Jumaat, 24 Jun 2011

Seronoknya ke Perlis!

Kenapa ya saya rasa mcm pelik je tajuk entri tu. teruk betul, semakin besar semakin tak pandai tatabahasa. jauh zaman sekolah rendah lagi elok dari sekarang. T_T


Ceritanya, minggu lepas saya ke Perlis. ada dua tujuan:
1. Belajar kek dengan kak Najah
2. Hantar adik ke IPG Perlis


Perancangan awal, saya akan ke Perlis bersama Umi, Abah dan adik. tapi last-last minute tak jadi, akhirnya saya ke Perlis naik bas. Naik pukul 9.30 malam, sampai kat Perlis pukul 5 pagi. cuma 6 orang yang naik bas trip ke Perlis malam tu. Bas yang kami naik, Bas Prisma. tempat duduk luas, bas baru..seronok! :D saya ke Perlis bersama sahabat baik, Madihah.


sampai kat stesen bas Perlis, terus ambik teksi ke hotel Federal. dalam 5 minit je journey, tapi cas RM10. T_T cas midnight, sbb bru pukul 5 pagi. sampai kat hotel, berdebar betul. takut tak dapat nak check in. tapi uncle reseptionist tu sangat baik, siap cakap kalau nak check out pukul 12 keesokan hari pun boleh. masih dikira satu hari. :D


nilah bilik kat Federal Hotel. cuma RM80.00. bilik airnya pun ok, bersih..hotel ni baru siap renovate.


lepas sampai bilik, saya rehat kejap, pastu solat..lepas solat tertidur kejap. kunci jam nak bangun pukul 8, nak pegi cari breakfast dengan diha. tup tup terkejut hampir pukul 9. melompat saya dari katil. haha. terus mandi, keluar bilik dan berjalan cari teksi.


tempat teksi dekat je dengan hotel. sebab tu senang ambil hotel federal ni, nak ke teksi pun senang. dalam 15 minit, sampai rumah kak najah berhampiran UiTM Arau. abang teksi tu cas RM 14. T_T


masuk rumah kak Najah, wow..luasnya..hehe..seronok belajar dgn kak Najah. time tu ada sorang lagi belajar dengan kak Najah, kak Salawati namanya. kagum dengan kak Salawati, sanggup cuti kerja tanpa gaji nak meniaga. kak Salawati dan kak Najah betul betul bagi saya motivation untuk meniaga.


lepas pung pang pung pang belajar akhirnya kelas tamat jugak. pukul 3.30 kelas dah tamat. :)


inilah hasilnya. cantik betul. hehe. suka sangat belajar teknik buat bunga ni dengan kak Najah.



kak Najah banyak tolong tqah buat kek ni. :)



dalam bilik hotel, dah nak check out. :)



kek ni dah cair sikit, sebab panas.



habis belajar, kak Najah tolong hantar saya. mula-mula ke stesen bas beli tiket untuk balik malamnya, pastu hantar ke Hotel Federal. terima kasih kak! :)


entri lain nanti saya ceritakan saya makan-makan di Kuala Perlis. :)






1 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

cantiknye kek tqah! nanti balik dungun bwt ek.. :) nanti kawin blh buat kek sendiri la ye..hehe

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat