Khamis, 18 Ogos 2011

Pengalaman pahit berbuka di Bazar Ramadhan

Seperti yang sedia maklum, Ramadhan tahun ni saya dan kawan berniaga di bazar Ramadhan. dah 17 hari berpuasa, kami tak pernah berbuka di rumah. rindu nak duduk semeja dengan umi abah dan berbuka bersama-sama di rumah. T_T


selalunya, saya akan pulang ke rumah selepas berbuka. saya akan tunggu sehingga orang azan, barulah minum air kemudian kemas-kemas barang jualan. sesetengah orang, awal-awal lagi diorang dah kemas, tapi saya nak tunggu sehingga saat terakhir. :P manalah tau, ada rezeki..walaupun dah nak berbuka tapi ada orang nak beli. :)


Apa yang pasti, sepanjang berniaga ni saya dapat satu pengalaman yang tak pernah saya lalui sblm ni, iaitu:


Pengalaman berbuka di dalam hujan



Ni kali pertama saya berbuka dalam hujan. ketika 7 Ramadhan. bukan setakat hujan, tapi angin dah ribut yang kuat. terpaksa kami turunkan khemah untuk elakkan khemah ditiup angin. berbukalah di bawah khemah yg rendah dan basah kuyup, sadis betul..hehe.. :P


Barang-barang jualan pun kami tak sempat nak kemas...habis ditenggelami air.. :P



Ni kali kedua hujan. hujan sangattt lebat, sampaikan air mengalir laju bawah kaki kami. terpaksa letakkan kaki atas kaki meja. time ni saya baru bersiap nak balik, pukul 6.41..baru je call umi cakap tak payah datang, sebab dah nak balik. belum sempat saya letak phone, hujan turunnnnn dengan sangat lebat! tak sempat nak masukkan barang-barang ke dalam kereta. :P



saya dan Amzar, adik Nurul


Saya dan Nurul baru je berangan nak berbuka di rumah. tapi bila hujan turun dengan lebat, tak dapat kami balik ke rumah. terpaksa menunggu sehingga hujan reda..akhirnya, terpaksa juga berbuka di gerai. :P



hehehe..oklah, sebenarnya takdelah pengalaman pahit sangat. seronok sebenarnya..time hujan tu kami siap gelak-gelak borak-borak lagi. sekali sekala ada pengalaman berharga macam ni memang seronok! :)



walaupun tahun ni jangan haraplah kami dapat berbuka di rumah, berbuka di kedai bersama kawan-kawan, tapi dapat merasai pengalaman baru seperti ni memang sangat berharga. ;)



p/s: korang ada pengalaman terbaru ketika berbuka puasa? jom kongsi! ;)



3 ulasan:

mesuya berkata...

hehehe seronok eyh
nt hujung mgu ni kalau jd balik suya melawat Kj n Mir k~

Muhammad Naim Abdullah berkata...

^^

Ujian kepada diri anda

^^

Unknown berkata...

Takpe bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian. Raya nanti boleh beli macam-macam. Hehe.

p/s: komen awak akak dah reply tau. Nanti check blog akak. Tq

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat