Ahad, 11 September 2011

Bukan Kisah Dongeng | My E-day.

Alhamdulillah, saya dan Mr. Alien dah bertunang pada Jumaat lepas, 9/9/11. Majlis yang kecil tapi sangat bermakna. :)


Makanan untuk Tetamu

 pop cake. kek coklat yang digaul dengan coklat cair dan dikepal bulat-bulat. :)


 roti?

 roti jala?

 ohh..makan dengan kuzi ayam.


 ini dia..puding raja. lapisan pisang, kastard, jalur emas dan buah ceri. :)


 makaroni bakar yang dah dicuri makan oleh abah. :P


 kek red velvet yang sangat merah menyalaaa.. :)






Hadiah buat pihak lelaki

 kain baju melayu. raya tahun depan warna hijau. hehehe..

 buah-buahan bukan tempatan.


 baju batek hadiah dari abah.


Polo's wallet dan tali pinggang juga hadiah dari abah.


 kek red velvet buatan saya. -_-


makaroni bakar.


Ketika Majlis.

 tetamu Mr. Alien yang hadir. Keluarga mr. alien, keluarga m.ngah, keluarga m.teh, keluarga su na dan keluarga k.ida. :)


 keluarga  saya yang hadir, keluaga mok na (adik umi), keluarga mok ja (adik umi), juga keluarga mok long (kakak umi) dari kuala terengganu dan keluarga tok teh (bapa saudara umi)


 upacara ketika sarung cincin. berdebar tak hengat. :P


 sarung cincin pihak lelaki. 


sebelum diorang balik, bergambar kenangan. :)


Selepas majlis, sesi makan-makan.






kisah disebalik majlis ini.

  • perbincangan antara umi dan ma mr. alien, cuma beberapa orang yang akan datang. tapi bila harinya, umi terlebih tempah makanan dan ramai yang datang. jadi suasana sangattt meriah! :)
  • hadiah untuk pihak lelaki saya cuma sediakan sehari sebelum majlis. sangat tak sempat sebab sibuk dengan meniaga bazar dan tempahan hari raya.
  • majlis bermula selepas asar. Mr. alien bertolak dari rumah, sampai di rumah dalam pukul 5.15 petang.
  • perancangan awal, sarung cincin dilakukan di ruang tamu, tapi mok long iaitu kakak umi bagitau tak elok dibuat di ruang tamu. jadi keluarga mr alien masuk dalam bilik. dah la bilik sangatt bersepah sebab bersiap2 dalam bilik. umi pun tawarkan bilik dia, tapi bilik umi pun tak berapa kemas. T_T
  • saya langsung tak fikirkan nak pakai baju apa. cuma nak pakai baju kurung biasa. akhirnya pakai baju kurung moden yang Mok Na pinjamkan. :P
  • semua makanan umi tempah kecuali kek pop dan kek red velvet, pagi2 saya siapkan kek 3 biji. satu untuk bagi ke mr alien, satu untuk makan-makan dan satu untuk birthday diha. 

selepas majlis, saya adakan satu lagi sesi bergambar ececehh.. :P terima kasih untuk sahabat rapat dan baik, eili dan diha. diorang yang tolong tangkapkan gambar. juga terima kasih kepada umi dan abah yang sporting tukar baju yang lebih sesuai. hehehe.. :D








you & me.


hehehe..banyak betul gambar. dah la saya buat gambar saiz besar. :P kepada kawan-kawan saya, saya memohon maaf sebab tak bagitau awal2 tentang majlis ni. sebab cuma majlis yang kecil, seperti pertemuan antara dua keluarga. :)


kepada sahabat baik, eili dan diha..terima kasih kerana byk membantu. siap tido kat rumah dan berbual sampai pagi. hehehehe. :)

saya minta maaf jika saya terlebih expose. cerita di dalam blog dan gambar-gambar dalam fb untuk saya kongsikan kegembiraan saya. untuk jadikan kenangan saya dan baca balik di masa hadapan.


p/s: nenek selalu pesan, dugaan ketika bertunang memang sangat banyak. doakan saya mampu lalui, kami berakhir di jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat. semoga ianya bukan kisah dongeng. amin. 


bye!


8 ulasan:

Zalina Hassan Zamri berkata...

tahniah tiqah dr kakna... semoga ke jinjang pelamin.. amin

Ida,Japan berkata...

tahniah!!selamat bertunang tiqah

♥CIK SHA♥ berkata...

tahniah atiqah..simple tapi sangat sweet! happy for both of u..semoga dpt mengharungi segalanya sehingga sampai saat dinikahkan..

NurulAinWASI berkata...

TIQAH, IM HAPPY FOR YOU.
I REALLY DO. CONGRATS MY DEAR.

heheheh happy sangattt. lepas ni Tiqah settle down doh la. huhu Ain jah hok dop lagiii. huwaaa, Tiqah jangan lupakan ore. huhu.

sedih sebab terasa diri ni tok muda doh, semua orang besar doh, tunang, nikah, and ado hok ado anak doh.

happy sebab bahagia tengok kawankawan bahagiaaa.

take care! nanti kawin, jangan lupa jemput, walaupun tatau Ain berada di Malaysia ko dop maso tu. heheh

congrats again Tiqah! love youuu <3

muahhhhhhh

me suya berkata...

kajaaaa.super duper tahniah.
alhamdulillah dah jadi tunangan orang. tak marah pun xjemput.. seronok tgk sorg lagi kawan dah jadi tunangan org.. weewit

ayu jazari berkata...

tahniah tqah! hepy f0r u both!
kawen jemput deh..bile agk2?huu~

me suya berkata...

hohohoh xleh cerita lagi..nt one day akan direveal jugak di blog.. huhuhuhuhu takut and happy

:.NueRuL.: berkata...

tahniah tiqah from nurul..hehehehe dh wish kt klz tp ngada nak wish kat cnie kikiki...

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat