Rabu, 7 September 2011

Pengusaha Petknode, PJ harus dikenakan hukuman berat

Jalan-jalan dalam forum cari, jumpa tentang 290 lebih kucing dibiarkan tanpa makan, minum di Cat Hotel yang bernama Petknode..sampaikan ada yang mati. :'(


owner kedai ni, ada dua orang. diorang ambik kucing untuk dijaga banyak-banyak. tapi, diorang sendiri tak sempat nak cari pekerja pembantu, dan diorang cuma jaga berdua. pastu diorang menghilangkan diri (balik beraya kot) dan akhirnya kucing-kucing yang diorang jaga diabaikan, tidak diberi makan, minum dan tempat untuk buang air.




nilah pakej-pakej yang diorang tawarkan. memang murah, rm3.99 sehari..macam saya dulu, hantar ke petcare, rm8 sehari..maklumat diambil dari sini.



baru-baru ni, orang ramai pecahkan premis diorang, untuk selamatkan kucing-kucing yang ada. kesian sangat, bila tgk video ada anak kucing yang dah mati. macam mana la perasaan pemilik-pemilik kucing, diorang bayar, dengan harapan kucing diorang dijaga dengan baik. tapi akhirnya, kucing diorang mati, lesu, dehydrated.. :(


video ketika operasi menyelamatkan diadakan.



nilah premis Petknode di Petaling Jaya.


ada anak kucing yang mati. sedih sangat tengok yang ni. :'(




















tengok gambar kucing ni, selepas dan sebelum ke petknode. :'(





ni siap keluar dalam harian metro..



sekarang, dalam 100 ekor lebih kucing yang tak dijumpai. entah hilang ke mana. mungkin masih ada dengan Petknode atau tak dapat dikesan. kesian sangat kepada owner kucing, lebih-lebih lagi kalau diorang sangat sayang kucing diorang tu. mesti rasa kehilangan. :'(



untuk maklumat lanjut, boleh ke fb petknode dan group petknode.




harap-harap ownernya akan dikenakan tindakan berat. menganiayai haiwan sama seperti aniaya manusia, sebab haiwan pun ada perasaan, ada nyawa..cuma yg berbeza diorang takde akal fikiran. jadi, kita manusia yang diberikan kecerdikan oleh Allah, haruslah melindungi makhluk Allah yang lain yang tak diberikan akal fikiran.




5 ulasan:

Shahada Fauzi berkata...

menanges saye tengok..T_T

me suya berkata...

kakak suya tinggal jgok kucing situ.. tp mujur la kucing tu dok iley.. amik doh maring dulu rasonyo.. teriok dio cerito kucing dio kuruh kering pah loni dehydrated lagi..makan pun duk cirit lagi..siey2

-atiQah- berkata...

cik sha: kesian kucing2 tu kan.. :(

-atiQah- berkata...

suya: siannyo ke kucing kak suya. doh la byr..bkn kito g hntr free..sian ke kucing tu.. :( jhtlah owner dio..

intanurulfateha berkata...

siannye. even sis tkut kucen, tp still rse kesian agik kt binatang tuu.. teruk ah doang neh!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat