Khamis, 30 Jun 2011

Seronoknya ke Kuala Perlis!

ni sambungan dari entri ini..


sampai kat bilik, adik sms tanya nak keluar makan ke tak. adik study kat IPG perlis.

adik: Kak nok g make ko dok?

me: Nok. siap cepat-cepat. kakak nok g doh ni.


Masa pukul 4.30. adik dengan bersemangatnya bersiap, tapi saya pukul 5.00 baru keluar hotel dan pergi cari teksi. Dari Kangar, pergi ke IPG kemudian pergi ke Kuala Perlis. bayangkan, perjalanan yang selalunya 20 minit jadi 40 minit dengan teksi yang di bawa pakcik tu. dah la pak cik tu buat sangkaan sendiri kitorang nak pegi Langkawi. cas RM22.. -_-" kan senang kalau ada kereta sendiri...


Kuala Perlis adalah tempat untuk melantak. hehe. sampai sana, terus cari kedai ikan bakar yang berkenan di hati. ada banyak kedai yang boleh dipilih. panjang di pesisir pantai. dan, harga makanan laut kat sana murah. bukan macam di dungun, mahal berganda-ganda dari sini.



adik pilih satu kedai. kemudian pilih lauk yang sesuai. adik pilih ikan, kepah, dan sotong. lepas buat tempahan, kami tunggu sekejap je. dalam 15 minit je..makanan pun sampai. memang tip top lah.


ni tom yam untuk 3 orang makan, tapi kami semuanya 5 orang. :) juga daging masak merah khas untuk madihah. setiap hidangan akan disertakan dengan sambal belacan, air asam, ulam-ulaman dan sos cili! :)




ni apa sebenarnya? kepah? lala? yang penting dimasak halia. sedap!



ini sotong goreng tepung. dalam 7 ekor sotong saiz sederhana. terbaiklah!




ikan bakar. nyum nyum.




nak tau tak harga semuanya? 5 pinggan nasi, lauk2 di atas dan sebelum balik adik siap bungkus lagi 5 ekos sotong celup tepung. total hanya RM87. murah kan? kat Dungun, 2 ekor sotong pun dah RM 6. seekor yang besar dah RM10. huhu.



lepas makan-makan, kami bertolak ke Kangar. saya ke stesen bas, adik ke pasaraya. RM14 lagi duit teksi. mahal bebenor. sampai kat stesen bas, pusing-pusing kami cari surau.


akhirnya jumpa, di celah-celah kedai. tapi tersangatlahhhh teruk:


1. cermin surau tranparent. bygkan, orang luar boleh nampak tindak tanduk kita kat luar. nak bukak tudung, betulkan tudung pun tak boleh.
2. lantai cuma tile, takde karpet. jadi sangat kotor dan melekit.
3. nak ambik wudhuk pun kena bayar. sbb cuma ada sumber air dalam tandas. untuk wudhuk terpaksa masuk tandas dan bayar 30sen
4. orang yang jaga tandas orang India. siap pasang dvd lagu tamil kuat-kuat ketika kami solat maghrib.



serius sangat teruk suraunya. sangat kotor. kalaulah pihak majlis perbandaran Kangar dapat baca luahan hati saya ni. lepas solat terus saya dan diha naik bas. kami naik bas pukul 8 malam.


keesokannya, sampai di Kelantan pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat, dan sangat seronok! lain kali akan ke Perlis lagi. hehehe.


bye!



3 ulasan:

Ida,Japan berkata...

wahh...bestnyr tiqah....rindu nk ke sana hu hu..sume sedap2 belaka

mr.panda berkata...

stesen bas kangar paling teruk tandas dan surau nya. kalau sampai sblm subuh, kalu bleh nk terus ambik teksi balik ke uitm biar tambang mahal pun. janji boleh solat dgn selesa.

Unknown berkata...

pergh.dia nak karpettt

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat