Khamis, 29 September 2011

Apa yang menyebabkan pengunjung klik 'X' pada blog anda.

sometimes, bila ada masa dan mood saya blogwalking. mood tu datang bila line internet laju. kalau siput lagi laju dari line internet jadi saya takde mood. tapi kadang-kadang, ketika saya  ada masa dan semangat membara-bara untuk blogwalking, semangat itu hilang dimatikan dengan beberapa perkara di bawah. terus ke saya klik "x" untuk blog tersebut:



1. Lagu
tak kisahlah yang ada pause atau takde. tapi yang ada pause lebih baik dari yang takde. lagu yang ada tu mengganggu. sebab bukan semua orang punya citarasa yang sama. contohnya saya suka lagu ballads, dan orang yang letak lagu dalam blog tu, lagu rock. haruslah saya klik x kan? memang tak sempat dah nak cari pause ke tak, sebab ianya sangat membingitkan telinga.

satu lagi, computer users/pembaca blog suka dengar lagu kegemaran time guna komputer/online. tengah seronok layan lagu dalam mihrab cinta oleh afgan yang mendayu-dayu tiba-tiba keluar lagu hey waley waley reshmonu tak ke omakau terkojut den!




2. Tulisan yang berwarna-warni.
sakit mata tau dok? hehehe. :P tak tahan nak tengok warna-warni yang cerah mengalahkan merah mak ngah. kalau warna pelangi macam yang saya buat kat atas tu menariklah jugak. hehehe... err, jadi bila saya sakit mata saya klik 'x' ya?




3. tulisan yang terlampau besar atau kecil
tulisan yang digunakan juga mempengaruhi semangat blogwalking saya. kadang-kadang tulisan yang terlampau besar buat pening nak baca. tulisan yang terlampau kecil pun buat mata saya berpinar-pinar nak membaca. hehe. jadi, sederhana lebih baik. :)






okay, itu saja yang saya rasa sangatttt perlu dielakkan dalam blog. benda-benda lain macam widget yang pelbagai tu, saya rasa takdelah menggangu sangat. cuba bayangkan, dalam sehari ada 10 orang yang nak baca blog anda. tapi terbantut sebab perkara-perkara di atas. seminggu dah 70 orang, sebulan dah 300 orang. rugi kan?



oklah, di sini sahaja tips yang kebanyakkan orang dah tau. :P
 bye!


2 ulasan:

me suya berkata...

tahu xpe.. blog saya gi mana seyh?

Azza Azman berkata...

betul! dah rugi 300 orang rugi wo....

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat