Sabtu, 6 November 2010

I Love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza


saya seorang yang sangat sukakan keju. bila cari makanan mesti nak keju. hanya cheese, cheese dan cheese. nugget keju. sausage keju. burger keju. twisties keju. tart keju. kek keju. buat spagetti letak keju Parmesan banyak-banyak. buat telur dadar masukkan keju Cheddar dalamnya. pergi kedai roti pun mesti nak yang ada keju. kalau pergi Pizza Hut, mesti ambil crust yang ada keju. setiap kali keluaran pizza yang terbaru ada cheese, mesti pergi cuba. celup cheese. roti penuh dengan 3 jenis cheese dan macam-macam lagilah..semakin banyak keju semakin saya sukaaa...kesimpulannya, saya seorang fanatik keju. :)



********************************


minggu lepas, saya pulang ke kampung untuk tengok-tengokkan nenek saya. dia kurang sehat. mak saya cakap dah lama kempunan nak makan pizza. saya pun apa lagi, terus ajak mak ke Pizza Hut..



sampai kat Pizza Hut, nampak ni:


HOMAIGOD!!! OMG!!! kejuuuu..kejuuuu...kejuuuuuu....terus rasa macam nak terkam makan kat situ..Extreme Cheese 6 Pizza? ada keju Mozarella, Cheddar, Romano, Parmessan, Monterey Jack, Provolone. Wow! hebat..terus tempah yang ni..tak pandang yang lain dahhh...



balik rumah terus hidang. tak sabar. serius tak sabar. mesti sangat menyelerakan.



bilalah mak, abah dan nenek nak datang ni. dah tak sabar nak bukak. hehe.



okay, semua dah bersedia nak makan. semua tak sabar.
-
-
-
-



TARAA!!! Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza with Hawaian Topping.




waahhhh..terkedu sekejap. macam tengok harta yang banyak dalam kotak harta karun. menyelerekan! sangat menyelerakan. keju yang banyak dan tebal dengan warna kuning keemasan, sehinggakan tak nampak isi yang ada sebab dilitupi dengan 6 jenis keju.




dekat sikit. dekat sikit. keliur tak?




masa untuk makan! :D




baunya saja dah buat saya tak tahan. bau apa? mestilah bau cheese yang wangiiiiii..




oittt..apa tengok-tengok? tak nak kongsi...



emmm..YUMMY! sangat sedap. rasa cheesenya padat. tak muak. bau yang menyelerakan. dengan topping Hawaian Cheese, memangggg sedap! peminat keju dan bukan peminat keju mesti suka..sebab sangat sedap...peminat keju mcm saya, bila makan rasa macam di syurga. HEAVEN! mana nak cari pizza dengan 6 jenis cheese di Malaysia ni kecuali kat Pizza Hut? takde kan..



semua orang kalau tengok Pizza ni mesti keliur. tak caye?



abah saya yang konon-kononnya dah nak tido. tapi bila saya bukak kotak cheese, terus dia menyibuk jugak. "Bau apa yang sedap sangat tu"? tak menyempat nak, terus ambik Pizza dan ngappp sambil tido. haha abah.



lepas ngapp senang hati...



umi, taulah Pizza tu sedap sangat, tapi janganlah excited sampai mcm tu..hehe..sedap kan umi? sedap kannn...lain kali boleh belanja lagi..hehehe..



sedapnyaaa!



nenek saya. tak berapa sihat. tapi bila bau Pizza, terus mintak nak jugak. makan sambil baring dan boleh habiskan satu slice Pizza.




SAPE YANG BOLEH TAHAN DENGAN PIZZA YANG BERWARNA KUNING KEEMASAN, DENGAN KEJU YANG MAMPAT DAN MENARIK PERHATIAN, BERSAMA BAU YANG SUNGGUH WANGIIII HAAA??




mestilah takde kannn?? hehehehehe..



okay, let's count the Pizza:



7~~



6~~



4~~



3~~



2~~



1~~




finish!



sehingga menjilat jari..hehehe..




kawan-kawan seperjuangan, yang selalu makan Pizza bersama-sama, nanti kita sama-sama makan Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza pulak ye..sangat sedap, enak dan menyelerakan dengan 6 jenis keju Mozarella, Cheddar, Romano, Parmessan, Monterey Jack, Provolone.








OH, I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeese!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

1 ulasan:

intanurulfateha berkata...

ni yg lapo neh
zzzzzzzz

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat