Rabu, 14 September 2011

Miles of Smiles | hari-hari mesti baca!

Assalamualaikum semua..

korang pernah tak baca blog mama zharfan: Miles of smile? saya hari-hari baca! :)



Siapakah pemilik blog Miles of Smiles?

nama pemilik blog tersebut, kak Suzi. sekarang saya sangat obses pada blog kak suzi. kak suzi ni pensyarah di UIA. seorang isteri yang mempunyai 2 orang anak. pernah belajar di Nottingham, UK. tiap-tiap hari mesti saya bukak blog kak suzi. kalau dah habis baca entri terbaru, saya akan baca entri lama kak suzi. saya kenal blog Miles of Smiles ni bila kak suzi pernah join giveaway dan contest yang saya pernah buat dulu. :)



Blog Miles of Smile tentang?

Kisah peribadi kak suzi bersama suami, dan dua orang Hero, iaitu Zharfan dan lil Arif. anak-anak kak suzi ni sangat comel! hehe. paling suka tengok lil Arif senyum. selalunya cerita-cerita yang menceriakan, sesuai dengan nama blog Miles of Smile. kak suzi jugak selalu masuk contest. paling best untuk tahun ni, dia menang cash RM2000. wahhhh..bila baca rasa macam nak masuk contest jgk, tapi sebab malas manalah nak menang kan.. :P



Kelebihan blog Miles of Smiles?

1. selalu update:
Kak suzi selalu update blog. tiap-tiap hari mesti ada benda yang diupdate. jadi, pembaca akan selalu masuk blog kak suzi dan baca cerita-cerita yang kak suzi update. bila baca satu entri, mesti nak baca lagi entri seterusnya.

2. menulis dari hati:
bagi saya, Kak Suzi menulis dari hati. dia tak perlukan tajuk yang catchy untuk menarik perhatian pembaca. kak suzi kongsikan apa sahaja yang difikarkan kepada pembaca. perkara yang menggembirakan, sedih, dan marah.. :)

3. entri pendek:
ni yg saya paling suka tentang blog kak suzi. entri-entri yang dia tulis jarang panjang berjela. semuanya pendek-pendek dan berisi. :-P jadi kita sebagai pembaca ni, tak penat dan bosan untuk habiskan membaca satu entri. bukan seperti cerita-cerita saya dalam blog ni. T_T



Entri yang paling digemari di dalam blog Miles of Smiles?

1. semua entri kak Suzi di UK. tapi paling digemari, entri kak Suzi di Leicester. sebab saya pernah ke sana tahun lepas, tinggal di rumah abang selama 1 bulan lebih. bila baca entri tu teringat2 time kat sana. hehehe.. :-D

2. entri masam manis photoshoot..hehehe. comel sangat gelagat lil arif. :-P




p/s: ketika meniaga di bazar Ramadhan lepas, saya tambah menu ketupat sotong pun lepas baca entri kak suzi. hehehehe. terima kasih kak suzi! :)

4 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

tq for this entry :) *blushing mode :)
sbg tanda tq, me letak ur blog dlm my blog list :) senang me nak terjah bila2 masa :)

me suya berkata...

eyh kajaaa..
kito sama la.. suya suko baco jugak blog ni.. ari2 singgah situ :)

Mir berkata...

hehehe..kembang kempis hdg kak suzi psni ado artis puji :P

tiefazatie berkata...

hye tqah!wah..rajin je wat review utk mz nie..hee..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat