Khamis, 15 Oktober 2009

banyaknya impian hidup!

banyaaakkkkkkk sgt keje saya yang tak siap, terutama menyiapkan report....tapi mood saya sekarang, sangat malaaaasssssss untuk buat report, tapi rajiiiiinnnn nak blog..teruk kan saya?? jawab tidak sekarang!


masa saya menyertai program latihan khidmat negara (PLKN) tahun 2006 dulu, ada satu kelas yg dinamakan kelas CB-character building. motif kelas tu, utk kita lebih yakin dan bentukkan personaliti kita, tp personaliti saya tak terbentuk pun.. :-p


ok, dalam kelas tu, selalu saja buat aktiviti yang ntah apaapa bagi orang lain, tapi saya amaatt gembira buat semua2 aktiviti tu sbb saya adalah seorang-yang-tak-sukakan-aktiviti-lasak...


saya ingat lagi, dalam satu aktiviti tu, cikgu suruh kami tulis semua impian kami. masa tu impian saya ada dlm 30 impian kalau tak silap saya. sebab masa tu baru saja habis spm, dan masih tak banyak impian, banyak sgt impian yang mengarut2 saya tulis sbb tak nak kalah senarai paling panjang dengan kawan2.. :-p lepas tu cikgu suruh pilih 3 impian yang utama..ini impian saya:


1. nak kurus (impian sejak turun temurun, tapi xtercapai2..hehe..)
2. nak melancong ke amsterdam dan jepun (tgk, melancong adalah impian plg penting, org lain masa tu semua tulis impian nak masuk universiti bagus2)
3. nak bercakap dan berbual2 dengan ehem..ehem.. (ni paling hampeh..haha..siap kat tepi list impian tu, lukis gambar lencana SMKIP lagi..malu..malu..)


sekarang bila semakin besar, saya sedar memang banyak sgt impian yang ingin dicapai dalam hidup..memang banyak..sehinggakan setiap kali pergi window shopping, lepas tu tgk barangan yang berkenan sehingga meleleh air liur, dan dalam hati terus jadikan ianya impian.. :-p


jadi, sekarang saya cuba untuk senaraikan semua impian-impian, adakalah melebihi impian di PLKN? jeng..jeng..jeng...jom kite tgk sape yang kene..(ok, mmg lawak xmenjadi)

IMPIAN YANG AKAN DIUSAHA UNTUK DICAPAI-xmengikut susunan:

1. nak kurus (tak malu)
2. nak belajar sampai PHD..insyaAllah (harus kikis perasaan malas)
3. nak ikut badan-badan kebajikan
4. boleh bercakap di hadapan orang ramai dengan konfiden
5. boleh bercakap bahasa inggeris dengan sgt fasih
6. nak melancong seluruh Malaysia
7. nak melancong ke obersea (Amsterdam yg utama)
8. nak jadi pengurus perkhidmatan makanan di HUSM
9. nak jadi peniaga
10. nak jadi orang kaya (paling poyo)
11. nak beli langsir rumah dan beg tangan Bonia untuk umi pada gaji pertama
12. nak belajar bahasa korea dan jepun
13. nak belajar main piano
14. nak belajar main biola
15. nak bukak kedai sendiri
16. pandai buat decoration cupcakes
17. pandai menjahit (sekarang, nak simpul benang pun xmampu, harap maklum)
18. nak pandai masak dan sedap
19. nak belajar cara2 mekap (ok, saya tau umi marah)
20. nak kahwin dengan encik K (ok, ni impian yang plg gatal atas muka bumi)
21. nak buat hantaran sendiri masa tunang, kahwin n etc
22. nak tema warna pepel masa kahwin
23. nak ada rumah warna pepel, luar dan dalam
24. nak ada bilik yang berwarna pepel di rumah sekarang
25. nak kereta myvi sebagai kereta pertama
26. nak cat kereta warna pepel
27. nak dapat anugerah dekan setiap sem untuk degree
28. nak dapatkan anugerah naib canselor untuk diploma (doakan yang terbaik untuk semester last ni)
29. nak pandai bercakap dengan orang, supaya org senang, bukan mengampu
30. nak ada taman mini di rumah sendiri
31. nak beli kasut idaman hati dengan senang hati
32. nak beli set perfume yang digemari sesuka hati
33. nak beli set mandian The body shop
34. nak simpan rambut panjang seperti Rapunzel
35. nak dapatkan rambut sehat
36. nak jadi kreatif-hehe..yg ni bkn impian.. :-p
37. nak pandai buat dessert, cthnya biskut, cake n others
38. nak nak beli rumah yang ada halaman utk masa depan..
39. nak jadi anak yang pandai mengemas rumah
40. nak tindik telinga sbb nak pakai subang yang cantik
41. nak ada satu set gelang dan rantai kristal
42. nak...nak..dan nak.. sebagainya lagi.. :-)...dah malas sebenarnya ni..

dan yang paling penting

NAK SIAPKAN REPORT LATIHAN INDUSTRI SAYA YANG SEBANYAK 60MS PADA MALAM ESOK, SEKIAN!

hehe...sebenarnya byk sgt lagi impian..atau lebih tepat, angan2.. :-) hehe..ada impian yg serius, ada impian yang main2...hehe..tp byk main2 kan? hehe..byk yg serius, tp mcm jd tekanan je bila fikir yg serius tu susah nak dicapai..sbb tu pendamkan je, xnak luahkan..

jadi, kawan2..jom sama2 kite buat senarai impian, supaya kita sedar kita byk impian yang ingin dicapai dan kita akan berusaha.. :-)




mykata2: bukan impian, tetapi harapan...harap2 tak akan berjumpa dengan orang yang paling dibenci dan segala perkara kembali ke asalnya..aamin..

5 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

impian harus ader pada setiap. tp kalau hanya sekadar impian, x gune juge. ia harus disusuli dengan usaha yang konsisten dan bersungguh2 utk mencapai impian tersebut... =)

Cik Fasyareena berkata...

wahh..bnyk nye dream/wish dia..
xpe2..good luck..

nk kawen ngn Mr K?amin~

-atiQah- berkata...

putra: insyaAllah...mmg byk impian yg manis2..tp nak capai tu bkn semanis impian.. :-p

iena: hehe..impian utama tu sbenanyo na..tp malu nok ngaku..hehe..gedik weh.. :">

Rara berkata...

wahhh..byknye..moga bjaye cpai sume tuhh.. :D

mr.panda berkata...

hoho. tanpa keberanian impian x bermakna. insyallah moga tercapai hasrat tqah tu. n yang no 20 tu. =). kirim salam to inchik k.

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat