Jumaat, 5 Ogos 2011

Jom melawat gerai saya di bazar Ramadhan! :)

Assalamualaikum. semua dah sedia maklum, pelajar ijazah sarjana muda telah ditetapkan tarikh semester baru yang sama di seluruh Malaysia. sementara nak tunggu cuti semester berakhir pada bulan September, saya dan kawan saya dah lama merancang nak sewa satu gerai di bazar Ramadhan.


Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, saya ternampak satu banner tentang sewa tapak bazar dibuka. terus saya call, daftar dan buat bayaran.

Bermula satu Ramadhan lepas, saya secara rasminya menjadi peniaga bazar Ramadhan! :)


inilah gerai saya. No 40. :)



our specialty. kerabu. kerabu yang berbeza-beza setiap hari. sedap! hehe.. :D



popia inti sayur (kubis, ubi sengkuang dan tauge) special. kulitnya buatan tangan tau. tak mainlah kulit yang dibeli di supermarket. :P



buah melaka atau onde-onde. antara kegemaran pelanggan juga.



puding gula hangus buatan saya. 100% menggunakan telur. tiada campuran tepung atau lain. :) rasa gula hangus yang meresap ke dalam puding. memang sedap makan sejuk-sejuk.


jadi, apalagi..jangan lupa datang ke gerai No. 40 di Bazar Pasir Tumboh, Kelantan. saya nantikan kedatangan anda!



juga jangan lupa untuk singgah di gerai abang saya, bersebelahan gerai saya. hanya menghidangkan air-air yang special! :)


bye!



6 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

ah cik nurul..hehe! sonoknye tgk korang berniaga.. kalo dkt dh lama join.byk jgk ek menu..

My Name is Mar berkata...

Pehhh... Rajinnya....
Kalau makanan tu tak habis,macam mana ek?

HEBAT di Radio, BUKAN di Televisyen

Wan 'Ain berkata...

haaaaa sedapnyoooooooooo!!!!

-atiQah- berkata...

teha: byk jgk..tp selalunya tak hbs semua..hehe..

-atiQah- berkata...

my name is Mar:
selalunya yg tak hbs..kami bungkus pastu bhgikan kat peniaga2 kat situ jgk, time berbukak.. :)

-atiQah- berkata...

ain: hehehehe...ain baliklah msia.. :D

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat