Jumaat, 24 September 2010

Open House Day!

ini adalah sambungan dari entri ini..


RAYA KEEMPAT

Open house day!!
hari ni laa baru saya rasa suasana raya.
ramai org datang.
pakai baju kurung.
kawan-kawan datang.
hehehehe...sangat seronok!!


bangun pagi, terus tolong umi siap2 di dapur.
buat air. susun biskut dalam bekas. potong2 nasi himpit.
susun2 apa yang patut..


ni je yang sempat saya buatkan untuk rumah terbuka kali ni. tart telur dgn cheese yang hangit. coklat. sejenis biskut. dgn puding gula hangus. tapi gambar puding tak sempat ambik. hehe..


menu untuk rumah terbuka tahun ni, laksam kelantan, laksa kelantan, laksa penang. makanan sampingan, satay, nasi himpit, kuah kacang, puding gula hangus dan biskut raya..hehe..


kalau sape2 yang datang rumah saya ketika ramaiii sangat orang, diorg akan duduk di dua tempat dulu baru sampai ke tempat makanan utama.



bila masuk pintu utama, akan jumpa ruang tamu nih. hehe. selalunya kalau ramai sgt org kat dalam, tetamu akan duduk di sini borak2 dulu. ataupun pegi ambil makanan pastu makan kat sini.


bila tak ramai sgt org, selalunya tetamu akan berpindah ke sini pulak. boleh makan biskut raya. coklat raya. yang warna kuning hijau pink tu tapai tau. korang pernah jumpa tapai mcm tu? (tanya soalan sambil berlagak sombong) :p


inilah ruang tamu tempat makanan diletakkan. bagus saya ni kan, gambar meja yang penuh makanan tak pulak ambik. ambik bekas kosong je.. :P



okay okay. jom bercerita tentang kawan-kawan tqah yang datang tahun ni! =) tahun ni tak ramai mcm tahun lepas, tapi tqah sgt2 seronok. terima kasih byk2 kawan2.


1. suya menjadi orang pertama yang datang tahun ni! hehe..suya dtg sorang2. ingatkan suya dtg bwk en.azri atau kwn2 yg lain, rupa2nya datang sorang. masa suya datang ni, tqah sgt sibuk. kesian kat suya tak sempat nak layan. lebih2 lagi, masa tulah perut tqah nak meragam. adoi!


2. pastu, encik kamal pulak yang datang. thun ni pun bwk rombongan 4 buah kereta mcm thn lepas. hehe. tapi tqah tak sempat nak layan jugak.. :'( sibuk sgt time tu. bhn2 byk hbs, nak potong lagi, nak basuh pinggan lagi. pastu tiba2 ma (mak kamal) dgn mok ngoh (m.saudara kamal) angkut semua pinggan2 ke dapur dan tolong basuh..hehehe..malu tqah tau, tetamu terhormat tuu..tp diorg pulak tolong basuh. sepupu kamal pun siap tolong potong nasi himpit lagi..terima kasih byk2.. :) kedatangan awak sgt2 bermakna utk saya.. :")


3. alia dan mizan datang! hehehe..tp diorg lagiiilah tqah tak sempat nak bual apa2..kesian diorg, dtg beraya tp tak sempat nak layan. tegur2 kejap pastu tqah tolong2 di dapur. nasib baik suya pun xbalik lagi time tu. jadi diorang pun berbual la bertiga. =)


4. harissudin dgn haijah. lupa sekejap nama haijah. hehe. diorg ni kawan tqah masa form 6. nasib baik kamal ada time ni, dapat la diorg berbual2, sbb kamal kenal diorg.


4. diha, hanif dan family datang! sangat seronok time ni! tp tqah xsempat nak layan sangat jugak. diorang semua ni dtang serentak, kebetulan sangat sibuk, jd tak sempat nak layan. sukaaaa sangat family diha dtg. hehe. ni first time umi diha dtg rumah tqah. hehe..hanif (kekasih diha) nak tgk kucing tqah, tp kucing tqah pulak pergi merayau2 ke mana. lepas hanif balik baru kucing tqah tu balik rumah..hehe..


5. iena dan nisah. diorg dtg pukul 12 tak silap, balik dlm pkl 3 lebih kot..hehe..suka2..sbb lepas tak ramai org sgt, dpt pegi berbual2 dgn diorg..iena dah nak kahwin tahun depan..saya tak sabar sgt tau tak? tak sabar sgt nak tgk kawan baik berkahwin..haha.. :)

iena dan nisah..iena disebelah kiri saya, nisah disebelah kanan saya. tgk nisah, cantikkan dia. tapi asyik cakap "saya gemuklahhh"..rasa mcm nak sepak je..haha.. :p (nisah jange maroh, gurauan semata2)



6. raja zulkarnain datang..kawan tqah time form 6 jugak..dah lama tak jumpa raja, dah berisi sikit dia..dia pun terkejut tgk tqah, sbb tqah jauh berbeza dgn form 6 dulu, badan naik sgt tauuu...haha..

raja yang datang pastu berborak2 dgn nisah n iena mcm dah kenal bertahun2..padahal bru je berkenalan..hehe..nasib baik ada iena dan nisah, boleh temankan raja berborak2.. :)



7. mimi, kak sabarina dan kak farah nini. ni kawan2 tqah time tqah praktikal kat HUSM dulu..nasib baik diorg sudi datang..dah lama xjumpa diorg..thn depan datang lagi! :)



8. lastly,naqiah.dia datang bersama amalina! wahhhh...lama sgt tau tak jumpa amalina. seronok sgt. time naqiah datang ni tak ramai org, sempat nak borak2..naqiah dan amalina ni kawan tqah ketika tingkatan 1-3 dulu. pastu diorg pindah sekolah. naqiah ke SBP terengganu dan amalina ke MRSM KT..naqiah ada dtg raya tahun lepas, dengan amal mungkin dah 6 tahun tak jumpa..lama gilaa...
amal, saya, naqiah dan adik naqiah. tahun depan datang lagi ye kawan2.. :) amal mungkin nak sambung master katanya, saya ni degree pun xhabis2 lagi.. :'( oh ye, kalau sape2 tgk sebutan syariah siaran astro oasis yg dulu2, kalau nampak nama wartawan penyiarannya nur amalina, inilah orangnya..selalu bila tgk mesti jerit, "umi...tu kawan kakak" haha!



di sini saje. bye! raya tahun dpn dtg lagi. yg xpenah dtg pun dtglah jugak. doakan saya ADA LESEN KERETA. manalah tahu saya berpeluang utk pegi sendiri rumah kawan..hehe..


p/s: kawan2 yg lain, maaf tak sempat ambik gambar..sgt ralat rasanya.. :(
p/s lagi: encik kamal, thn dpn dtglah awak sikit..time xde org sgt..kite xpenah ambik gambar raya sama2.. :(

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

2 ulasan:

me suya berkata...

xkire..sebab kj xlayan masa open house.. cokelat free kene ade..ahakzz
xde hal la KJ.. cam da biasa plak beraya umah kj.. sila maafkan mira n mirah sebab ade tragedi kan.xsampai depa umah kJ.. and for most,my lullabby lagi la xleh dtg tahun ni.. tahun lepas dah jejak umah kj..thun ni xleh since die beraya sakan kat kmpung nun jauh di sana :) kedah darul aman

-atiQah- berkata...

ooo..jauhnya kampung mr lullaby suya..hehe..
mira dgn mirah tu xpe..sian ke mira tiba2 jd tragedi hk xdiingini..
oghe ni lg lah xleh dimaafkan, sbb xpenah g rayo rmh kawan2.. :(

psstt: nak coklat free bleh, suya keno beli 100pcs coklat dulu, oghe wi free sbutir..haha..gilo kejam.. :p

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat