Isnin, 5 September 2011

29 hari Ramadhan yang akan dirindui dan diingati

Bila Ramadhan dah berakhir, saya rasa tersangat rindu pada Ramadhan yang sangat bermakna pada tahun ni. masa mula-mula start Ramadhan, ingin habis cepat-cepat sebab penat. tapi sekarang, bila Ramadhan berlalu, saya sangat merindui Ramadhan tahun ni.. :'(

aktiviti selama 29 hari:

5.00 pagi: Bangun sahur. solat subuh. tido balik sekejap. :P

7.30 pagi: Mandi, bersiap untuk ke pasar.

8.00 pagi: ke pasar. beli bahan-bahan untuk jualan hari ni.

10.00 pagi: balik ke rumah. rumah partner saya, Nurul. untuk memasak.

2.30 petang: siap memasak. rehat sekejap. mandi dan solat.

3.30 petang: bertolak ke tapak bazar.

3.40 petang: buka bazar. angkut barang2 jualan. mula jualan.

7.30 petang: jualan tamat. hehe. masa untuk berbuka puasa!

8.00 malam: mengemas dan bertolak pulang ke rumah.


air yang abang saya jual. tiap-tiap hari berbuka dengan ketiga-tiga air. :-P



menu yang paling laku. tak akan miss buat menu ni tiap-tiap hari. terutama popia dengan kulit dan sos buatan sendiri. :)



memang banyak pahit manis ketika meniaga bazar. yang manisnya, kami enjoy buat kerja kami. yang pahitnya, badan sangat penat, tak merasa berbuka di rumah, orang tak ramai kat bazar, barang jualan tak habis dan mengalami kerugian. :'(


nasib baik umi, abah, dan adik nurul selalu datang berbuka sama-sama. rasalah sikit kemeriahannya. ni mak  nurul tapaukan mee kari untuk kami. hehehe.. :)



realitinya, di bazar tempat saya meniaga ni sangat tak ramai orang. kalau ramai pun pukul 6 ke atas. sebab tu kami mula berniaga lewat. hampir pukul 4.00. kalau tempat lain, lepas zohor diorang dah terus ke tapak bazar untuk berniaga. tak tahulah, apa salah silapnya. pemaju janji dengan kami, pasar sebelah akan ditutup. sebab mpkb hanya membenarkan bazar area pasir tumboh dibuat di kawasan kami sahaja. tapi, bila mula Ramadhan hingga akhir Ramadhan, pasar tersebut berjalan seperti biasa. dan orang ramai lebih suka ke sana sebab suasananya tak sepanas tempat kami berniaga.


tengok..suasana sangat panas..orang datang membeli belah pun berapa kerat je. T_T


macam-macam menu dah kami cuba. tapi tetap tak jalan. tetap takde orang beli. sebab tempat jualan kami memang sangat tak ramai orang datang. tu belum masuk tentang jualan abang saya lagi. ada dalam satu hari, hanya dapat RM7. T_T

menu baru kami. ketupat sotong. dalam seminggu nak habis Ramadhan baru kami buat. :)



ni pun menu baru. kuih ulat bulu. sangat yummy! :)



apa-apa pun, benda-benda macam ni memang memberi pengalaman yang sangat-sangat berharga buat kami. kalau tak alami sendiri, tak akan tahu kan.. :) insyaAllah, masa-masa hadapan sebelum buat satu-satu perkara, kami akan buat reseach sendiri, jangan terlampau dengar kata-kata orang. :)


 tu dia..menu-menu kami..akan sentiasa merindui suasana ni. :(




 suasana hujan. orang datang membeli pun order melalui tingkap je, pastu kami hantar ke tingkap kenderaan diorang. macam drive-thru giteww..hehehe..





oklah, di sini sahaja cerita saya. salam hari raya dari saya dan  business partner, nurul.. :)


bye!

4 ulasan:

NurulAinWASI berkata...

tiqahhh sedaknyo popia tuuuu.
kalu ain duk kelate, tiap2 hari ain g beli kt gerai tiqah nge kak nurul. mesti best. dohla dekat nge rumah.

Mir berkata...

yeyy!sy suke entry ni!simple tp sume info ada!:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

teringinnya nak makan ketupat sotong tu :) :) nampak yummy2

bintuhanafi berkata...

lamenye tak makan kuih ni....
mane nak jumpe kuih ni kalu bukan kat kelantan...by any chance, are u kelantanese??? kan?? kan?? sebab org negeri len xpenah dongar pon nama kuih ni...

rase dia x segeli namanya...biar nama xbest asal rasa sedap...hoho
-mode:lapo kueh melayu...sebab wat report pasal kueh traditional-

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat