Selasa, 28 Jun 2011

Nurul AF2 nikah di Narathiwat Thailand

Lepas kisah Nurul Af2 masuk Melodi ahad lepas, unique visitors blog saya naik mencanak-canak.



selalunya nak dapat 100UV sehari pun susah, tapi hari Ahad lepas terus naik sehingga 500 ++ UV. tapi, Ahad lepas saya tak tengok pun Melodi. tak dapat komen apa yang terjadi.

Isu tentang Nurul ni, saya dah tau lama dah. lepas beberapa hari majlis Nurul kat Sarawak. maknanya, dah hampir sebulan baru Melodi keluarkan isu ni.

tentang isu nurul, keluarga kandung, keluarga angkat dan nikah di Thailand, saya tak ada apa-apa nak komen. sebabnya, saya tak tau apa-apa. kita orang luar takde hak untuk masuk campur. tapi, dari sumber terdekat yang saya dengar, Nurul agak kecil hati bila diserahkan kepada keluarga angkat ketika kecil. jadi, bila dah besar, keluarga angkatlah yang lebih dihormati, yang perlu dijaga hatinya, sebab keluarga angkat yg memberi makan pakai, memberi pendidikan dan memelihara sejak kecil. mungkin apa yang Nurul lakukan, untuk menjaga hati keluarga angkat dia.



tapi, saya kesiankan Nurul..sejak isu dia keluar Melodi, ramai yang hentam dia. ramai yang mengata dia. kesian dia, dia artis yang bersih. zaman sekolah dulu, saya memang fanatik tahap 5/5 terhadap Nurul ni. tak caye, tanya kawan-kawan sekelas. hehehe. :malu:


Nurul sangat baik, cuba bayangkan, 1st time tqah jumpa dia, ketika dia datang KbMall dengan geng-geng AF2. time tu AF betul2 fenomena kepada negara. ketika tahun 2004.

nampak Nurul di celah-celah orang ramai? kecik bebenor dia time ni. ehem ehem, ni tahun 2004. guna kamera yang perlu cuci filemnya, pastu gigih scan masukkan dalam komputer. hehehe..




nilah time saya jumpa dia. dri luar bas je. hehe. cuma sempat lambai-lambai, tanya-tanya khabar melalui luar bas macam ni.




selepas 6 tahun dari kejadian di atas, iaitu tahun 2011 ni, Nurul hantar msg melalui fb:



terharu kaw. :') hehehe..lepas sms sms akhirnya kami dapat jumpa sekejap. jumpa di KB Mall. Nurul dan suami sangat baik, walaupun saya kekok tapi diorang tak berhenti cakap tak nak bagi saya kekok.


bayangkan, kejadian saya ketika tahun 2004 cuma melambai melalui tingkap bas, dia masih ingat. badan saya yang sedikit kecil dari sekarang pun dia masih ingat. siap cerita kat suami dia, which is tunang time tu, ketika dia datang kbmall 6 tahun lepas dan nampak saya dari jauh ketika itu. sekali lagi terharu. :')




adik nurul-me bulat-nurul


sekarang ramai yg kutuk-kutuk dia, yg bagi komen macam-macam. memang tindakan keluarga kandung nurul untuk membersihkan nama diorang, tapi kita yang tak tau apa-apa, apa yang berlaku sejak 29 tahun Nurul hidup, tak berhak untuk mengomen dengan lanjut kan? :) peace!


oklah, itu sahaja kisah saya dan Nurul AF2. hehehehe...



bye!



2 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

kenapa dengan cerita nurul af2? tak tgk melodi gak..
itZ me tehanurfateha =)

-atiQah- berkata...

teha, nurul ni dia nikah kat thailand, sbb ayah kandung dia tak nak jadi wali. nurul selama ni duk dgn family angkat dia. tp dlm melodi bru ni, melodi ada ambik kenyataan family kandung nurul, diorg ckp nurul bg kenyataan salah. nurul takde pun dtg jumpa diorg. mcm tu lah kisahnya..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat