JOHOR BAHRU - Siapa kata tidak boleh cemerlang dalam akademik walau pun berkahwin pada usia muda?
Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Yazdaan Mohammad Aris, 23, membuktikan tanggapan itu salah apabila menerima Anugerah Pingat Jaya Cemerlang pada Majlis Konvokesyen UTM ke-45 di Skudai semalam.
Muhammad Yazdaan yang merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) berkata, isterinya, Syamimi Samuin, 23, yang dikahwininya tahun lalu banyak memberi dorongan kepadanya.
Katanya, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan sering berkongsi idea.
"Asalkan bijak membahagikan masa, kahwin pada usia muda tidak menjadi masalah.
"Isteri saya yang juga graduan Universiti Sains Malaysia sering berkongsi perkara ilmiah di rumah," katanya.
Anugerah Pingat Jaya Cemerlang dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang selain akademik.
Seramai 5,482 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.
Majlis disempurnakan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Sementara itu, dua pasangan suami isteri, Mohd. Fadzli Merican Md. Affendi Merican, 29, dan Baridah Ahmad, 28, serta Mohd. Faiza Abdullah, 32, dan Rozita Jaafar, 32, juga bertuah dapat menggenggam ijazah menerusi Program Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSpace).
Kesemua mereka lulus cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00.
saya pun nak kahwin muda jugaklah..untuk dapat cemerlang mcm dia..hahaha.. (ayat gatal) :p
bye!
bye!
3 ulasan:
ohohoh memey gatal la tu :P
bagi kah umi ng abah??
sudah cukup duet kan mr alien??
sudah sediakah tqah???
perkahwinan adalah fasa perkongsian yang mana setiap kamu harus pasti akan kesediaan diri kamu untuk bertanggungjawab pada diri, pasangan dan seterusnya meluruskan pandangan kepada jalan ALLAH SWT :)
keno ceramoh free kan?? padey muko !!! gatal la lagi
wow
hahah suya..mestilah oghe fikir semo tu suya..kalu xfikir, lamo doh oghe wat tubik duit simpanan kahwin...hahaha..
bkn senang gewe ni..doh la lama sgt doh, 4 tahun..jrg2 jumpa..cuti xsama..tiap kali cuti pun sibuk..susah perhubungan jarak jauh..
tipu kalau tak pernah terfikir oghe nok terus khwin, senang.. :-) tp khwin bkn main2..byk benda nak fikir..kena sediakan diri..kan?
Catat Ulasan