sebelum ni tqah pernah cerita sikit tentang Konsert Melodi Cinta Rossa Super Duper Best! kali ni tqah nak cerita sikit pengalaman tqah hari tu.. :-)
sebulan sebelum tu, masa iklan tentang konsert ni disiarkan di tv, tqah merengek2 dengan umi nak pegi, sbb kebetulan 30hb mei tu tqah konvo..konsert ni 29hb mei, jd tqah mesti ada di kl time tu..tqah nakkk sangat tengok konsert rossa ni sebabnya:
1. tak pernah tgk konsert, dan konsert ni tak keterlaluan, tak perlu duduk campur2 mcm sure heboh, dalam dewan, nak juga merasa tgk konsert. heheheee..
2. sukaaaa sangat dengan suara dan lagu rossa. hati yang kau sakiti. takdir cinta. ayat2 cinta. atas nama cinta. tegar. terlalu cinta. semuanya tema cinta.. :)
3. sebab ada iringan orkestra..dah tau, mesti best dengar orkestra secara live.. ;)
seminggu sebelum tu, ada baca dalam pancaindera ttg peraduan utk memenangi tiket konsert rossa ni..terus bukak fb, like Pancaindera MM dalam fb, pastu wat slogan "saya cinta rossa kerana.." panjang gila tqah punya slogan..malu bila baca balik..hahaha..dah la tak best.. :p
2 hari sebelum konsert tu, tqah dapat berita baik dari pancaindera!!
hahahaha...dah la hari diorg umumkan pemenang, tqah xde kat rumah..siang harinya pegi dating dengan eili dan diha, dekat maghrib baru online..barulah sibuk nak redeem tiket..masa bercakap dengan krew pancaindera, diorang kata mcm ni:
"atiqah..maaf ye..kami cuma dapat bagi satu keping tiket je, sebab satu lagi dah diberi kepada peminat Rossa yang datang ke pejabat kami"
time tu tqah dah frust sikit..yelah, sorang2..manalah umi bagi nak pegi kannn.. "ala kak...bolehlah bagi dua..saya dtg jauh kak..dari Kelantan, tak biasa..kebetulan ada konvo, jd datang KL..bolehlah kak yeeee..."
"ohh..kalau mcm tu oklah, nanti kami adjustkan yang org lain"
hoyeehhhh..dapat dua tiket!
hari konsert. masa call org pancaindera, diorg ckp akan hubungi kitorg untuk ambik tiket..tp hari tu takde call pun dr diorang..hr tu, tqah dah ada kat KL..tqah pegi KL 28hb lagi, sbb nak ambik jubah..dalam pukul 4 petang, kebetulan adik nak guna internet, jadi pegilah sewa internet kat lobby hotel..tqah stay kat Hotel Brisdale kawasan Chow Kit time tu..mahal gilak sewa internetnya..50sen 5 minit..bayangkan..
jadi tqah pun log in la fb tqah..terus tgk page pancaindera MM..terkejut weh..diorg umumkan suruh ambil tiket pukul 6..adoi la..masa tu dah pukul 5 petang..tak tau nak pegi dengan sape lagi, nak siap2 lagi..time tu ada dua pilihan, nak pegi dengan adik ke, nak pegi dengan diha..pastu terus wat keputusan nak pegi dengan diha, adik dah muncung..hehe..
terus call diha..ckp pkl 6 nak pegi sana..dah la time tu hujan, diha tengah dating..mengganggu betul..terpaksa diha dgn hanif cancel date diorang..kesian kan.. :( dlm pukul 5.30 petang, diha sampai kat perkarangan hotel dan kami ke stadium..
pukul 6.30 petang masih lagi tak sampai kat stadium..kakak wartawan pancaindera dah mula call..sbbnya, jln jammed dan tak jumpa cari jalan..hehehehe.. :p
sampai kat stadium, terus call akak pancaindera, ambik tiket..pastu diha dgn hanif pegi solat..saya merayau2 kat situ je..belikan makanan untuk diha, kesian diha lapar tak sempat nak makan..
pukul 7.30, ramai yang dah beratur nak masuk ke dalam stadium...ramainyaaa manusia..saya kan jakun, tak pernah pergi konsert..tak pernah tgk org yang tersgt ramai mekap tebal2..senyum2 sendiri je la saya ni.. :p
pukul 8, kami pun pergi beratur jugak..dapat tiket yang harga rm153 woo..untuk dua orang..hahaha..kalau beli sendiri, mati hidup semula pun tak beli yang tu..mesti beli yang rm53 jek..hihihi..
dalam stadium, tak ramai orang lagi...janji nak start pukul 8, tapi org pun takde lagi...makan2 kejap dengan diha, sambil dari atas tu tgk2 orang kat bawah dan borak2..
"diha..org yg beli tiket rm300 duduk atas kerusi plastik je? dah la jauh dari stage..mmg boleh nampak depan2, tapi mesti terlindung dengan kepala2 orang di depan tuh, kan.." "tqah..cuba tgk org yg mengiringi VIP ke kerusi, yg pakai seksi tu..mesti byk gaji yg dia dapat, walaupun keje cuma iring VIP ke kerusi"
haha..tulah komen2 kami..nak menunggu sampai konsert nak mula, adoii bosan sangat..dah la duk tunjuk je iklan tv3 yang sama kat skrin besar tuh..
>>> to be continued..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan