kat UK ni, ada kedai charity. sape2 yang nak sedekahkan barang, dialu-alukan. kemudian brg2 tersebut dijual. duit daripada jualan tersebut didermakan. saya sempat ke dua kedai charity semalam. satu yang orang Islam punya, satu untuk animal rescue. tapi dua2 kedai takde baju sejuk yang saya nak. :-( abah pulak yang beli baju sejuk. hehe. pastu kat kedai charity untuk animal rescue, abah beli 2 helai mafela dengan harga 1pound je.. :D
pastu abang ajak berjalan sikit, ke taman..depan sikit dari kedai charity tu..nama tamannya, Spinney Hill..
pastu, abg tqah ajak g satu kawasan ni. nak ambil drawer. kat UK ni, ada satu laman web yang iklankan kalau ada sape2 yang nak dermakan barang2 dia. cthnya dia dah tak nak guna, dan tak nak jual..jadi dia bagi je kat sape2 yang dia nak..mcm drawer yg abg g ambik ni, pemiliknya dah nak pindah, jadi dia tak nak bwk n nak bagi je kat sape2..abang g ambik untuk simpan brg2 kat rumah ni..yelah, duduk 2,3 thn je lagi..rugi je beli kan..hehe..kalaulah kat Malaysia ada mcm ni, dah lama saya cari brg2 terpakai untuk letak kat rumah sewa di Dungun tu..
oklah, kat sini sahaja laporan hari ke3...laporan hr ke4 akan menyusul. kemana saya? ke Birmingham. :) tata!
2 ulasan:
BESTNYE...^____^
xsempat nk baca lagi.. malam kang suya baca lain k.. hehehe nk g tgk rapunzel :)
Catat Ulasan