasir ke periuk nasinya. kenapa tak boleh jawab elok? sbb bisnes dah maju? sbb hari2 org tempah byk. bukan sikit2 mcm saya. hari2 org datang nak berguru. sbb tu akak tension sangat ye kak? tension sebab banyak kerja. akak, org meniaga ni bergantung kepada pelanggan. mak saya selalu cakap mcm tu. sbb org yang bg duit. semua lecturer2 saya pun selalu pesan mcm tu. customer yg bagi duit. bukannya duit tu tiba2 datang.
nama blog akak yang JUAL SECARA SERIUS DAN TAK MAIN2 PONDOK2 NI, N HAYAT SWEET. jadi kalau sape2 nak order dgn dia, tgk elok2 blog dia. kalau tak nanti kita ni dilayan mcm org bodoh. grr geram!!
p/s: tqah pun pernah buat customer marah. selama tqah jinak2 berniaga ni, ada sorang customer yg btul2 marahkan tqah. sbbnya, coklat tak sampai. tapi tu bukan tanggungjawab saya, saya dah bgi no track. selepas saya pos, org skynet akan call kalau tak jumpa rumah. maafkan saya awak ye.. :)
1 ulasan:
pergh!gle sombong nie..xpe la tqah.xyah la order cmtue.lain kali bg je link die.biar pdn muke die!kot ye pun dah fames kan.sampai rezeki yg kecik nie pun die leh pndg sbelah mata kan.die lupe kot die pun mule dr bwh tue.wallahualam.kalu allah nak tarik rezeki die tue.ble2 je tqah.sbr la ye
Catat Ulasan