Rabu, 20 April 2011

Masak-masak : resepi kek coklat lembap






taraaa...inilah kek coklat lembap..kalau teringin nak makan tapi tak sempat nak buat, bolehlah tempah dengan tqah di www.homemadechoc.com murah sajeee... RM 35 sebiji seberat 1.3kg ++.. :)



Resepi kek:

bahan-bahan



2 cawan marjerin
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula (boleh jugak kurangkan sikit)
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla.


cara-cara

1. pukul majerin dan gula sehingga kembang
2. masukkan telur satu persatu kemudian putar sehingga sebati
3. masukkan esen vanilla, putar
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati
5. masukkan serbuk koko dan putar
6. masukkan susu pekat kemudian putar sehingga sebati.
7. kukus selama 50-60 minit.



Resepi coklat ganache:

2 cawan whipping krim
500 gram coklat (saya guna coklat compound jenama beryls)
1/8 cwn golden syrup (untuk kilatkan coklat)


panaskan whiping krim sehingga mendidih.
tutup api. masukkan coklat dan golden syrup.
kacau sehingga sebati.




simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sapukan ke atas kek atau terus sapukan ketika panas.




jika inginkan krim ditengah-tengah seperti ini:




potong kek menjadi dua. putar non diary whipping cream sehingga kembang. campurkan cream tersebut dengan chocolate ganache yang cair iaitu ketika panas. kacau sebati dan sapukan krim tersebut di tengah-tengah kek. kemudian sapukan krim ganache yang telah disejukkan sekeliling kek. :)



selamat mencuba!

8 ulasan:

m!sZ zAL!nA berkata...

nak try resipi ni la :) sokmo wat tp kek macam bantat sket

εїз Cik Fasya εїз berkata...

sedapnyeeeeee.......dh la ore suko bena makan kek cekelatt..sajo jah tqah wi ore neleh air liur neh...

SheY PuLL berkata...

wah....buatkan utk epul 1 boleh x?




JOM jengah blog saya... Satu lagi beban dah selesai(http://sheypull.blogspot.com)

black_mel berkata...

nicee2..mmg nmpk sedap...

ardinihumaira berkata...

nyum3... terliur dni;)

teha berkata...

tqah ni masak apa pn menjadi je....geram weh.hahaha

Amirah Su'aidah berkata...

mira pernah cuba wat kek coklat kukus tapi kek tu liat semacam je.. tak lembut or moist pun..

Tanpa Nama berkata...

6pak sdp je....tp wt kek xpnh mjdi pn....

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat