Jumaat, 26 November 2010

2nd day in UK: ASDA supermarket.

kenapa terus ke 2nd day? sbb first day takde gambar. tqah lupa bwk card reader, xdpt nak masukkan gambar..jadi hari kedua ni terus guna kamera lain..memory card camera yg kedua ni boleh terus cocok ke laptop..jadi, utk cerita hari pertama tu tqah cerita di lain hari ye..

hari kedua ni tqah tak buat apa2 siang harinya. tgk2 izz rayyan je. kesian rayyan, dia sakit..kulit muka dia merah menyala, menggelupas..tak tau kenapa jadi mcm tu. doktor2 kat sini pulak tak pro bab2 kulit ni. dah byk kali bwk g klinik, tapi semakin teruk.. :-( umi pun selalu masuk bilik menangis senyap2, kesian kat izz..kak min pulak (kakak ipar) mesti penat sgt. nak jaga Rayyan lagi, nak study lagi.. :-( tapi takpe, tqah yakin masa depan nanti InsyaAllah senang. Allah akan balas semua kesusahan kan? dia akan berikan yang terbaik. susah2 pada awalnya, akan senang kemudian. InsyaAllah.

malamnya, tqah ke ASDA supermarket. sama macam Tesco kat Malaysia. ada jenama sendiri, dan biasanya jenama sendiri tu lagi murah dari jenama2 lain.nak ambil gambar kat luar ASDA, tapi tak sempat sbb suhu sejuk sangat. rasa mcm nak beku kalau duk kat luar lama2..

sama mcm tesco kan?


barang2 kat ASDA ni murah sgt. byk yang bawah 1pound. bayangkan, Mozarella cheese cuma 48cent? dengan 1pound dah dapat mcm2. kalau kita sebagai penduduk sini, menetap di sini, bekerja di sini, barang2 kat sini memang sangat murah. sebab kita dari Malaysia, sbb tu rasa brg2 ni mahal, sbb 1pound=rm5.20..



suka sangat tengok perhiasan untuk krismas ni..warna warni dan berkilau2..hehe..


yang ni memang excited tengok. mcm2 jenis kentang. murah-murah pulak tu.. kalaulah saya ni pandai masak, mcm2 masakan dah saya buat dengan kentang ni. tapi apakan daya, ilmu saya sangat terbatas.. :-(



mcm2 jenis ikan..hehe..suka tngok warna2 ikan tu sebenarnya. kalau Tesco di Malaysia, pilihan ikan lagi byk daripada ni..



kat sini diorang memang packing dalam bungkusan besar mcm ni. bukan stakat besar, tapi murah. tak silap saya satu bungkusan besar ni tak sampai satu pound pun..



takde keje ambik gambar kat pringles. motif utama, sbb kat Malaysia takde packaging mcm tu..hehehe..



ada satu benda yang buat saya betul2 excited time round2 kat ASDA ni..cuba teka?













inilah dia...tadaaa..


comellll sangat. nanti birthday saya nak suruh umi belikan boleh? hehe



mcm2 jenis kek..semua comel2..hehe..


oklah, kat sini dulu..esok saya akan sambung cerita untuk hari ke3..bye!




p/s: kesian saya takde dalam gambar. jadi tukang ambil gambar je.. :(


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

4 ulasan:

ayu jazari berkata...

tqah g xaj0k :(

r3d lollip0p ♥ berkata...

nice blog sis :). salam ukhwah

aiDieNa berkata...

Memang murah.. Tiqah beli aper jer kat sana?

εїз Cik Fasya εїз berkata...

nk tgk gmbr izz..bstnye diaaaa...

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat