Jumaat, 23 September 2011

Masak-masak: Resepi blueberry cheese tart sedap.

Salam semua. hari tu saya dah tulis resepi cheese tart, tapi kali ni saya ingin kongsikan satu lagi resepi cheese tart yang lebih kurang dengan resepi hari tu, tapi kali ni lebih mudah dan sedap! :)


Resepi tart shell


bahan-bahan:

190 gm marjerin Planta
50 gm gula kastor
290 gm tepung gandum
1 biji telur gred C


cara penyediaan:


1.pukul marjerin dan gula sehingga sebati. tak perlu guna mixer, pukul guna tangan sahaja. jangan sampai marjerin lembik dan berminyak, pukul/putar/kacau sehingga marjerin dan gula sebati sahaja.
2. masukkan telur. juga kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.
4. simpan doh di dalam peti sejuk sehingga 30 minit.
5. bulatkan kecil-kecil, masukkan ke dalam acuan tart dan tekan di dalam acuan tart.
6. cucuk doh di dalam acuan tart dengan garfu.
7. bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah sahaja, sehingga ianya memjadi kekuningan. anggaran, dalam 15 minit.




inilah hasilnya sebelum dibakar.




doh selepas dibakar.





Resepi filling cream cheese.


bahan-bahan:

250 cream cheese (selalu saya guna brand Philepdalphia atau Tatura) - keluarkan cream cheese 20-30minit dari peti sejuk sebelum digunakan, jangan biarkan cheese mencapai suhu bilik.
1 biji telur gred B
60 gm gula ising
sedikit filling blueberry yang diisi di dalam piping bag


cara penyediaan:

1. putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. masukkan telur dan putar sehingga sebati.
3. picit sedikit blueberry filling di dalam tart shell yang telah siap dibakar. 
4. isikan tart shell dengan cream cheese filling.
5. corakkan tart menggunakan blueberry filling.
6. bakar menggunakan suhu 160C, api atas dan bawah dalam masa 2-5minit. untuk mengetahui cream cheese filling tu dah masak, cuba sentuh dengan hujung jari. jika masih melekat, ianya masih tak masak. jangan bakar terlalu lama kerana cheese akan merekah dan kenyal.



bersedia untuk dibakar.




inilah rupanya selepas di'ngap' :P



oh ya, gambar-gambar di atas saya menggukan strawberry filling, bukan blueberry filling. anda boleh tukar kepada apa2 yang anda suka, seperti oren, kiwi, mangga, coklat dan sebagainya. filling tu boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan-bahan membuat kek. ianya lebih ringan dan kurang pekat berbanding jam, dan kurang manis. :)


kalau sesiapa yang ingin tempah cheese tart ni, bolehlah ke blog jualan saya atau ke facebook page saya. cuma rm35 untuk 50 biji. hehehehe. :-D



bye! 


Tiada ulasan:

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat