Jumaat, 24 Jun 2011

Review pusingan pertama Maharaja Lawak Final

Ini pandangan saya bagi pusingan pertama.


1) Nabil:
Nabil jadi salesman macam minggu pertama dan kedua. pastu ada jugak spiderman yang selalu keluar 2 minggu lepas. terkejut bila tiba-tiba superman Nabil tu bangun dan bergerak. hehe. pandai betul dia tu berlakon jadi patung. tapi bagi saya, persembahan Nabil tak berapa lawak. tak tau nak buat sinopsis macam mana. hehe. 3/5 bintang.


2) Jambu:
Saya minat Jambu, tapi malangnya Jambu malam ni langsung tak best. maaf Jambu. takde point, nak cerita tentang lawak diorang pun tak boleh. tentang Yus dgn Tauke berlawan, Yus pandai tomoi dari Thailang, Tauke pulak dari China, pandai kungfu. diorang berlawan, last2 Tauke jadi doktor. huhu..tak paham. 2.5/5 bintang.


3) Sepah:
Hebat! memang lawak. haha. kisah tentang syuib dan kawannya nak pergi merompak. ayat syuib paling best "aku puasa hari ni, kalau nak merompak kena berbuka dulu baru tak berdosa" :P ngek betul..pastu, tiba2 tuan rumah masuk. nak tau siapa tuan rumah? Ustazah minggu lepas. haha. cakap-cakap sikit, semput..siap diceramahnya 2 orang perompak tu. seronok tengok kuat bebenor penonton gelak dan bersorak. 4.5/5 bintang.


4) Jozan:
Kreatif. tentang Zizan masuk muzium, nak merompak kat muzium. nak cari Keris Taming Sari. pastu Hang Tuah yang dalam gambar boleh gerak. hehe. tapi memang kreatif, dari jauh memang nampak si johan yang jadi Hang Tuah tu nampak mcm gambar, dalam frame besar. 4/5 bintang.


lagi artis yang saya nampak: Siti Sarah, yasmin hani, salleh yaakob, Aflin Ahmad Shauki dan isteri.. :)

nantikan review pusingan kedua sekejap lagi.


Tiada ulasan:

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat